Monday, 15 December 2014

ADUN UMNO BERANG APABILA KERAJAAN JOHOR MEMBALAS BUDI PARA PENYOKONG TEGARNYA SEJAK DULU DENGAN MEMBINA LOJI KUMBAHAN NAJIS DIKAWASAN PERKAMPONGAN MEREKA UNTUK WARGA DANGA BAY.



Kerajaan negeri Johor diminta membatalkan cadangan daripada pemaju hartanah mewah di Danga Bay untuk membina loji rawatan air kumbahan di tengah-tengah kawasan penempatan orang Melayu di sini.

Menurut anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat, penduduk Melayu di kawasan penempatan terbabit merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu.

"Kerajaan negeri perlu memperjuangkan kepentingan dan hak penduduk Melayu di Kampung Skudai Kiri, Kampung Pasir dan Pengkalan Marin yang bakal terjejas (dengan pembinaan loji itu) kerana merekalah penyokong tegar Umno dan BN sejak dahulu."

"Merekalah yang telah membantu mengekalkan kemenangan BN di kawasan Parlimen Pulai. Dikala kita sedang mencari 'WoW Factor' untuk menarik sokongan, kita juga tidak boleh lupa untuk memperjuangkan kepentingan penyokong sedia ada," katanya kepada Bernama.

Tengku Putra berkata, pemaju hartanah terbabit memiliki kira-kira 182.16 hektar tanah di Danga Bay yang boleh digunakan untuk membina loji air kumbahan itu dan tidak perlu menempatkan loji najis itu di perkampungan Melayu itu.

Menurut Tengku Putra, Johor amat layak dikategorikan sebagai aset terpenting dan benteng terakhir BN dan sudah sampai masanya kerajaan negeri yang diterajui BN mementingkan penyokong tegarnya seperti penduduk di perkampungan terbabit.

"Sudah sampai masanya kita mementingkan penyokong tegar kita daripada mengejar apa yang mungkin tidak menyebelahi kita dan yang suka berselindung atas alasan pembangunan," katanya.

Tengku Putera berkata, tidak ada gunanya dilaksanakan projek-projek pembangunan yang tidak menyebelahi orang tempatan, malah menjadi penyebab pula kepada BN dan Umno kehilangan kuasa.

Wakil rakyat kawasan Kempas itu berkata, walaupun 8 hektar tanah di mana loji terbabit dicadang dibina di perkampungan Melayu itu merupakan milik pemaju berkenaan, tetapi pembinaan loji itu disifatkan sebagai satu penghinaan.

"Kekotoran (najis) daripada projek-projek pembangunan mewah disalurkan ke penempatan penduduk Melayu yang sejak sekian lama menyokong dan mengekalkan BN di tampuk pemerintahan di Johor. Ia tidak adil," katanya.

Jika benar loji najis yang bakal dibina itu adalah canggih dan tidak mengeluarkan bau serta terletak di bawah tanah, adalah lebih baik sekiranya infrastruktur itu dibina di dalam kawasan hartanah mewah itu, katanya.

"Jika benar seperti yang diuar-uarkan bahawa loji yang bakal dibina adalah yang tercanggih di dunia, tertutup dan akan diterap dengan landskap yang cantik berbanding dengan konsep konvensional yang terbuka, mengapa loji itu tidak dibina di dalam kawasan pembangunan hartanah mewah berhampiran tempat tinggal mereka sendiri, yang berlanskapkan kekayaan gaya hidup masa depan," soal wakil rakyat itu lagi.

Tengku Putera juga berkata, jika loji tersebut tetap dibina di penempatan Melayu itu, nilai tanah kawasan tersebut bakal menjunam dan segala bentuk penambahbaikan dan pertumbuhan ekonomi bakal terhenti serta merta.

"Taraf kehidupan bagi penduduk Melayu di situ juga besar kemungkinan akan semakin merosot," katanya.

Kawasan penempatan Melayu terbabit, katanya, merupakan satu-satunya penempatan Melayu yang terletak di antara bandar raya Johor Baharu dan kawasan pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar, Nusajaya.

10 comments:

  1. Elok la tu dapat taik.

    Berpenat-penat sokong BN, itulah yang terbaik untuk kamu.

    Apalagi yang penyokong BN mau..?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps ni tambah sikit lg GST ngan TAIK baru ngam

      Delete
  2. Buat jer..org melayu klu bising2 pun takat 2, 3 hari jer. Lepas tu senyap la. Lg klu penyokong tegar parti bangang tu..dah biasa bau taik nnt, diam la tu

    ReplyDelete
  3. Kapitalis Drakula15 December 2014 at 22:00

    Penduduk kampung ngan wakil rakyat tu tak sedar diri! Kalau tak setuju, ko boleh berambus dari situ dan kalau ko nak berambus dari Johor pun lagi bagus! Dasar rakyat bangsat yang tahu diuntung! Kah kah kah.

    ReplyDelete
  4. Salahkan cina dapig la woi....macam selalu tak pun salahkan anwar !!! Sendiri boleh nampak sapa perosak agsma bangsa dan negara

    ReplyDelete
  5. Lain nak pikir siBuntal. Lain nak pikul balak 1MDB! Ni merengek gaduh takut bau taik.. Tuuuuih! Aku takde masa nak mikir sume tu. Pi mampouih la korang! Kih kih kih kih.

    ReplyDelete
  6. Umno dh x de ape nk bg kate si adun, yg ade taik je, taik pun taik lh kate melayu bodoh yg mengundi ....kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Ooo... begitu rupanya pengundi bagi bunga..BN bagi taik... taik pun taik lah nak buat guano dah bodoh dari dulu kini dan selamanya...
    cukuplah lepas ni jng bodoh lagi pru14 nanti cuba jadi cerdik....
    kalau bodoh juga alamatnya dapat bau aroma taik hingga ke tua..

    ReplyDelete
  8. Janji cina tak perintah malaysia...

    ReplyDelete
  9. Cara nak halau org Melayu lah tu..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...