Wednesday 17 December 2014

LAGI KES BULI JALANRAYA ... KINI KENDERAAN RASMI KERAJAAN MENJADI MANGSA PEMBULI JALANRAYA.



Satu lagi gambar yang didakwa kes buli melibatkan pengguna jalan raya tersebar di media sosial membabitkan kenderaan rasmi kerajaan.

Kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat namun lokasi dan punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Salah satu daripada tiga gambar berkenaan yang dipercayai dirakam oleh kakitangan unit berkenaan memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta jenis perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang kunci stereng kereta.

Manakala dua lagi gambar memaparkan keadaan cermin kenderaan unit berkenaan pecah dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan menggunakan kunci stereng.

Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat ketika dihubungi untuk pengesahan jurucakap jabatan berkenaan mengesahkan kejadian terbabit berlaku semalam (16 Disember 2014) dan laporan polis telah dibuat.

Namun, jurucakap berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu.

Pada 19 November lalu, seorang pengarah syarikat perunding didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya setelah dituduh melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi wanita.

Dalam kejadian 17 November itu, Khoo Kok Ann, 58,  didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45, yang melibatkan anggaran kerugian RM40 di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya (atas jejambat) pada jam 8 pagi.

18 comments:

  1. Replies
    1. Ye betul, sorang kuar kete dh hentak cermin tingkap dlm gambar tu la, takut2 yg dalam kete x kuar tu yg mulakn dulu, how ever biar dpt brite soheh dulu ....

      Delete
    2. Itulah bila rakyat di suruh jadi hakim....
      yang sewel,yg tiga suku, yg gila semua boleh jadi hakim

      Delete
  2. semua ni nak cari pasal ...nasib laaa lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu je la.. sminggu dua ni...
      lewat2 sbulan lagi...
      terpampang kat harian metro/sinar harian...
      tertuduh baru kluar mahkamah sambil menutup muka/kepala.. !!

      Delete
  3. Tu kete gomen tu, x de pasal cari pasal lh pulak....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. takde pasal cari pasal...itu pasal tak hasil.

    ReplyDelete
  5. Apasal diblur no myvi tu...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut org awam cari dn pukul dia lak, sekarang ni kn dh ramai org awam yg berani mendahului polis....kahkahkah

      Delete
    2. a'ah...
      kan org awam dah nak dpt bonus ni ha...
      sikit hari je lagi.. !!

      Delete
  6. Manusia tengah panas baran lupe semua le, bile dh sejuk, menyesal x sudah lh pulak..x pasal2 kene gi turun naik mahkamah, kalu kes trafik saje x pe le jugak, kalu dh kes jenayah x pasal2 kene denda dn penjara ...masa tu padan lh muka...kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Hahaha....rakyat malaysia dah kena rasuk panas baran tak tahu diri buat apa dah bila hati panas mengamuk tak tentu pasal! Ini akan berterusan kalau tak di bendung! Rakyat dah semakin gila bila hidup semakin tertekan.

    ReplyDelete
  8. Tiada sikap sabar itulah masalahnya. Memang benar, salah satu pihak yg cuai mengakibatkan berlaku kemalangan.
    Cubalah berbisik dlm hati 'tiada siapa berniat nak langgar sesiapa dan tiada siapa mau dilanggar oleh sesiapa'. Tapi perkara dah berlaku bolehkah ia diundur kembali?
    Bergaduh pun tidak mendatangkan keuntungan apa2. Lebih baik bincang dan selesai dgn cara berhemah. Mudah2an dapat kwan baru. Jgn tambahkan masalah.

    ReplyDelete
  9. Tu la masa bayi sampai dewasa. kalu dah makan susu lembu otak pun macam lembu. Susu ibu tak nak beri...

    ReplyDelete
  10. Tak kira siapa salah. Harta kerajaan adalah dari duit cukai orang ramai. Ini kena faham jangan bodoh macam buah *****!! Nak tengok kes ni dibawak ke mahkamah ke tidak. SiMamat dreba tu dreba je. TIADA MAAF BAGI MU. Cuba siarkan no kenderaan tu, nak tengok pulak apa akan jadi pada kereta dia kalau park merata tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-dua botol susu bapak punyalaaaa!

      Delete
  11. Alah cket2 nk snap pic dlu..Bkn nk kluar bincang elok2...mne la org xmrh...kne dgr dua2 belah pihak..kdg2 Drebar kerajaan ni bwk kenderaan sesuka agi je..

    ReplyDelete
  12. Dah masing2 x nk mengalah, court dlm cerita lh, apa susah ....kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...