Wednesday, 17 December 2014

RUPA-RUPANYA AHLI UMNO YANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN CALON KALAH DAPAT TELUR TEMBELANG LAWAN KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA BARU-BARU INI.


Bukan nak kata apalah ... kalau diri itu timun busuk jangan durian nak dilawan .. kalau dalam cawangan UMNO yang dia jadi ahlinya pun sekadar memegang jawatan lantikan lagi mau sembang kencang berlagak hebat ... hari itu lawan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun begitu juga melaon ni punya lagak dan serang KJ sebagai anak Melayu yang terpisah dari denyutan nadi rakyat sebab membesar diluar negara .. sudah sama taraf dengan warga Bangladesh ... akhirnya apa jadi? ... satu undi pun tidak dapat dari ahli-ahli Pemuda UMNO.

Nampak sangat cuba meraih publisiti murahan.

Omak bukan ahli UMNO ... lantak kau oranglah apa nak buat ... tetapi kalau lakukan sesuatu stunt bangang semata-mata mau dikenali umum baik tak payah.

Inilah dinamakan kepala kecil mau pakai topi besar ... jenis tak suluh muka dulu kat cermin sebelum bersuara dan bertindak.

Punya nak tunjuk kononnya dia mendapat sopkongan dari ahli-ahli UMNO siap guna perkataan "Kami" tetapi bila ditanya siapakah kami itu? .. Terus buat pusingan U 360 darjah kata ralat .. bukan kami tetapi saya .. mewakili dirinya sendiri.

Kesian juga kalau ada manusia memiliki mental rabak tidak sedar diri ni.

Tak ubah macam anjing kurap menyalak Gunung Kinabalu ... bukan sahaja gunung tidak runtuh tapi diri sendiri kena halau sebab menganggu ketenteraman awam.

9 comments:

  1. eh sejak bila omak khalid kau sokong najib nih?...tukar 'sponsor' ke...kahkahkahkahkahkah....

    ReplyDelete
  2. Blogger omak kau najib dah bela laaa...rmrmrm...masyukkkkk

    ReplyDelete
  3. Sbb omak bukan blogger angang or engong...terbaik omak kau

    ReplyDelete
  4. Taik hanjing to busuk kwog tau tak!

    ReplyDelete
  5. Saya terpaksa bersetuju dengan ulasan Omak kali ini. Tapi tidak bererti saya sukakan Najib. Benci teramat saya akan anak bangsawan yang gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai PM itu.

    Setuju saya dengan Omak tentang Mamat Ketua Cawangan yang sedang mencari publisiti murah itu.....Ini standard pemimpin NGO yang suka berkaca mata hitam dan beruniform bila membuat laporanlaporan Polis terhadap bermacam-macam isu yang timbul. Lebih kurang standard kumpulan penari ponggong la .....

    Kenapa Mamat standard longkang ni yang tampil ke depan??? Jawapannya kerana pemimpin kanan yang lain BACUL. Malikul Sembab main selamat...baling batu dari jauh sembunyi tangan. Zahid hamidi buat statement berkias bahawa jawatan PM bukanlah hak milik sesebuah keturunan. Cakaplah terus terang kalau ada telo dua biji siapa dan apa yang dimaksudkan. Menteri-menteri UMNO yang lain kalau berani cakap la terang-terang suruh najib turun sebelum negara terus lingkop. Berani kah...??Tapi hassan malik tak payah lah komen...karang disebutnya pulak harga ayam atau diminta rakyat bersyukur pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang kurangnye dia ade gak keberanian ....

      Delete
  6. PAU sekadar tempat mempamer kekayaan menonjolkan diri melawa melempar tohmahan kepada orang lain menyalahkan kaum lain tempat berhibur dengan seloka tempat mengampu pemimpin...bukannya lantang menegur mengkritik salah laku vvip dan elite2 bangsa ni sedang jutaan lagi nasib bangsa sebangsa bagai menumpang di tanah air sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah umno.... perosak islam.. bangsa dan negara

      Delete
  7. pemimpin yg zalim naik disebabkan rakyat,rakyat yang pilih disebabkan ramai lg yg masih jahil

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...