Thursday 18 December 2014

POLIS SEDANG BURU PEMBULI JALANRAYA INI SAMPAI KELUBANG CACING.




Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, cermin kenderaan jenis Toyota Hilux pecah di bahagian pemandu akibat dipukul dengan pengunci stereng.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.

Katanya, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya. 

“Selepas itu, suspek bertindak mengeluarkan pengunci stereng dan meluru ke arah kenderaan dipandu mangsa, sebelum memukul cermin sehingga pecah.

“Mangsa yang ketakutan tidak keluar dari kenderaannya dan segera beredar serta terus ke balai polis membuat laporan,” katanya.  

Ab Rashid berkata, hasil maklumat nombor kenderaan dinaiki, suspek dipercayai berumur 30-an dan tinggal di Bandar Tun Hussin Onn.

“Namun, suspek dipercayai tidak lagi menetap di situ,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Mohd Hanif Zailani ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian, dan laporan polis telah dilakukan sejurus selepas kejadian.

Katanya, sewaktu kejadian petugas terbabit dalam perjalanan bertugas kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Kejadian didakwa buli jalanan itu menjadi 'viral' di laman sosial Facebook apabila gambar kejadian terbabit dikongsi pengguna.

Salah satu daripada tiga gambar berkenaan memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang kunci stereng kereta.

Manakala dua lagi gambar memaparkan keadaan cermin kenderaan unit berkenaan pecah dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan menggunakan kunci stereng.

2 comments:

  1. Pelajaran 1
    Walaupun sbg seorang jurulatih kecerdasan fizikal tapi klu qalbu terbiar kering tanpa disirami & dibaja dgn resepi rohaniah, seseorang itu boleh bertindak diluar kawalan diri. Selamilah & fahami secara tafsili kandungan quran utk panduan & amalan penjernihan qalbu kita seharian. RD5

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...