Friday 26 December 2014

AMBIL KESEMPATAN KETIKA BANJIR, SUSPEK PECAH RUMAH DITANGKAP!!!!




Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah kira-kira pukul 4.45 pagi tadi di Lorong Tok Sira, Kuantan.

Kejadian ketika anggota MPV sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai kereta mencurigakan di tempat gelap di lokasi kejadian. Ketika anggota peronda MPV sampai di tempat kejadian, suspek telah menyalakan lampu kereta lalu melarikan diri dan cuba merempuh kereta polis. Suspek dikejar dengan bantuan anggota MPV lain dan anggota JSJ IPK Pahang sehingga akhirnya berjaya diberkas.

Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah TV dan peralatan pecah rumah. Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal.

15 comments:

  1. Syukur... ds najib akan pulang esok utk meninjau mangsa banjir. Setelah beberapa kali beliau turun padang membantu mangsa banjir seblm bertolak ke usa, kini beliau masih menunjukkan sikap mengambil berat. Diharap ds anwar dpt juga pulang dari bercuti ke australia utk sama2 menghulurkan bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. org2 besor ni lagi baik tak usah balik.
      Kalu setakat pegang2 badan, tepuk2 bahu, dokong2 budak kecik, muhidin pun boleh buat macam tu..

      Delete
  2. Dkt kuantan ni, fuziah salleh dkt mana? Kasihani lah kami rakyat kuantan ditimpa malang... banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii...ko harap kan kat fauziah tu banyak mana la boleh dia bagi. Tunggu la esok bila najib sampai, ko bole mintak juta2. Duit tahun lepas yang arab saudi bagi tu dah dapat ker belum? TV yang diorang kata nak bagi last year tu dah dapat dah??

      Delete
    2. oitttt...duit brim kan dah bagi... dah habis??

      Delete
  3. Respect pada umno dan pas, sudi bekerjasa di kelantan bagi membantu mangsa banjir. Tapi sedikit kecewa dgn pkr, takde pun pemimpin yg turun padang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat tengok TV3 dan utusan aje nih...
      Pagi tadi azmin datang wakili rakyat selangor bagi kelantan 1 juta. Tengganu, Pahang dan Perak dapat 200 ribu. Melaka ado bagi? Johor?

      Delete
    2. Semalam 15 Dis, AMK kumpul barang bantuan di 5 lokasi di selangor dan hari ini mereka bertolak ke kelantan untuk membantu mangsa banjir. Kat TV dan akhbar memang tak sebut. Kalu sebut, malu la pm...

      Delete
    3. Aku nampak Pas, PKR, polis, tentera dan bomba aje yang turun bantu. Yang lain aku tak nampak

      Delete
    4. DAP ada ke? TV tak cakap kot.

      Delete
  4. Mana datin sri azizah? Kawasan sendiri banjir tapi takkan dia tak tunjuk muka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi main golf kat hawaiii kot...

      Delete
  5. Kat gambar2, kat internet, kat TV, kat surat kabar...yang aku nampak bagi bantuan semuanya melayu. Yang jadi mangsa pun melayu. Pelik betul la.....

    ReplyDelete
  6. Mamat dua ekor nih, kalu ada undang2 hudud tentu tak tidur sebulan.
    Mamat ni kena berterima kasih dan bersyukur kepada LGE dan dap

    ReplyDelete
  7. kalau setakat turun melawat....kemundian buat belakon senyum2 lepas tu salam dua tiga orang dan tak tengok muka pun...kemundian dok belakon buat muka sedih dan tangan dok pegang telor...
    baik tak payah pergi.... orang menyampah tengok kau..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...