Monday 22 December 2014

GAMBAR KOPERAL POLIS MARIN PEGANG BAYI OPS BANJIR DIKELANTAN MENDAPAT PUJIAN RAMAI PENGUNJUNG LAMAN FACEBOOK PDRM.




Sekeping gambar menunjukkan seorang anggota polis memegang bayi yang diselamatkan dalam kejadian banjir di Kelantan, disukai lebih 5,500 pengunjung yang melayari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar yang menunjukkan seorang anggota pasukan Polis Marin yang berpangkat koperal dan bertugas di Pengkalan Kubor  itu turut dikongsikan lebih 75 kali dan mendapat banyak komen.

Koperal Zawawi Ali berkata, bayi yang dipegangnya pada gambar itu merupakan bayi lelaki berusia sebulan, anak kepada pasangan suami isteri yang rumah mereka terjejas akibat banjir.

Katanya, dia menyelamatkan bayi itu dalam kejadian banjir yang berlaku Sabtu lalu di mana keluarga itu hampir terperangkap di dalam rumah mereka yang terletak di kawasan kampung Nibung, di Kelantan.

Menceritakan mengenai kejadian itu beliau berkata, dia bersama dua rakan pada mulanya bertugas dan berada di dalam bilik Pusat Kawalan Operasi Marin di Pengkalan Kubor.

Zawawi berkata, dia diarahkan oleh pegawainya untuk berada di dalam balai dan bersedia memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Katanya, dia mendapat panggilan daripada orang awam yang memberitahu tentang situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri terbabit yang baru menerima cahaya mata apabila rumahnya dinaiki air.

“Saya terus menuju ke rumah itu selepas diberikan alamat oleh pengadu dan sejurus tiba saya dapati rumah mangsa telah ditenggelami air hingga ke paras lutut.

“Ibu bapa bayi itu telah menyerahkan anak mereka kepada saya untuk dibawa bersama mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor,” katanya.

Tambahnya, bayi itu selamat dipindahkan bersama kedua ibu bapanya serta seorang lagi anak lelaki pasangan itu yang mengalami masalah sindrom down.

9 comments:

  1. Hanisya ni bukan main baik kat abang pulis
    Jeles abang dol tau......
    Hanisya dah mandi?
    Belum mandi? Patutlah busyukkkk!

    ReplyDelete
  2. Agak2 kalau yg selamatkan baby mangsa banjir tu seorg bekas banduan dia terima pujian atau tak omakkau? Seorg bekas banduan memegang erat baby dipangkuan semasa banjir adakan beliau menjadi viral di FB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgok juga bnduan jenis ape,kalo takat kes curi ayam boleh viral lg,kalo penyamun mcm lu punya bapah memang tak lah kan viral,. Bodoh kayu juga anon atas ni,banduan dgn polis pun x reti nk beza. Minum ketum ke hape.ke bru lpas tgok blue?

      Delete
    2. Bapak kau tu pelacur lelaki ker jual bontot kat chow kit? Dasar kau ni anak haram

      Delete
    3. Bukan ke kekasih omakko pun bekas banduan terlibat dlm kes rasuah..takpo la omak janji dia kacak dan berharto..

      Delete
  3. Banjir yg berlaku di negeri pantai timur dan kajang pasal bang non tolak hukum hudud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang Jib yg tolak. Say no to hudud.
      Lepaa ini UMNO misti terperangkap dalak kes hudid. Katakan lah DAP dan PKR terima hudud apa bang Jib dan UMNO nak cakap. MCA awal awal lagi tak mahu hudud. MIC diam je dia ikut je hudud pun hudud lah. Kali ini Bang Jib tau lah langit tinggi rendah. Ingat PAS dan Pakatan Rakyat bodoh ke dalam isu hudud ini. Depa nak perangkap UMNO/BN. Tak caya tengok lah nanti

      Delete
  4. Sapa la pancitkan tayar kapcai aku nih?
    Mangkok hayun betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..motor ko ke ? Igtkn motor aku tdi

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...