Tuesday 16 December 2014

AZMIN ALI TIDAK MENGAKU BELIAU MEMBERIKAN LAYANAN ISTIMEWA KEPADA SYARIKAT PENGELUAR AIR SELANGOR HOLDINGS BHD (SPLASH) SEPERTI DI DAKWA TSKI.




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan memberi ‘layanan istimewa’ kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH).

Azmin berkata, rundingan hanya akan bermula pada tahun hadapan kata beliau ketika menjawab dakwaan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, SPLASH telah diberikan masa selama setahun untuk membuat keputusan mengenai plan ‘buyout’ daripada perjanjian induk antara perjanjian Selangor dengan Putrajaya pada 12 September lalu.

Azmin mendakwa perjanjian Induk itu telah ditandatangani oleh Khalid sendiri.

“Kami belum memulakan rundingan dengan SPLASH. Menurut perjanjian induk, SPLASH telah diberikan tempoh selama setahun dari 12 September sehingga September 2015,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dilaporkan masih belum bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Khalid bagaimanapun berkata, keraguan Splash untuk menerima tawaran dari kerajaan negeri bukan satu isu, malah kerajaan negeri boleh melaksanakan tugas.

Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, kerajaan negeri menawarkan RM9.65 bilion untuk mendapatkan ekuiti dan liabiliti Puncak Niaga (RM2.47 bilion), Syabas (RM4.34 bilion), Splash (RM1.83 bilion) dan Abbas (RM992.2 juta).

Jelasnya, perjanjian induk ditandatangani antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Air Selangor, anak syarikat di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengendalikan industri air di Selangor.

Khalid berkata, perjanjian itu juga digunakan untuk menyuntik peruntukan RM14.9 bilion kepada syarikat tersebut untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air tersebut dan beroperasi dengan lancar.

“Dalam perjanjian itu, turut dinyatakan Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan RM2 bilion kepada Air Selangor untuk tujuan tersebut,” katanya.

Khalid berkata pemindahan aset dan liabiliti semua syarikat air yang berjumlah RM6.1 bilon kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan dibuat berdasarkan pajakan 45 tahun.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengeluarkan kemudahan dan perkhidmatan lesen kepada Air Selangor.

Bagi loji rawatan air Langat 2, Khalid berkata, syarikat itu juga akan mengendalikan loji tersebut sebaik saja ia siap sepenuhnya.

8 comments:

  1. Gempar tahap cipan....PAS bagi kata dua.???......kah kah kah...ataupun.kata dua,tiga,empat....sampai sejuta....kah kah kah.....adooiii iii.....kejap lagi bila kena tengking DAP mau bisu jadi setan bisu......masa tu PAS buat u turn di round about....kah kah kah....

    ReplyDelete
  2. Aku rasa pkr pegang selangor menjelang pru14 je le, pastu bungkus....kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah anon 2019.aku rs ko lg bgus dibungkus kain kapan drpd idop.idop pn xbguna kt manusia,lebih ko mati..kahkahkah.

      Delete
    2. Ye le tu 23:45 pastu aku cekik ko pulak smpai mampus dn ko jd hantu belaci aku ...kahkahkah

      Delete
  3. Makin tak guna Azmin ni...

    ReplyDelete
  4. Org pandai berpolitik x pandai buat keje, org x pandai berpolitik bijak buat keje...tu lh beza nye azmin dgn tski ...tu lh pasal kita tngok azmin ni habis diredahnye tong sampah longkang dn x suka duduk pejabat ...kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Kah kah azmin jadi MB paling singkat di doonia ini kah kah tunggu.....next pilihan raya Azmin kalah pilihanraya di bukit antarabangsa....kah kah kah....

    ReplyDelete
  6. Lepas pru14 aku pastikn umno ambil semula selangor dn hamlau2 pr ni pandai2 lh bawa diri ....hidup umno hidup melayu!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...