Saturday 20 December 2014

WAJARKAH EDAR RISALAH AJAK RAKYAT BERHIMPUN DIAMBANG TAHUN BAHARU 2015 TUNTUT HARGA MINYAK TURUN KETIKA RAKYAT TURUN BERAMAI-RAMAI MAU MENONTON PERLAWANAN AKHIR KEDUA PIALA SUZUKI 2014??????



"Muaklah dengan puak yang macam ni.. orang nak pegi tengok bola, pasal sukan.. apahal nak ambil kesempatan orang tengah ramai kat sana? Terdesak nak dapat crowd ke? Poyo.. besok kalau aku dapat risalah ni aku koyak depan muka korang sebab aku geram.."

Pandangan Omak jelas ... sesiapa nak edarkan apa jua risalah dimana jua dalam keadaan apa sekali pun, selagi tidak bercanggah dan menyalahi undang-undang negara, tiada salahnya, begitu juga pandangan mereka yang membantah tindakan ini pada sudut lubuk hati mereka tidak kena pada tempat dan suasananya,  kita kena terima dengan hati terbuka sebagai meraikan dan menghormati perbezaan pandangan dan pendapat dalam negara yang mengamalkan demokrasi sihat, agar semangat demokrasi sebenar terus subur dan segar mekar.

Sekarang ini bukannya zaman era 80an hatta 90an .. kini sudah masuk alaf baru .. zaman dimana informasi dan ilmu boleh diperolehi dihujung jari .. zaman maya .. zaman tiada sempadan dan sekatan.

Jadi apabila kisah seorang Ketua Kampong berlagak samseng meroyan naik angin satu badan sebab kelompok yang berlainan fahaman politik datang menghulurkan bantuan kepada salah satu keluarga dikampongnya tidak mohon izin dengan beliau terlebih dahulu telah mendapat kutukan yang cukup hebat sebagai seorang ketua kampong yang kecil terpisah dengan dunia realiti masih terbawa-bawa seolah-olah negara kini berada dizaman Kesultanan Melaka lagi.

Jadi tindakan mau mengedarkan risalah untuk menjemput rakyat turun berhimpun pada ambang Tahun Baharu 2015 ketika waktu yang sama, difahamkan akan ada, program Malam Cinta Rasul 2015 Sempena Bulan Rabiul Awal Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W bersama-sama dengan Habib Syech Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin, sama ada tepat dan bijak terpulang kepada rakyat kebanyakan untuk menilai.

Tidak perlu hamburkan dengan kata-kata kesat maki hamun dan yang sewaktu dengannya.

Kepada penganjur Himpunan Tuntut Turun Harga Minyak, perlu juga bersedia dan ambil risiko untuk menerima tindak balas serta reaksi dari para penonton yang mau melihat Pertandingan Akhir Kedua Piala Suzuki 2014 antara Harimau Malaya lawan Thailand di Stadium Bukit Jalil malam ini ketika membuat edaran risalah.

31 comments:

  1. Apabila politik kebodohan menjadi sandaran, pemimpin atasan yg menggunakan keldai macai bawahan melakukan gerakan pembohongan... maka pkr akan menerima musibah..

    ReplyDelete
  2. Kami penyokong pkr sanggup utk menjadi macai yg bodoh dan tunggul... akan menyebarkan risalah tuntut turun harga minyak walaupun org lain sibuk nak tgk bola! Kerana pemimpin kami seorang yg genius maksum dan poket kami pun sudah penuh! Mari... kita terus ikut perancangan pemimpin pkr yg kita pilih ni! Heh... heh...

    ReplyDelete
  3. Omakko jgn takbur... jgn sombong dgn melawan kehendak parti. Kalau pkr nak edar risalah, biaq pi lah... yg penting, arahan pemimpin, walaupun dungu... kita sbg org pkr kene patuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha......omak kau telah berubah sejak tskl di pecat . Omak kau bertindak berat sebelah malah menguna kata2 berbau sindiran tak tahu sengaja atau tak memahami tujuan pr. Puak mana yg menonton bola sepak??? Adakah semuanya menonton??? Adakah menang kalah akan mengubahkan keadaan semasa??? Memang hak penonton nak gi mana tetapi yg tak gi menonton boleh gi mana mrk suka itu hak mrk begitu juga hak penganjur bila mrk nak adakan anjuran . Tak bermaksud mrk bangang!!!! Adakah yg tak menonton bola juga bangang!!! Maka yg bangang adalah mengata atas kelemahan mrk sdr.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Adakah itu keputusan Ajk Pkr pusat anon 7.55?
    Tidaklah timdakan mendahului AJK pusat?
    Kalau arahan datang presiden atau timbalan tidak kah merrka membuat keputusan sendiri?
    Kalau itu tanggapan tuan, maka salahkah orang PAS taat kepada presiden nya,walaupun presiden PAS dikatakan flip flop?

    ReplyDelete
  6. Semua jenis bodoh sombong ! Bertindak tidak ikut tempat.

    Bukankah lebih baik protes "turunkan" harga barang kegunaan harian yang sentiasa di manipulasi pengeluar, peniaga dan pemborong tamak menaikkan harga sesuka hati tanpa menghiraukan kesusahan pengguna ! Al maklum, golongan yang sama, pejam mata sebelah walaupun memang terasa kena tindas kelompok sendiri konon platfom politik serupa. Bila melibatkan kepentingan, terutama nya keuntungan, kawan itu juga lawan macam Dap dan Pas sekarang.

    Berpolitik menggadai diri dan negara untuk apa ? Siapa juga yang rugi ?

    ReplyDelete
  7. Ambang merdeka kah atau ambang tahun baru ?
    Nasi ambang betul lah omak kau.

    ReplyDelete
  8. Agaknye tgk bola tu boleh pulihkan ekonomi kita kot.....ramai2 kita tgk bila yea blh benteras rasuah tu.

    ReplyDelete
  9. Sambil tengok bola pun boleh protest ape...peminat bola pun pakai kenderaan gak kene isi minyak gak bukan air ....biarkn lh risalah tu diedarkan ...ape jd masalah .... yg jd masalah sekarang ni bg umno/bn je, takut dn resah ...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan golongan yg sombong itu kekal pada sifat yg jelik itu..disuruh berhimpun..sampai ada yg naik shiek berguling dijalanan..pura2 kena serangan jantung dan akhirnya "mati" dijalanan..menjulang bendera puak dan sekutunya hatta bendera palestin pun turut dikibar..tidak ketinggalan segala macam sepanduk yg membawa mesej betapa " zalimnya" sipemerintah.."bertempur" pada pihak keselamatan..maki hamun jangan cakaplah dan lebih indah diselangseli dengan kalimah Allahuakbar..dan sesungguhnya sangat buruk dan jelik jalan yg dipilih oleh sebahagian bangsaku ini...lalu benarlah janji Allahswt kepada golongan yg kufur dan menafikan nikmatNya..akan dipenuhi hati mereka dengan keluh kesah dan sesalan pada nikmat yg semakin kurang lalu difitnahkan sepenuhnya bersebabkan "kezaliman" sipemerintah.. tetapi dengan sombongnya berkata segala nikmat yg masih kekal padanya adalah semata2 bersandarkan pada "haknya" sebagai rakyat..

      Delete
    2. 11:04 ko x nk berhimpunan ko punye pasal le, ko ibarat lalang je lagaknye, bersyukur x kene tempat ...kahkahkah

      Delete
    3. Nk nunjuk alim si anon 11.04 tu, alim alim kucing ke? ....hihihi

      Delete
    4. 09:38..masalahnya ialah sekarang ni lubang jubo bapak ko semakan besar..tu jer masalah nya.

      Delete
    5. 12:45 masalahnye umno dh terupah macai yg terbangang mcm ko, agaknye muka ko pun sebijik mcm jubo gak ...kahkahkah

      Delete
  10. Di negara2 lain harga minyak lehih tinggi tetapi jarang terdapat tunjuk perasaan sebegini. Ini menunjukkan peminpin2 pembangkan di negara2 tersebt sangat bertanggung jawab dan mahukan raiyat berada dalam kemakmuran dan kebajikan. dan mereka memberi pendapat yg ikhlas cara mana untuk menyelesaikan sesuatu masalaah secara logik dan menasabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga minyak tinggi tp harga barangan lain rendah, kawalan harga yg baik utk kemakmuran rakyat negara dia org, msia minyak naik semua barangan naik kerajaan x mampu nk kawal, isunye bukan kenaikan harga minyak je, kerajaan msia sekarang ni tersangat lemah dn x leh harap, negara dh nk lingkup dibuatnye ...x sedar lg ke? jgn nk jd penyokong membabi buta je...kahkahkah

      Delete
    2. disetiap negara@ dinasti yg wujud dan pernah wujud dimasa lalu@kini dan akan datang... sama ada dari kalangan umat islam atau tidak...sipemerintahnya akan sentiasa dihadapkan pada golongan yg kufur pada nikmatNya..jika ramai yg terperdaya dan mengikut akan datang kepada mereka kepimpinan yg jauh lebih buruk dan zalim untuknya..ini adalah natijah yg pasti bersandar pada janji Allahswt Yang Maha Kuasa..begitu jugalah halnya ditanah melayu ini..golongan yg kufur pada nikmat Allahswt tetap ada dan kini semakin kuat kerana banyaknya yg jatuh didlm sifat yg tercela itu..mereka menyangka dengan tumbangnya sipemerintah maka mereka akan dipimpin oleh golongan yg lebih baik..sesungguhnya mereka tergolong dlm kalangan mereka yg rugi..tiada seorang pun dari kalangan mereka yg menyedari walau begitu banyak tanda dan natijah yg mereka rasakan..tiada diangkat seorang ketua@ presiden..lalu ditipu dayakan adanya "muafakat" tanpa diselindungkan sifat "muafakat" mereka hanyalah setakat untuk berebutkan kuasa melalui sistem PRU..kemudian setelah itu ditimbang dari kalangan kepimpinan yg khianat ini siapakah yg paling banyak kuasanya..tiada dibataskan juga pada sesiapapun untuk menyertai cukup sekadar mempunyai niat untuk menjatuhkan sipemerintah ..maka terlihatlah pada golongan yg berakal.. "bercampurnya" mereka dengan membawa matlamat masing2 untuk dijayakan hatta non muslim yg bernadikan sifat kafir habir ..NGO2 yg diniatkan halatujunya yg membawa kesesatan yg nyata..sekalian mereka "berdebar" kerana berjaya atau tidaknya niat penubuhan mereka bergantung sepenuhnya pada kuasa yg diperolehi dan kesanggupan sesama mereka untuk "berkompromi".. sesama mereka ..maka sangat bodoh dan jahil jika puak PAS menyangka akan ada dari kalangan rakan " muafakatnya" sanggup berkompromi untuk menjayakan nadi perjuangan mereka..sesungguhnya tidak akan redha non muslim yg bersifat kafir harbi padamu selagi kamu tidak mengikut pada kesesatan mereka ..bukankah kamu telah hilang slogan "kepimpinan ulama".."negara islam".. kalimah "Allah" turut kamu kongsikan..kini mereka menuntut pada jualbelimu sejak sekian lama yakni "hudud".. seringkali kamu fitnah dan adudombakan tiadanya pelaksanaan hudud oleh sipemerintah adalah disebabkan mereka " melawan" dan "menolak" syariat Allahswt itu..walaupun kamu tahu perihal hudud itu bukanlah tunjang pada syariat islam dan ia bersifat fardhu kifayah dan terdapat kelonggaran pada pelaksanaannya .. bergantung pada kesediaan sipemerintah dan akan dijawab mereka dihadapan Allahswt..sebab dan musababnya mengapa mereka tiada melaksanakan hudud..Dan kamu dustakan juga seolah hudud adalah dinding yg paling ampuh dan kukuh dlm pembinaan ahlak dan akidah umat..sedang kamu mengetahui datangnya Baginda saw pada bangsa yg amat hitam hatinya hingga disifatkan sebagai jahilliah..dan Baginda saw tidak membawakan hudud sebagai dakwahnya yg paling asas..dlm membina ahlak dan akidah umat islam ..mereka tidak meninggalkan zina..rompakan..pembunuhan..minuman memabukan dengan hudud..tetapi dengan ilmu yg dibawa Baginda saw..kini kamu semakin hampir pada penamat wahai PAS ..dlm tipu dayamu berkait perihal hudud..

      Delete
  11. Bukan malam ini ke perlawan akhir piala zuzuki. Ada piala Zuzuki lain ke pada 31/12 nanti. Yang aku faham lah malam ini malam penentuan kalau Malaysia boleh kalahkan Thailand 3-0 atau 4-0 makna nya Malaysia menang lah dengan agriget 3-2 dab menjuari piala Zuzuki. Biasa kalau 31/12 malam itu ambang tahun baru tak ada lah pula dipanggil ambang Merdeka. Apa punya bangang lah omak kau ini. Najib kata bloger UMNO bangang rupe nya ada juga bloger PR yg bangang. Dulu 100% pro Pakatan skrg 50/50 antara PR dan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam ni, "omak kau" pun dh biol agaknye ...kahkahkah

      Delete
    2. pompuan mana tau pasal bola...
      bior dia jaga bola dua bijik dia aje laa

      Delete
  12. dan para kepimpinan yg khianat itu tidak segan silu dalam fitnahnya..pernah difitnahkan kemerdekaan tanah melayu ini adalah hasil yg lebih syumul dan benar diperbuat oleh gerakan komunis..diadudomba segala macam perancangan untuk hak bangsanya sendiri dan kemasyalatan negara yg menurut pada syariat islam contoh kecil DEB..Giat Mara..Petronas..Jakim..Lynas..sekolah wawasan..UiTM..Proton..MAS..Baitulmal.. Sistem Kehakiman dan Perundangan..Badan keselamatan Polis dan Tentera..SPR..Sistem Pendidikan..Kedaulatan raja2 melayu.. Dll...kini fitnah dan adu domba mereka beralih pada 1MBD..BRim..feedlot..GST..pembelian kapal selam..persempadanan DUN dan Parlimen..Felda..putar belit pada kalimah Allah..frasa rasis..nepotisme..kronisme..persepsi rasuah..dan yg paling lama dan tidak akan padam adalah fitnah dan adudomba berkait pada penyelewengan "tafsiran" dlm urusan fardhu kifayah yg disandarkan pada agama islam..demikianlah mereka menjerumuskan pada sebahagian dari bangsaku kedlm sifat kufur nikmat..dan "habuannya" mereka semakin memperolehi kuasa melalui manusia yg berjaya ditipu daya..dan sesungguhnya mereka perbuat lebih banyak kemungkaran dan kezaliman pada kuasa yg mereka perolehi..dan mereka berubah pada sifat binatang dlm merebut sebanyak kuasa untuk puaknya..sebahagian dari mereka "membuka" tabir itu..dengan berkata bersatunya kami adalah semata2 mahu menjatuhkan UMNO dan BN ..dan selepas itu kita lihat siapa yg mempunyai paling banyak kuasa lalu ikutlah kita padanya..terbaru jual beli puak ini dlm perihal hudud semakin ternoktah sebelum hujung tahun 2014..sama2lah kita lihat sifat jelik puak ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko merepek ape ni 11:33 yg kritik bukan je pembakang je malah org2 umno sekali termasuk mantan2 agong ko org, kesian aku tengok ko, ko gunakan bahasa2 agama utk menegakkn benang basah ...kahkahkah

      Delete
  13. Jom demonstrasi depan rumah aljuburi di segambut dan permatang pauh dlm isu aljuburi sokong guan eng dlm isu kalimah allah....harga minyak dah turun pun macai bodoh kena tipu oleh aljuburi....tak abis abis kena tipu aljuburi.....puiiii....

    ReplyDelete
  14. Tak payah tngok bola .dah taw dah mmg kalah mlm nie .tak payah la dok cerite sal umno dah taw dah umno parti hanjing perosak bangsa .sekian t.q

    ReplyDelete
  15. Anon 12.35
    bodo tak de otak negatif sllu....mscam aljuburi kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah la cite sal otak dan jubo bapak ko .jd macaibn mmg gitu bodo manjang. So saba la ye.

      Delete
  16. Rakyat selangor khas penyokong TSKI.....sila layan puak kajang move dan puak azmin yg edar risalah hasut rakyat walaupun harga minyak dah turun ini di piala suzuki....prnyokong TSKI kena ajar puak kajamg move ini.....

    ReplyDelete
  17. Minyak tak turun, Hasan Malek akan dibakar hidup-hidup! Lepas tu kau.... Najib serta Rsomah!

    ReplyDelete
  18. Kah kah kah elok masuk ko masuk maharaja lawak .....bako jangan tak bako....kag kah pas tu bako jubo anwar ibrahim. ..ini suma dia punya pasal.prnduduk pulau pinang meh kiti..Demonstrasi di segambut dan permatang pauh pasal sokong guan eng dlm isu kalimah allah....

    ReplyDelete
  19. Nampak sangat dah omak kau terlalu disebelah sinuun tidak lagi bersama dgn raayat marhaen yang berlenggu kesusahan.....itulah hidup.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...