KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 14 December 2014

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT .... TAKTIK PENCURI KERETA DI PARKIR PUSAT MEMBELI BELAH KINI TERBONGKAR.


Gambar di ambil oleh seseorang ketika hendak membeli belah di AEON Tebrau,Johor, Bahru, Johor.


Sekiranya anda pernah nampak motorsikal mengambil tiket parkir, sila buat aduan di bilik pengawal dengan kadar segera dan pastikan no plat motorsikal tersebut turut di ambil(paling mudah ambil gambar). Untuk makluman semua, ini adalah sindiket mencuri kereta yang sedang di giatkan oleh penjenayah sekitar pusat membeli belah. Kepada anda semua, sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat sebelum anda memasuki mana-mana pusat membeli belah.



TIPS UNTUK MENGELAKKAN CERMIN DIPECAHKAN.


1. Sebelum keluar rumah, pastikan dalam kereta anda tiada beg atau apa-apa yang boleh menarik perhatian pencuri/penjenayah.

2. Apa yang perlu anda buat sekiranya anda baru perasan ada beg yang belum di simpan?

(I) Berhentikan kereta di bahu jalan dan simpan/sembunyikan beg ke dalam 'boot' kereta anda dan pastikan jarak dalam lingkungan 10km sebelum sampai ke destinasi.

(II) Sekiranya sudah hampir, jangan masuk ke kawasan parkir terlebih dahulu. Anda perlu cari stesen pam minyak yang berdekatan untuk anda sembunyikan beg tersebut.

3. Pastikan tiada kenderaan yang mengekori anda melebihi 5-10km sebelum sampai ke destinasi. Sekiranya ada, teruskan pemanduan sehingga ke Balai Polis berdekatan.

4. Beli alat pemadam api yang bersaiz kecil dan simpan di bawah tempat duduk pemandu. Ia berguna sekiranya ada cubaan memecahkan cermin kereta anda di kawasan lampu isyarat.


BANTU PDRM DEMI MEMBANTU DIRI ANDA.

7 comments:

  1. Elok juga pasang filem penapis haba jenis berkualiti yang mampu menahan cermin daripada pecah bila dipukul dengan objek keras seperti topi keledar dsb...utamakan pada bahagian sisi hehehe

    ReplyDelete
  2. kes gambar di atas tu dah dijadikan sbagai kes polis atau blum..
    atau hanya lakunan sj..?

    ReplyDelete
  3. Taktik si Najib dan Rosmah mencuri duit rakyat mcmana plak? Pihak polis hendaklah menyiasat kes curi duit rakyat berbillion2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan dari tulisan ini kmu dlm kebangang minum air cocala ta dpt meberi jawapan yg baik...

      Delete
  4. Ketua polis negara dipilih dan dicadangkan oleh PM kira yg melantik ketua polis negara ni adalah PM la. Berani ke dia siasat tokey a.k.a bos dia...nanti mufti harussanasini boleh keluar fatwa bughah tau pasal tak taat ketua...kih..kih..

    ReplyDelete
  5. Petua satu lagi utk elak di pecah kereta tu, naik bas atau teksi ke pusat beli belah..

    ReplyDelete
  6. Untuk elak cermin kereta kena pecah semasa hendak tinggalkan kereta untuk beli belah buka semua cermin kereta cuma pasang alarm sehaja. Gerenti cermin tak pecah kalau pencuri nak ambil sesuatu dari.dalam kereta anda. Bila pencuri buka pintu kereta tentu alarm akan berbunyi kalau boleh biar lah sound alarn itu bunyi nya lain dari yg lain. Kalau boleh cipta alarm tu berbunyi TOLONG TOLONG PENCURI. Bunyi nya kuat dan jelas didengar. Masalah nya kalau hari hujan tempias masuk air dalam kereta..selamat mencuba.

    ReplyDelete