Saturday 20 December 2014

KERAJAAN NEGERI SELANGOR AKAN TETAP MENERUSKAN PENTERNAKAN LADANG BABI MODEN DI KUALA LANGAT DAN IANYA BUKAN ISU BESAR KATA AZMIN ALI.




Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini membayangkan kerajaan negeri akan tetap meneruskan pelaksanaan projek penternakan ladang babi moden di Kuala Langat meskipun ditentang penduduk sekitar.

Azmin berkata kebimbangan mengenai  projek tersebut terutama terhadap kebersihan dan pencemaran kepada penduduk sekitar boleh ditangani dengan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan ladang babi berkenaan.

"Pada saya ini bukan masalah besar dan ia boleh diselesaikan antara kerajaan negeri dan pengusaha ladang babi ini.

"Di dalam isu ini, kita ada teknologi-teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat di kawasan tersebut dan menjaga kebersihan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program pemberian hak milik kepada pemilik banguan perniagaan dan penyerahan notis 5A, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong.

‎Projek penternakan ladang babi moden di Selangor berdepan dengan fasa baru apabila dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Pelaksanaan  projek ladang babi itu akan dibina di Ladang Tumbok Mukim Baru Laut, Kuala Langat, Selangor.

Antara mereka yang membantah projek tersebut ialah kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yang sebelum ini dilaporkan menggesa kerajaan negeri untuk tidak terus dengan niat mereka melaksanakan projek ternakan ladang babi berkenaan.

"Perkasa mahu kerajaan negeri membakul sampahkan kertas cadangan pembinaan ladang penternakan babi ini.

"Sudahlah di kawasan yang majoritinya kaum Cina yang dikuasai DAP penuh dengan rumah urut, kelab-kelab malam, mesin kuda dan pelacuran, jangan pula palitkan kawasan yang majoritinya orang Islam dengan penternakan babi," kata Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa Azrul Akmal Saharudin.

Pertubuhan itu katanya tidak menghalang projek berkenaan sekiranya ia dibina di kawasan yang bukan majoritinya dihuni penduduk beragama Islam.

"Jika mahu diteruskan, wajarlah dibina di kawasan yang majoritinya pemakan babi.

"Kita tidak menghalang hak kaum lain untuk menternak dan memakan babi, tetapi jagalah sensitiviti orang Islam," katanya.

Sebelum ini kertas cadangan mengenai kelulusan pelaksanaan ladang ternakan babi di Kuala Langat tersebar luas di media sosial.

Mengulas mengenai tentangan itu, Azmin menyifatkan bantahan itu sebagai isu biasa yang membabitkan cadangan pembangunan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan bantahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk mendengar secara terus apa yang dibangkitkan pihak tertentu.

"Dalam mana-mana isu pembangunan, mesti akan ada bantahan daripada pelbagai pihak. Tetapi dasar kerajaan negeri, kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO dan sebagainya sebelum sebarang keputusan diambil.

"Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi, dan kita menghormati pandangan rakyat," katanya.

44 comments:

  1. Kat depan umah mak dia kan ada kwsn lapang. Buatlah kat situ. Hari2 boleh sedut bau taik babi.
    Kalaulah TSKI masih ada, benda ini tak mungkin berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu hujung pangkal jangan nak buat fitnah, sila dapatkan fakta dari jab yg berkaitan kenapa ladang ini perlu, Selangor ini bukan untuk bangsa melayu sahaja, kita yg tidak makan daging babi, tapi yg bukan islam makan, maka itu hak mereka untuk adakan ladang, itu pun kerajaan telah hadkan pegeluarannya, kalau nak tengok ladang babi yg banyak, pergi negeri perak, johor, ladang bersepah2 eksport lagi, Selangor yg dah kawal patut kita bantu dan bagi pendapat macam mana nak kawal pencemaran bukan nak kutuk tampa fakta yg jelas

      Delete
    2. 19:16...DAH TAU KITA ISLAM TAK MAKAN BABI, BUAT APA BUKAK LADANG BABI KAT TEMPAT MAJORITI ORANG BERAGAMA ISLAM? KENAPA TAK BUAT KAT TEMPAT MAJORITI ORANG KAFIR YANG MAKAN BABI??

      19:16...KITA BUKAN TAK NAK LADANG TU DIBUKA SBB LADANG TU MEMANG BOLEH MENGURANGKAN KAWASAN KEBUN BABI YG BERSEPAH2 DI BANYAK TEMPAT. KITA SETUJU TENTANG BENDA TU. TAPI YANG KITA TAK SETUJU, KENAPA LADANG BABI TU DIBUKA DI KAWASAN MAJORITI ORANG ISLAM. iTU AJE... NAK BUKAK IKUT SUKA HATI DIALAH TAPI MESTILAH DI TEMPAT MEREKA, DI TEMPAT ORANG YANG MAKAN BABI. YANG PILIH TEMPAT MAJORITI ISLAM NI APA HAL? KO FAHAM TAK? KO FAHAM?

      TAK FAHAM JUGAK, MAKNANYA BENGAP LA KO NI..

      Delete
    3. ANON 19:16 NAK FAKTA APA LAGI????? DEPA NAK BUAT KANDANG BABI KAT AREA MELAYU. KALAU BERSIH SANGAT, BUATLAH DENGAN AREA TONY PHUA ATAU AREA dapings YANG LAIN. SEDIH RAKAN SEUGAMA ISLAMKU DIBULI BEGINI.

      Delete
    4. hahaha.......!
      kenapa bangsa melayu masih byk tak faham2 dan cuba memahami bukan hanya fikirkan diri sdr shj tetapi berfikir dgn lebih keterbukaan bukan kerana tak makan babi maka tak boleh itu ini macam2 alasan sebab babi haram dan bau . kalau kita begitu susah sgt menghormati maka macammana org lain nak hormati kita!!!!! kalau sy jadi mb baik sy buat ladang babi tgh2 bandar baru mrk yg complain ni puas hati. dimana kawasan ladang tak ada bangsa melayu???? bukan ke kebanyakkan bangsa bukan islam tinggal kat kawasan bandar!!! adakah ladang babi di buat kawasan bandar???? kita kena berkerjasama menyelesaikan masalah dgn cara baik bukan hanya tahu nak membangkang sj pandai .
      kenapa kita bangsa melayu terlalu nak penting kepentingan kita sj??? mana kesejahtera amalan bangsa melayu??? islam konon!!!! islam apa kalau ajaran tak ikut tetapi ikut nafsu syaitan sj pandai!!! tak bau ke tahi kita???? jadi sebab itu mb akan berbincang cari jalan malah bukannya kandang babi tu depan rumah yg berdekatan ada jaraknya. pasal nama allah bising tak habis!!!!! skrg nak bising lagi pasal kandang babi!!!! lain hari nak bising pasal apa lagi????? adakah bangsa kita ni senang dan lapang tak habis sibuk ini itu sedangkan masalh hutang negara tak kita mampu selesaikan dan masalh lain lgi. tak habis2 malah masalh banjir tak dapat kita tangani . kenapa kita suka cari masalh bukan menyelesaikan masalah yg bayk tak diselesaikan hingga hari ini.

      Delete
    5. I THINK IT'S ABOUT TIME KITA SEMBELIH CINA DAPINGS DAN TERMASUK JUGA MELAYU MACAM ANON 22:58. BARULAH BOLEH SELESAIKAN MASALAH.

      Delete
    6. Hahaha....
      Inilah bangsa melayu yg beragama islam kita sanjung yg hanya pandai marah2 hingga nak sembelih pula! Apa kamu nak ikut sama dgn IS dan jadikan islam sebagai laungan utk menyembelih manusia yg mana bukan sefahaman kamu???? Memang bangang dan bodoh ikut syaitan berlindung sebalik agama islam. Melayu mcm kamu ni yg patut di haramkan.

      Delete
  2. Melayu kuala langat jgn biarkan begitu saje ....

    ReplyDelete
  3. Ini tanda2 sokongan org melayu kpd pkr dan dap akan berakhir. Apa guna sokong PR kalau hadiahnya kandang babi.

    ReplyDelete
  4. Pkr dn dap sehingga pru14 je le ko kt selangor ni ...memang cilakak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org selangor dah tak bodoh mcm org BN... mahathir yg ckp... bukan aku.... kami di selangor majoriti... celik IT... TAPI BUTA MEDIA KAWALAN KERAJAAN... provo lah puas2... nanti Tak ada duit upah... najib yg ckp

      Delete
    2. 23:32 ko ape hal cilik buta bagai...gile ke ape ...kahkahkah

      Delete
  5. Benar apa yang dinyatakan oleh MB, projek ladang babi morden ini telah dicadangkan pada masa zaman BN lagi dan telah diluluskan oleh kerajaan Selangor, kita tidak boleh menutup ladang yang telah dihadkan oleh kerajaan Selangor, dulu ladang babi ini bersepah2 tidak teratur, untuk menjaga sistem pengaliran dan kotoran ladang, kerajaan telah mencadangkan ladang secara tertutup dan morden, semua modal dikeluarkan oleh peladang dengan pelabur luar negara, bila projek ini berjaya, kita tidak akan ada lagi ladang yg mengotorkan alam sekitar dan kampung yang berdekatan, ladang babi ini hanya untuk keperluan bangsa cina di negeri Selangor, yg eksport ke luar negara, kebanyakannya ladang2 dari perak dan johor, sedikit dari penang dan melaka, sebenarnya untuk keperluan daging babi di lembah kelang, banyak dibawa masuk dari negwri perak, kalau selangor nak had dan buat ladang morden kita tak perlu nak bising2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun alasan, buatlah di tempat majoriti org kapir. Org kapir pun akan marah klu ladang babi buat dekat tempat tinggal mereka. Yg buat tempat majoriti Islam buat apa? Islam tak makan babi la. Otak fius aje sanggup bukak ladang babi dekat rumah mereka.

      Delete
    2. hahaha.......!
      memang tak guna berbicara dgn org bangang dgn alasan melayu islam mrk pakai boleh tetapi tak pandai berfikir guna akal! hanya pandai guna nafsu bangang tu je.....senjata yg ada sebab tulah selamanya ketinggal zaman.
      patut mb tak nak kata byk hanya cuba selesaikan masalh sebab berbincang dgn si bangang selamanya sama shj alasannya.

      Delete
    3. Lulus zaman BN ke hapa ke..MB Sgor ada kuasa utk hentikan sebagaimana yg TSKI buat..nampak sgt Azmin ni nak jaga hati kwn sekongkolannya DAP

      Delete
    4. Woi! Anon 23:06 kalau tak makan babi atau tak tinggal dekat kandang babi atau tak cium taik babi tak terbuka minda ke? Dah babi tu haram hukumnya dalam Islam memang itulah alasanya. Agaknya engko tu bukan orang Islam.

      Sebenarnya tak akan timbul masalah pun kalau dibuat di kawasan majoriti orang bukan Islam.

      Delete
  6. Mintak noh Omar dan Ibrahim Ali ambil berat sikit. Makin lama makin teruk cacing naik ke muka. Tolonglah bertindak demi org Islam di situ.

    ReplyDelete
  7. TSKI dah bakulsampah cadangan tu. Sebab tu DAP benci sangat pd TSKI. Azmin pula perlu sokongan cina DAP terpaksalah tunduk pd cdgan ternak babi ni. Utk berkuasa biarlah org Melayu cium tahi babi, Ya Allah selamat- kan lah kami yg ditindas bangsa sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tahu tak TSKI yg cadangkan tender yg rendah, dia dah pergi luar negara untuk tengok ladang yg macam mana Selangor nak buat, jangan buat kenyataan tampa fakta, sila tanya jab veterinar negeri untuk dapatkan maklumat, ladang babi tu dah ada dikuala langat dah hampir 50 tahun dari zaman BN lagi, nak buat ladang tertutup dan cadang berpuluh tahun tak buat2, ladang tertutup ini untuk menjaga kepentingan bangsa melayu di Tg Sepat, sebenarnya kawasan itu majoriti adalah bangsa Cina, ladang itu adalah untuk keperluan bangsa mereka, ini adalah tanggujawab kerajaan untuk selesaikan masalah alam sekitar

      Delete
    2. 19:27 ko ni cina ke melayu? kalu ko melayu nape ko beria ia sangat nk mempertahankn pasal nk wujudkn ladang babi kt selangor ni, x kira lh projek lulus zaman bn ke zaman pkr ke, soalnye ni ternakan babi besar besaran di kawasan orang melayu, ko langsung x de perasaan sensitif terhadap bangsa melayu Islam ke?...cina ni kalu di bg muka mcm ni lh jd nye, lg2 dgn melayu mcm ko ...aku yakin melayu kuala langat khususnye dn melayu selangor amnye x akan berdiam diri ...malang sungguh ramai dh sekarang ni melayu yg berhati babi ....

      Delete
    3. 19:27...UMNO TAK NAK BUAT SBB DIA TAU KAT SITU MAJORITI ORG ISLAM.. DIAORANG TAHU BABI TU HARAM..

      Delete
    4. Umno x nk buat, tski x nk buat, azmin lk nk tunjuk handal nk buat ...binawae!!!

      Delete
    5. hahaha......!
      biarkanlah si bangang dgn melayu islamnya yg pandai berkata dgn alasan melayu islam tetapi sampai tahap mana islamnya!!!!! entah ajaran mana mrk ikut tak sudah nak protes membabi buta! kalau beginilah sikap yg tak bijak berfikir dgn akal pemberian allah maka selamanya syaitan dianggapnya tuhan .

      Delete
    6. 23:12 ko gile ke ape ...kahkahkah

      Delete
    7. Hahaha.....
      Sy gila kamu lagi gila sebab bangang....hahaha......

      Delete
  8. Kah. Kah. Kah.
    dalam soal ini, aku kena setuju dengan pandangan Perkasa. Haiiii. Kawasan Melayu jugak dipilihnya. Di Johor kawasan Melayu baksl jadi tempat kumbahan. Punyalah sokong karat biru, kena jugak macam tu. Di Selangor, Azmin big boss. Dekat kawasan Melayu jugak halanya.

    Jika teknologi jadi hujahnya, apa kata buat di tengah bandar? Contohnya, dekat satu kawasan yang boleh ada pihak transform tempat orang buang sampah, jadi macam taman bunga baru-baru nih. Rasanya Azmin pun tak kisah kot.

    ReplyDelete
  9. infonya sangat bermanfaat sekali gan, makasih. beritanya bagus dan sangat menarik sekali untuk di baca. Ijin share ya gan, thanks..

    ReplyDelete
  10. Sejak selangor ada MB baru dengan sokongan kuat Dap nih, macam2 pulak berlaku. Mula2 pesta promosi arak. Pah tu pegang2 hanjing. Pah tu pulak bukak ladang babi.
    Kilang arak kat PJ tu tak jugak tutup walaupun dah 2 penggal pegang!

    Dunia dah sampai akhir zaman!

    ReplyDelete
  11. KENAPA TAK BUAT KAT PULAU PINANG? KAT SITU KAN BANYAK KAFIRUN. NAK EKSPORT PUN SENANG SBB DEKAT PELABUHAN. APA NAK RISAU DENGAN BAU BUSUK KER HAPA KER, KAN ADA PAKAI TEKNOLOGI TINGGI!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb cina tau babi tu busuk kotor yg dia tau dh potong basuh makan je sedap tu lh pasal dia x nk bela kt kawasan dia, tiba2 ade lk pemimpin melayu yg kebulur sokongan politik nk buat kt kawasan melayu pulak, dia sangka org melayu nk diam je ke....

      Delete
  12. Nak bela babi kalu, bela la dalam utan tempat babi biasa idop.
    Yang nak bela kat tempat orang islam ni buat apa?
    Tak pon bela kat dalam kondo...hih hih

    ReplyDelete
  13. Dlm hal mcm ni melayu kene bersatu, ni lh survival politik melayu, ni bukan isu rasis, ni isu bangsa lain dh mula nk menunjukkn belang, dh mula x menunjukkn hormat sbb dia org tau melayu dh berpecah ...aku berharap agar melayu kembali bersatu x kira di bwh ape nama pertubuhan skali pun asalkan bersatu, kuatkn ekonomi kita, maruah dn ketuanan kita ... hidup melayu!!!

    ReplyDelete
  14. ari tu tski nak buat kidex,cina n india bantah. hangpa pun turut sama bantah kata ini isu besar. la ni bila melayu bantah hangpa kata bukan isu besar?ciiiiiiiitttttt.

    ReplyDelete
  15. Selangor menjenamakan Malaysia sebagai pengekspot babi terbesar dunia akan datang ?

    Ini lah "agenda" kafirun menukar status dan" mencemari " Islam Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Azmin sokong? Memang tindakan beliau melampaui batas !

    Singapura pun tidak ingin penternakan moden babi, yang sudah tentu sahaja mereka mampu buatkan bila-bila masa dan amat sesuai pula dengan status majoriti dan kecinaan mereka. Kenapa tidak berlaku pula ?

    Mesti di bantah !

    ReplyDelete
  16. dulu masa bn perintah pun kt situ gak tempatnya..siap pi German nk tengok teknologi depa buat..gmbar yb karim bergambar ngan ketua kampung tumbuk angkat ibu jari lg...knp plak korang nk bising2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22:03 ko duduk lh sekandang dgn babi2 tu x ade sape pun nk bising2 ...kahkahkah

      Delete
    2. Hahaha......
      Bangang tak sudah2 bising kalau mcm tu haramkan sj babi dan lembu tak payah naj nak rebut2 sama duduk kandang kambing hahaha......

      Delete
  17. Nampaknya cukai jualan babi akan diasingkan dari cukai halal.cuba buat perbandingan antara cukai halal dan haram jualan babi, mana yang lebih tinggi hasilnya? Kalau masih makan cukai babi tak payah ceritalah.

    ReplyDelete
  18. pada penggal pertama DUN selangor setelah berkuasanya puak yg berkhianat itu selepas PRU 2008.. Antara lain ketetapannya telah diluluskan projek ternakan babi moden ..diluluskan juga pembatalan had ruang rumah ibadat bukan islam..maka tunggulah kamu wahai bangsa yg sombong lagi megah dengan sifat bodoh ..akan pembinaan rumah ibadat bukan islam sebesar dan se gah masjid shah alam..mengapa ada yg "menolak" dari menyemai pada apa yg kamu tuai...projek babi moden adalah salah satu dari hasil "tahaluf siasi" kamu..ia datang bersama perjuangan kamu yg mahu "membersihkan" penyakit rasuah..kezaliman..dan mengembalikan keadilan kepada rakyat selangor..syukurlah kini kamu telah berkuasa..maka gunakanlah kuasa itu mengikut nafsumu...

    ReplyDelete
  19. Pabila Azmin pegang menjadi MB semua projek BN...ON...korang nampak tak permainan tu??

    ReplyDelete
  20. Selain daripada cina atau orang bukan Islam terdapat lagi dua jenis Melayu yang sokong penternakan babi secara besar-besaran di Kuala Langat ni iaitu:

    1) Ahli politik yang berkepentingan contohnya azmin ali yang sangat dahagakan undi cina.

    2) melayu murtad (berlambak kat selangor) contohnya macam anon yang sokong babi di atas.

    ReplyDelete
  21. Saya minta YAB Azmin menimbang kembali sokongan beliau kepada projek mega babi yang sedang hebat diperkatakan oleh rakyat Islam Selangor yang tidak mahu ianya berlaku. Alasan kesihatan dan teknologi tidak relevan. Alasan utama ianya tidak wajar dibuat adalah kawasan tersebut adalah majoriti Melayu Islam.

    Pencerobohan hak penghidupan Islam itu sangat menyakitkan hati orang Islam. Kalaupun ada orang-orang Islam parti PAS itu adalah kerana tahaluf sesati mereka. Majoriti memang tidak menyokong. Bukankah itu mencabuli hak penghidupan orang Melayu?

    Rakyat mahukan pembangunan yang masuk akal dan munasabah serta memberikan manfaat sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup termasuk ibadah islamiyah kepada rakyat. Janganlah jadikan Selangor DARUL Ehsan sebagai negeri pengeksport babi. Mudah-mudahan terbuka hati YAB. Menteri Besar walaupun beliau berhadapan dengan tekanan tersangat kuat dari DAP.

    ReplyDelete
  22. Jeles ke dgn Selangor.. gila.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...