Friday 19 December 2014

PENUMPANG PESAWAT MAS YANG MABUK DAN MENGAMUK SETELAH MINUM LIMA GELAS WISKI MENGAKU SALAH DAN BAKAL BERDEPAN DENGAN HUKUMAN PENJARA



Seorang lelaki yang telah menimbulkan kekecohan di atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki Datuk Bandar London, Boris Johnson awal bulan ini, mengaku bersalah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Menurut laporan International Business Times UK, penumpang tersebut, David Morris dikatakan mabuk kerana meminum lima gelas wiski.
Dalam kejadian itu, Morris, 43 telah bertindak ganas dengan menghantuk kepalanya ke kepala seorang krew kabin setelah krew kabin itu enggan memberinya lagi arak.

Morris bagaimanapun mengaku bersalah atas tindakannya ke atas krew kabin itu di Mahkamah Majistret Uxbridge.

Pada 3 Disember lalu, Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.

Johnson menaiki pesawat MAS MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.

Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.

9 comments:

  1. Wiski setelah harga dikongsi bersama dengan semua penumpang.

    ReplyDelete
  2. kenapa kena penjara pulak? Bukankah arak tu dijual secara sah dalam kapal. Kalu dah boleh jual, boleh minum...kenapa pulak nak penjara bila dah mabuk? Kalu tak mau mabuk2 dalam kapal, jangan la jual arak dalam kapal...

    Siapalah pm negara yang memiliki kapal jual arak tu yer???

    ReplyDelete
  3. patutlah mas rugi, ada arak dalam kapaterbang rupanya....... Tak berkat! pendapatan haram. kerja haram....

    ReplyDelete
  4. kalu haramkan arak dalam kapal, kang marah pulak geng2 baik PKR. contoh dah berlaku kat selangor!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak ko pn kaki mabuk gak

      Delete
    2. contoh awak memang baik anon 1206
      tapi awak tak tengok contoh saya lagi
      contoh saya begini:-
      Dulu semasa Tong Rhozat merasmi kilang arak Carlsberg di Selangor tu agaknya DAP kot tukang suroh
      Kalau tak de kaitan dengan DAP, sudah tentu bapak awak yang cadangkan

      Delete
  5. Cina kata arak itu minuman mereka.
    Mereka juga ada hak dalam MAS. Kalau orang islam tak nak terlibat jangan naik MAS.
    PKR setuju aja. Asal daripada dap ,mesti sokong. Nanti hilang undi cina.

    ReplyDelete
  6. Ramai puak gila yang komen buruk kepada presiden pas dalam kelab greenboc

    ReplyDelete
  7. Kelab greenboc memang anti ulamak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...