Tuesday 23 December 2014

EDISI DENGARILAH LAH JERITAN HATI RAKYAT .... IBU BAPA TERTEKAN HARGA KELENGKAPAN SEKOLAH MELAMBUNG.




Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Yang menghebohkan penderitaan, kesengsaraan, keperitan, keluhan dan rungutan rakyat ini ialah akhbar milik UMNO Berita Harian.

Sudah pasti penderitaan yang ditanggung rakyat itu sudah terlalu perit untuk ditanggung sehingga tidak sanggup lagi mendiamkan diri .. kesengsaraan yang sudah sampai kepada melebehi paras bahaya.

Ini belum lagi diambil kira tambang bas, yuran, dan duit saku harian dimana kini makanan dan minuman yang dijual dikantin-kantin sekolah pun sudah melambung naik juga.

Perlu diberi perhatian yang cuntas dan pantas bukannya kenyataan-kenyataan yang menambah sakit hati rakyat.

Jangan pula ada menteri berkata kalau rasa mahal sangat guna sahaja peralatan dan kelengkapan tahun lepas tanpa mengambil kira budak sekolah semakin membesar dan peralatan sekolah selalunya tidak tahan lama.

Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Tinjauan wartawan BH di beberapa pusat beli-belah termasuk di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara selain temubual dengan ibu bapa mendapati harga barangan kelengkapan sekolah meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus sekarang berbanding tahun lalu.

Contohnya, pakaian seragam pelajar sekolah menengah berharga sekitar RM32 sepasang bagi perempuan dan RM26 sepasang bagi lelaki manakala harga purata baju kurung dan kain pelajar perempuan sekitar RM64 sepasang.

Bagi pakaian seragam lelaki pula, harga sehelai seluar pelajar sekolah menengah mencapai RM43.90 sepasang belum termasuk baju kemeja dan kelengkapan lain yang rata-ratanya meningkat sehingga RM2 hingga RM5 sepasang.

11 comments:

  1. Org melayu langgan astro boleh, makan2 kat luar boleh, makan angin bercuti boleh, pergi jom heboh boleh, hphone mahal dan postpaid boleh...

    Takkan beli kelengkapan sekolah tak boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko taw x kasut anak aku sebelah je 800 taw.hanjing betul kerajaan skng. Pui !

      Delete
    2. Woiii 13:55....bila pulak bapakkk ko yang kerja noreh getah kat kampong tu langgan astro, makan kat luar, pergi jom heboh? Bila pulak dia tukar nokia 3310 dia ngan handphone mahal? Bapak ko dah tukar ke kapcai burok dia tu dengan vellfire?

      Babi betol la bapakk ko nih!!
      Dah upgrade pun tak nak bagitau kat aku....

      Delete
  2. Orang kata ...minyak naik, barang naik...
    la ni minyak dah turun...(4 sen aje)..barang dok naik jugak...ape cer...
    nak salah kan GST pulok ko......?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kang aku kata ko bengap ko marah kat aku plak...
      Ni aku sekolahkan ko dol... Org marah bila minyak naik kerana harga barang pun akan naik jugak. Bila dah naik, ko jangan haraplah harga barang tu akan turun semula. Sebab tu sebaik mungkin kita tak nak minyak naik. Lepas ni kalu harga minyak turun RM1.50 seliter pun harga barang tak akan turun ko tau?. Tapi bila minyak naik sikit RM1.60 katakan, harga barang akan tetap naik jugak. Jadi, janganlah naikkan harga minyak. kalau Kuwait boleh bagi RM1.00 seliter masa minyak mahal, kita pun kena buat cam gitu jugak supaya harga barang tak naik. Kita pun pengeluar minyak macam kuwait. Kalau kuwait boleh kenapa kita tak boleh? Diaorang makan nasi. Kita pun makan nasi.

      Tang GST. Lagi sekali kalu aku kata ko bengap melampau2 jangan pulak ko marah. Kalu aku kata ko fius jangan ko melenting. Kalau aku kata ko bebal macam anjing jangan pulak ko meraban.

      Ni aku nak ajar bagi ko paham. Katalah sekarang harga budu RM2.00 sebelum ada GST. Orang jual ikan naikkan harga dr RM1.00 kepada RM1.06 sbb bayar perkhidmatan jual ikan. Penjual ikan naikkan 6 sen sbb bayar perkhidmatan lori. Pembuat budu charge 6 sen sbb bayar perkhidmatan lori angkut bawak balik. Jadi harga ikan dah naik RM1.18.

      Nak buat budu kena beli botol. Katalah nak senang kira harga sebijik botol ialah RM1.00 (Ko faham tak makna contoh? Kalau ko tak faham maknanya ko tiga kali bengap) Pengeluar botol beli kaca naik 6 sen. Angkut guna perkhidmatan lori kena lagi 6 sen. Pembuat budu beli angkut bawak balik guna perkhidmatan lori naik lagi 6 sen. Jadi harga botol dah jadi RM1.18 sen. Jadi pengeluar budu nak jual kepada pemborong dah jadik RM2.36 sen sebotol walaupun harga asalnya ialah RM2.00. Peniaga runcit pun nak ambik untung jugak. Katalah 6 sen untung 1 botol. Jadi harga bila ko nak beli budu akan jadi RM2.42 sen sebotol. Peniaga runcit tak akan kata dia kena bayar GST, tapi dia tak akan jual lagi dgn harga RM2.00 sbb hanya orang gila bertalu2 sahaja beli RM2.36 dan jual pada harga asal iaitu RM2.

      Jadi ko faham tak kenapa orang ramai yang bijak mengira mengatakan GST akan menyebabkan kenaikan harga berganda untuk kebanyakan barang di Malaysia.

      Aku ambik satu contoh satu lagi. Katalah harga rumah RM10 hinggit sebab 9 jenis barang utk buat rumah tu dibeli dengan harga 90 sen dan jumlah kosnya ialah RM9.00. (Ini harga contoh nak bagi org bengap macam ko faham). Katalah harga barang2 buat rumah naik 6 sen sebab GST 6%, spt batu, pasir, batu bata, simen, kayu, besi, tiles, genting, syiling dan kaca (aku ambik 9 contoh aje), maka semua kosnya akan jadi 90 sen X 9 + 6 sen X 9. Jadi kos dah bertambah dari RM9.00 kepada RM10.02. Jadi bila kos dah naik RM10.02, maka pemaju yang tak bengap (macam ko) tak akan jual harga RM10 hinggit atau kurangkan harga rumah! Paling tidak pun dia akan naikkan harga rumah jadik RM11.02 atau kenaikan hampir 10%. Ini orang ramai bimbang pasal GST sebab kenaikan harga berganda akan berlaku.

      Ko faham tak dol? Ko faham tak?
      Kalau ko tak faham lagi, ko kena ambik ubat racun tikus. Ambik 5 sudu 3 kali sehari. Pah ambik ubat tu ko rendamkan kepala ko kat lubang jamban dalam 10 minit. Lepas tu ko akan jadi pandai!

      Delete
  3. Org melayu beli hphone mahal2 smpai harga 2000 hengget boleh tapi beli kelengkapan sekolah anak merungut mahal-jual laa tel mahal2 awk tu mat2 melayu dan beli kelengkapan sekolah anak tu- dah tau nak kene beli bju sekolah tapi pegi enjoy kat i-city apasal-biar pape asal bergaya yer? Typical malayu btol-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam yang ko sebut tu tak ada hal pun kalu harga barang2 sekolah naik. Orang yg ko sebut tu banyak duit. No problem punya dan biasanya dia org tak marah pun kalu harga barang sekolah naik.

      Yang akan marah dan menghadapi masalah ialah mereka yang tak cukup duit sebab pendapatan kecil. Anak ramai. Pendapatan cukup makan dan tinggal di bandar.

      Yang akan berdepan masalah ialah mereka yang menoreh getah, penanam sayur, mengambil upah membersihkan kebun orang lain, mengambil upah memetik kelapa sawit, para nelayan kecil, para petani yang mengharapkan hasil durian dan petai setahun sekali..... Orang macam ni yang akan berdepan masalah. Jadi kenaikan harga barangan sekolah akan membebankan mereka apatah lagi jika anak sekolah ramai.
      Orang macam ni lah yang perlu dibela kerana kenaikan barangan sekolah amat membebankan.

      Apa? Ko ingat BRIM tu mampu menyelesaikan masalah orang miskin untuk 1 tahun?

      Delete
  4. Aku bkn nk cerita sal harge mhal ke murah ke aku nak ckp sal cikgu anayg mgajar kt sekolah anak aku to pnye la comel .sape ade no fon dia hah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ko kontek ketua pemudi umno. Mungkin dia boleh bagi nombor

      Delete
  5. Berhenti merokok, mkn mknn segera dan seumpama. Berjimat setiap bln secara paksa in sya Allah boleh beli kelengkapan sekolah. Aku dah buat jd aku kata mmg boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tu memang boleh... tak ada hal. Cuma kesian bagaimana dengan petani, penoreh getah, nelayan kecil yang memang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa lagi yang hendak mereka jimatkan jika hidup memang sentiasa tidak cukup.

      Untuk orang macam ini, yang boleh mereka jimatkan ialah air mata.....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...