Wednesday 17 December 2014

BETUL KE DI NEGERI SEMBILAN SUDAH ADA UNDANG-UNDANG BARU AKTA JKKK 2014 ... BARANG SIAPA NAK BERI BANTUAN KEPADA RAKYAT MISKIN DAN SUSAH KENA POHON IZIN DARI KETUA KAMPONG DAHULU.


Kalau nak hulurkan bantuan kepada warga susah dimana-mana kampong di Negeri Sembilan kena mohon limpah izin dari Ketua Kampong dahulu ... jika ketua kampong tidak izinkan maka akan menjadi suatu kesalahan dan boleh diherdik, maki hamun dan diperhambat keluar dari kampong berkenaan.

Betul ke ni???? ... Dah ada undang-undang dan akta baru ke???? ... Bukan apa sebab ada seorang Ketua Kampong Jimah, Lukut mengamuk naik angin satu badan meroyan macam kena rasuk jembalang memaki hamun herdik apabila suatu rombongan mau memberikan bantuan kepada seorang mangsa banjir yang terbiar tanpa mendapat pembelaan walaupun sudah berulang kali mengadu... alasan diberikan ialah ini kampong dia .. apa-apa nak buat mesti beritahu dia terlebih dahulu dan minta izin.

Sejak bila nak masuk kampong menghulurkan bantuan kepada rakyat yang ditimpa kesusahan kena mohon izin terlebih dahulu dengan ketua kampong? .. undang-undang mana melaon ni pakai?

Sepatutnya sesiapa jua yang datang memberikan bantuan dan pertolongan kena berlapang dada ucapkan terima kasih bukannya     membalas budi baiknya dengan maki hamun ugut gertak dan dihambat keluar.

Fikirlah secara logik sikit ... gunakan sedikit akal dan otak anugerah Allah SWT tu ... kalaulah sipemberi bantuan ingin mendapatkan politik batuan (political milage), seisi rumah berapa sangat pengundinya .. lebih-lebih 3 hingga 5 orang ... undi sebanyak itu boleh menentukan kalah menang ke sesuatu PRU dan PRK???? .. Apa terlampau lemah sangatkah parti dakapan kamu sehingga begitu gentar sampai berlaga kepala lutut terketar.

Perangai gengster yang ditonjolkan oleh ketua kampong ini yang kini sudah pun menjadi viral dilaman sosial dan jua alam maya akan sebanyak sedikit menyumbang kepada rakyat menjarakkan diri kepada UMNO/BN .... perlu dan wajib dibuang terus melaon ini sebagai ketua kampong ... rakyat tidak takut dengan perangai samseng tetapi rasa hormat dan segan kepada yang bersifat merendah diri dan mengucapkan terima kasih yang sudi datang menghulurkan bantuan kepada anak-anak buahynya dalam kesusahan walaupun dipemberi bantuan berlainan fahaman politik. .. Belajar mengamalkan politik matang bukannya politik binatang.


Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan-Port Dickson M Ravi hari ini mengkritik tindakan seorang ketua kampung yang dilihat seperti seorang gengster ketika meminta kumpulan parti PKR meninggalkan kampungnya.

Ravi berkata, kumpulan PKR, yang terdiri daripada beberapa pemimpin bahagian dari Negeri Sembilan pergi ke Kampung Jimah di Lukut pada Ahad untuk untuk melawat mangsa banjir apabila ketua kampung itu Shafie Alwi, tiba-tiba saja menemui mereka.

“Shafie tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menjerit ke arah kumpulan kami, mahu tahu apa yang kami buat di situ.

“Dia memarahi kumpulan PKR ini kerana masuk ke kampung tanpa kebenarannya dan mahu kami meninggalkan kampung itu secepat mungkin.”

Katanya, kumpulan itu terperanjat kerana ketua kampung tidak ada hak menghalang mana-mana orang daripada masuk ke kampung.

“Saya cuba menenangkan dia, tetapi dia semakin marah dan menuduh kami cuba mendapatkan kelebihan politik,” katanya.

Sebuah video yang dirakamkan oleh anggota PKR, yang menunjukkan Shafie berkelakuan gangster, dimuat naik ke Facebook.

Video sepanjang lebih lima minit memaparkan Shafie yang memerahi Pengerusi Bahagian PKR Rasah R. Tanggam yang cuba menenangkan dia. Shafie meninggalkan mereka selepas 15 minit.

Shafie mengancam untuk kembali bersama beberapa lelaki yang lain, tetapi dia tidak berbuat demikian.

Ravi berkata, Shafie gagal membantu penduduk kampung, apatah lagi kampung itu sering mengalami banjir lebih daripada 10 tahun.

Sementara itu, Shafie dipetik oleh Sinar Harian sebagai berkata, dia hanya cuba melindungi kampung itu daripada orang luar yang tidak tahu apa-apa mengenai kampungnya.

Katanya barang-barang makanan yang didermakan oleh PKR hanyalah bantuan biasa yang diberikan kepada mana-mana mangsa banjir dan ia tidak akan membantu keluarga itu menjadi kaya.

“Keluarga berkenaan juga sudah menerima bantuan daripada orang ramai beberapa kali.”

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM13 juta untuk projek tebatan banjir di kampung berkenaan.

Kira-kira 44 rumah di kampung itu terlibat dalam banjir baru-baru ini.

20 comments:

  1. Apalah sangat sebagai ketua kampung nak campur aduk antara kebajikan dan fahaman politik. Tak kira penyumbang darimana asalkan bantuan itu ikhlas dan perihatin kepada rakyat sekalipun dari penganut politik berbeza. Ketua kampung eloklah menjaga sempadan pertugasan denhan tidak campur tangan urusan politik. Keamanan komuniti dikampung lebih bererti sekiranya diurus selia dengan baik, bukan mengherdik penyumbang dari mana-mana institusi. Rakyat harini sudah bijak berfikir.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia tak buat perangai begitu, tak jadi la dia ketua kampung untuk tahun berikutnya....

      Periuk nasi dia tu!!

      Delete
  2. Tok ngulu gila babi..spesis org utan

    ReplyDelete
  3. Bila amanah diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan dan mampu, maka tunggulah kemusnahan yang akan berlaku kepada semua. Bila kewarasan akal sudah tiada, bila perasaan malu sudah tiada, bila akhlak sebagai muslim sudah tiada, maka mudahlah musuh-musuh Islam menundukkan kita. Sepatutnya kita memberi contoh yang baik kepada bukan Islam, ini sebaliknya. Kamu, Ketua Kampung yang telah menzalimi diri sendiri dengan kelakuan kamu itu.

    ReplyDelete
  4. Antara bukti yang menunjukkan segala perpecahan orang melayu di kampung kampung berpunca dari spesis ketua kampung umporno yang melakukan diskriminasi....sudahlah makan gaji buta...halang pula orang yang ingin melakukan kebajikan...setan di kenali ke apa ?????

    ReplyDelete
  5. Pelik benor org negori 9. Org mcm tu pun dilantik jadi ketua kampung. Malu Mat Asan dibuatnya. Ni yg PM kata bangang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooi nasib baik di pergi ke N9. kalaulah ke Permatang xxxx habis lunai kena lxxxt.

      Delete
  6. Omak ni aku nak cakap ni...MEMANG ADA ketua kg perangai mcm tu malah lebih teruk dari tu.Ada ketua kg Pxxxr sewaktu kami buat pgrm menangis tersedu sedu penuh hiba ketika kami bg dia peluang berucap dlm satu pgrm kononnya kami tk bgtau dia terlebih dahulu..bkn kami tk beritahu dia kami ada bgtau dia malah kad jemputan majlis pun ada tertera nama dia.omak nk tau knapa dia menangis penuh hiba ketika berucap sbbnya peruntukkan beribu utk majlis kami yg pegang.semua kami yg urus...tu yg dia sedih dn tk puas hati.ketua kg sial ni bila kami bg borang utk bantuan subsidi bas anak sekolah dia isi utk anak2 dia sampai dua nama.walhal satu keluarga satu borang je..haram dia tk bg anak buah dia yg susah di kgnya..dia kata kg dia tkde org susah cuma dia saja yg susah walhal rumah tersergam nama pun villa...tut...hasil dari rampasan tanah penduduk kg..smpaikn org pej tanah pun allergic tgk muka ketua kg ni...

    ReplyDelete
  7. Oops lupa,kg Pxxxr kat atas ni trletak diselangor.pembodek tegar Azmin...(kejahatan ada dimana mana).

    ReplyDelete
  8. Kot ye pun...bgtau la dulu sblm main terjah. Kot berjaya terjah lps tu masuk media bangga kononnya dia jerla yg perihatin. Ini kes publisiti murahan x menjadi.
    protokol ada...hormatilah...jgn pandang hina kuasa tempatan.
    of coz ketua kampug tu agak melampau tp...dia ada prasangka dia terhdp org2 yg nk menonjol diri.

    ReplyDelete
  9. Bagi kita jawatan ketua kg tak da apa apa makna tapi bagi orang kg jawatan ketua kg sgt bernilai dan bermakna...ada antara dia org ni masing2 bapak2 orang dan atok2 orang bila dtg PEJ masing2 curah minyak wangi satu botol gamaknya...saya dlm PEJ kepala berpusing sesak dada...kena ketua kg bngsa cina mmang nk termuntah bau ketiak busuk...hihi mcm2 kerenah ketua kg...ada yg baik yg jahat yg gatal mengenyam yg rajin yg malas...pelahap pun ada...

    ReplyDelete
  10. Respect lh sikit kt jawatan dia, org kpg dia sendiri boleh respect, apa hal org luar main langgar je, sesiapa dn mane2 tuan rumah pun boleh marah kalu mcm tu, tu lh silapnye...org politik pkr ni nk dptkn political millaege smpai lupa lak adat org melayu ape ke hal ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM melawat Kelantan tak pernah infom MB pun....bukan terjah ke tu...hormat sikit ketua negeri tu....dulu pernah mesyuarat MB/KM mb kelantan tak dijemput...macam kelantan bukan dalam mesia plk...umno memang menjunjung dikriminasi dan perkauman

      Delete
    2. ooi itu PM dia lagi atas sama MB .dia satu Malaysia ada kontrol faham..

      Delete
    3. sokong 1516
      Setiap rumah ada ketuanya
      setiap kampung ada ketua
      setiap daerah ada undangnya
      setiap negeri ada yangdipertuan
      setiap negara ada rajanya
      Kalau org luar belajarlah bersopan dg ketua2 ini
      Jangan dok terjah sana terjah sini
      itu kurang adab namanya.

      Delete
  11. Kg tu xde pagar, dinding sbb tu leh terjah terus mcm tu je. Hehe

    ReplyDelete
  12. Dah lah negeri dah tak dok duit, sombong, org nak bagi bantuan di halang dah ketua kg tu keluar bantuan ke, pd. Keluarga terlibat, tu baru ketua kampung, kalau jadi ketua menteri, harus berkawan dgn lembu je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape nk dibuat adun pkr tu betul ttp dr segi moralnye out same mcm lembu je lh sbb x beradab ...kahkahkah

      Delete
  13. Ketua kg dgn yb yang mana lagi tinggi jawatannya ye.

    ReplyDelete
  14. berat 69 ketua nih,org nk bntu ptut brsyukurla..dah ekau x pandai cari bntuan mako dtg lg bntuan dri tompek laen

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...