Friday 26 December 2014

SELANGOR BATALKAN KONSERT AMBANG TAHUN BAHARU 2015 SEBAGAI TANDA KASIH DAN SIMPATI KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR. TAKBIR!!!



KENYATAAN MEDIA

YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI

22 comments:

  1. Sepatutnya bukan sj kerajaan . TNB patut bayarlah pampasan pd penduduk yg terlibat dengan banjir sbb lepaskan air dkt empangan hidro elektrik. Udah le berbilion bilion untung setiap tahun. Baru dinamakan sykt yg bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. Baguslah...harap2 projek ternak babi pun dibatalkan jgk...kot kene bah besar camni...satu kuala langat nanti berbau babi...tu belum lg babi2 yg terlepas kandang nk tangkap dlm bah.

    ReplyDelete
  3. Bgus. Selaraskan bntuan dgn anak2 pntai timur yg brcadang berangkat kembali ke kg halaman msing2 utk mmberi bantuan kpd mangsa2 yg terlibat. Bersatu tangga kejayaan. Pagi besok kwn2 sy akan berangkat pulang ke manek urai. Bantulah sekadar apa yg kita mampu

    ReplyDelete
  4. Hudud hukum allah blh mintak tangguh..xkan babi xleh ditangguh.

    ReplyDelete
  5. Ini la bila ulamak persenda islam....bole pulak berpakat dan kawan drngan kafir musuh islsm dan prmimpin yg perlekeh hulum dan ajaran islam demi pluralisma...libral...syiah...dan lgbt...bokleh duduk semeja...20 tahun dulu doa 1 stadium minta kerajaan dan puak lain dihancurkan...srkarang stadium itu pun ditenggelamkan banjir dan negeri nya sekali....tapi bila ego.lebih tebal dari iman kesalahan.lalu dibiarkan betlalu tanpa rada kesal bersalah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15:31 sejak bila lak ko sendiri lantik diri ko jd malaikat ...kahkahkah

      Delete
    2. Tapi yang banyak banjir tu kat negeri2 yang tak baca doa tu pun... tengganu, pahang, perak, perlis dan skang dah nak mula kat kedah. Itu sebab apa pulak??

      Delete
    3. Hentam jer la....selg blh slhkn pas...slhkn jer la

      Delete
  6. Project Babi Negara yg dluluskn masa zaman khir toyol dok diulang tayang 2 ekor kroni umno yg bagama islam cuci tngn je ambil untung dari setiap ekor babi dalam kandang tu.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat org yang tabur fitnah skang nih...
      kat padang mahsyar nanti banyak la yang muka tukar jadi khinzir

      Delete
  7. Bagus. Lepas ni minta batalkan projek babi dan bakar kandang2 babi yang sedia ada dekat selangor. Dan... ludah dan pijak kepala tony phua dan teresa cock lepas tu Baru boleh takbir

    ReplyDelete
  8. Anon 15.411
    bodo anon nih....fakta ko mana....zaman TSKI yg mulakan projek babi tapi tsngguh....yg beria ia nak babi mega zaman zamin la bodo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiii...belum buat lagi laa...
      yang ko sibuk sangat ni kenapa?
      ada masuk share ker?

      Delete
  9. Try check sapa pewaris duit judi casino genting.berani ke nak batalkan.dari kecik makan duit haram patut la dah besa dia g liwat tuya.hee

    ReplyDelete
  10. Dengan ini SAYA MENGARAHKAN SEMUA BANK...TEKUN...TNB...SYKT AIR...MEMBERI SECARA PERCUMA KHIDMAT DAN HUTANG MANGSA BANJIR SELAMA 6 BULAN...SAYA JUGA MENGARAHKAN SETIAP JABATAN KHUSUSNYA LHDN...KASTAM..JPJ DLL MEMBERI KHIDMAT SECARA PERCUMA KPD MANGSA BANJIR....BUAT JULUNG KALINYA SMUA MANGSA BANJIR SAYA SENDIRI JEMPUT DTG KE KEDIAMAN SAYA DI PUTRAJAYA UNTUK MENGINAP DAN BERKENDURI SERTA BERAMAL IBADAT SELEPAS SELESAI BANJIR NNT...WAH BESTNYA JIKA AKU PM MALAYSIA....AKAN KU LAKSANAKAN BEGINI...SERIUS...MUDHALVAN..

    ReplyDelete
  11. Ko la bodo bhai,cari la sendiri.bg fakta pun kalo dah kaki jilat tu jilat la juga.hee

    ReplyDelete
  12. Anon16.11
    kah kah berangan la jadi PM kah kah...klu makbul ko jadi PM mesia dengan rasa rendah.diri aku potong kote aku sukarela la...kah kah kah...bodo...bodo

    ReplyDelete
  13. PM tgh getel telo dgn anak badak kt hawaii.lepas tu main golf dgn obama sambil bincang macam mana nk tmbak pesawat 1 lagi.hee

    ReplyDelete
  14. MB Azmin, sila arahkan semua pub/ club dihenti operasi jugak... tu pon nk kena org lain ckp ke...

    ReplyDelete
  15. Ada kelab nari bogel kt bandar baru klang tak nak terjah ke?

    ReplyDelete
  16. PAKATAN HARAPAN RAKYAT YA ALLAH...BERKATI PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT YA ALLAH..

    ReplyDelete
  17. kat selangor ada ramai bukan Islam. kenapa nak halang mereka makan babi. kat sabah ramai ahli umno yg makan babi... kenapa tak halang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...