Tuesday, 23 December 2014
APAKAH ARAHAN DAN AMARAN AZMIN ALI KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TIDAK DIENDAHKAN LANGSUNG?????
Pada 6hb November 2014 yang lalu, Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin bin Hj Ali memberi masa tiga bulan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) membersihkan sampah-sarap di kawasan Selangor.
“Saya telah arahkan semua PBT termasuklah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), saya beri mereka tiga bulan sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.
“Saya mahu Petaling Jaya menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” katanya.
Pergh!!! sungguh dahsyat lagi lunak bukan sahaja sebagai halwa telinga tetapi penyejuk jiwa yang mampu membuat burung liar dihutan datang hinggap dibahu apabila mendengarnya.
Realitinya?????? ... Lihat sahaja 2 keping rakaman gambar di kirimkan kepada Omak Kau oleh pemberi maklumat yang berlaku sebentar tadi di Jalan SS 14, Subang Jaya, Selangor.
Mana perginya kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya terutamanya Yang DiPertuanya .. apakah engkar dan tidak ambil kisah tentang amaran dan arahan Dato' Menteri Besar Selangor????
Atau bahasa mudah dan tepat .. arahan dan amaran Azmin Ali kepada seluruh PBT di Selangor langsung tidak dipandang serius .. maknanya tidak rasa takut dan hormat dengan Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
Jika ini benar maka adakah Azmin berani dan mempunyai kekuatan untuk ambil tindakan keatas Yang DiPertua PBT terbabit??? .. Kalau tidak mampu dan berani maka ianya lebih kepada amaran guna peluru kapur atau meriam karbait ... bunyi cukup kuat tapi habuk pun tarak!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Memang tabiat kebanyakan rakyat Malasia adalah pengotor.
ReplyDeleteOh yeah! Mari tengok lakonan MB ala Azwab Ali!! Terjah! ... kononnya...
ReplyDeleteHahaha......bukan tak ikut arahan tetapi kami tak tahu sini kotor....! Kalau tahu mana kotor bagi tahu kami, nanti kami bersihkan. Sebab kami sibuk dan duduk kat offic tunggu aduan, baru kami laksana. Hahahaha..... kami tak tahu terjah2 bukan kerja kami itu kerja mb azam ali.
ReplyDeleteAaaik ada lagi sampah? Ingatkan bila Azmin bagi arahan mencicit lintang pukang semua PBT menyerbu tempat sampah...ropa ropanya depa semua tunggu Azmin kutip sampah2 tu dulu gamaknya...hahaha...yela dah janji 80% nak buat kerja dgn rakyat...
ReplyDeleteDari segi pentadbiran sbg ketua, dia agak lemah. Buktinya apa yang dikata atau diperintahkannya tidak disambut oleh majlis perbandaran apatah lagi orang ramai. Sikapnya yang suka publisiti dengan cara buat kerja secara solo, menyebabkan semua orang berasa muak. Bila orang sudah muak, inilah jadinya........
ReplyDeleteCUBA AZMIN TANYA KAT PRESIDEN SINGAPORE MACAMANA NEGARA ITU BOLEH BERSIH DARIPADA SAMPAH SARAP? LEPAS TU BUAT PERKARA YANG SAMA DENGAN APA YANG SINGAPORE DAH BUAT.
ReplyDeleteSUSAH SANGAT KER?
BENGAP!!
BERAPA RAMAI PEKERJA MAJLIS PERBANDARAN? CUKUP TANGAN KER MEREKA NAK BERSIHKAN SAMPAH SEMUA KAWASAN? SAMPAI BILA PEKERJA NI NAK BERSIHKAN SAMPAH SARAP KALAU SIKAP PENDUDUK MASIH TAK BERUBAH. PAGI BUANG, PETANG PENUH BALIK. PETANG BUANG, MALAM PENUH BALIK. SAMPAI BILA?
ReplyDeleteYANG PENTING IALAH:
1. MENDIDIK PENDUDUK/ ORANG RAMAI SECARA SERIUS.
2. MENGENAKAN DENDA KEPADA MEREKA YANG MEMBUANG SAMPAH.
3. MENDAKWA MEREKA DI MAHKAMAH.
4. MENGETATKAN HUKUMAN.
5. MELANTIK PEKERJA PENGINTIPAN SERAMAI MUNGKIN ATAU SEPARUH MASA ATAU BAYARAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT BERGAMBAR
6. JANGAN BUAT TINDAKAN SPT MELEPASKAN BATOK DI TANGGA.
7. MENAMBAH TONG2 SAMPAH BESAR UTK MEMBUANG SAMPAH
8. PENGANGKUTAN SAMPAH HARIAN. KONTRAKTOR YG GAGAL MESTI DIDENDA
TAK PAYAH NAK SUSAH PAYAH TERJAH SANA SINI. HARI2 TERJAH PUN, KALU PENGUATKUASAAN MACAM BAU KENTUT, HASILNYA TAK AKAN KE MANA2.
SUDAH TIBA MASANYA, KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN PADA TINDAKAN SEPERTI DENDA DAN DAKWA. INGAT SAMPAH MENJADI PUNCA PENYAKIT, LONGKANG TERSUMBAT DAN SEBAGAINYA.
JANGAN HANYA PANDAI TERJAH TAPI TAK TAHU MENTADBIR DAN MENGAGIHKAN KERJA. KO SORANG TAK AKAN MAMPU BERSIHKAN KAWASAN SELURUH SELANGOR!