Friday 26 December 2014

ISU LADANG BABI: PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG DI SEKITAR SEPANG MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA DATO MENTERI BESAR SELANGOR MEMBANTAH PROJEK TERNAKAN BABI!!!



Kira-kira 100 penduduk kampung di Sepang hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali bagi membantah projek ternakan babi di kawasan tersebut.

Mereka antaranya dari Kampung Tumbuk Darat, Kampung Indah dan Kampung Kundang.

Salah seorang wakil penduduk, Hanapiah Mohamad berkata, beliau berharap agar kerajaan negeri dapat memindahkan projek ternakan itu memandangkan ia dibuat di kawasan yang majoritinya kaum Melayu. 

Katanya, sebagai penduduk, dia tidak menghalang projek ternakan itu.

Bagaimanapun, katanya, dia mengharapkan supaya projek itu dibuat ditempat lain berikutan bau busuk yang melanda kampung di kawasan sekitar projek ternakan itu.

"Kita minta supaya dialihkan penempatan itu ke tempat lain. Dan bukan di kawasan di situ. Kerajaan Negeri ada kuasa untuk alihkan projek itu.

"Jadi kita harap dipindahkanlah. Kita bukan menolak projek ini tetapi kita minta dipindahkan ke tempat yang jauh," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum memorandum di serahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Radzi Razak.

Ketua Kampung Tumbuk Darat, Tarmudi Tushran turut berpendapat bahawa kawasan projek ternakan babi itu tidak sesuai di kawasan hampir dengan penduduk kampung.

Katanya, walaupun teknologi penternakan yang digunakan canggih, namun bau yang kurang enak tetap ada.

"Teknologi itu kita setuju. Canggih. Tapi tempat tak sesuai sebab hampir dengan kampung. Babi ini ada bau kurang enak.

"Tapi kalau dah kata canggih sangat teknologinya, kenapa tak buat di Shah Alam sahaja?" katanya.

Sebelum itu, kesemua penduduk yang hadir di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam membawa sepanduk yang bertulis "Rumah babi diutamakan, rumah rakyat dipinggirkan" dan "Rakyat tolak projek babi".

Selain itu, terdapat juga kain rentang yang mengecam ADUN Tanjung Sepat Mohd Haslin Hassan yang bertulis "YB Ir Haslin sokong penempatan babi, kami rakyat bantah".

Selepas memorandum diserahkan, seorang lelaki daripada kumpulan tersebut dengan memakai kain di muka dan memegang sangkar burung yang berisi dua ekor ayam, tiba-tiba enggan berganjak dan berkeras mahu menyerahkan sangkar itu kepada Azmin.

Lelaki tersebut yang tidak diketahui identitinya itu tiba-tiba meluru menuju ke bangunan SUK. Bagaimanapun, dia dihentikan oleh seorang anggota polis iaitu DSP Che Din Ali daripada IPD Shah Alam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tiba-tiba menjerit dengan melafazkan dua kalimah syahadah dan 'lailahailallah'.

Selepas itu, beliau berjaya ditenteramkan oleh seorang lagi anggota polis yang kemudiannya mengiringinya keluar dari kawasan bangunan SUK.


Ulasan omak kau:

MB Selangor mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan apa jua projek jika pada pandangan beliau setelah mendapat nasihat dari Majlis Exco Kerajaan Negeri dengan mengambil kira kepentingan awam termasuklah projek Ladang Moden Babi yang bakal dibina dikawasan Kuala langat yang majoritinya penduduk Melayu/Islam .... 

Agama Islam tidak membantah maupun menyekat serta melarang bukan Islam memakan makananan yang bukan halal seperti babi termasuklah untuk menternaknya asalkan tempat ternakan tersebut tidak menganggu keharmonian dan kesejahteraan umat Islam .. tidak mengundang ketidakselesaan penganut Islam ... 

Perlu menjemput semua terlibat terutamanya penduduk tempatan sebelum sesuatu projek sensitif ini diluluskan .. mengapa perlu bercakap angkuh dan sombong akan tetap teruskan juga walaupun mendapat bantahan? 

Dimana slogan mendengar suara rakyat suara keramat ... mana pergi lesapnya janji Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli .. jangan bermain politik retorik omong-omong kosong dizaman maklumat dihujung jari .. zaman sekarang tahap rakyat mampu menyimpan peringatan cukup kuat .. tidak mudah lupa .. tidak mudah alpa dan tidak mudah digula-gula.

Hentikan Projek babi ini jika tidak mau rakyat membabikan Kerajaan PR Selangor ... Jangan terlalu sangat ikut kehendak dan kemahuan serta desakan dari DAP sampai sanggup maruah diri dan Islam tercemar teruk.

Bila nak undi sanggup melutut kepada rakyat apabila sudah perolehi suara rakyat tidak diambil pusing .. Ini dinamakan politik guna kepala lutut... Adakah ini patut?

Bukan niat mau dihalang tetapi carilah kawasan bukan didiami oleh orang-orang Melayu .. mengapa tidak cari kawasan ahli parlimennya atau ADUNnya dari DAP???? 

Terima realiti .. bersih macam mana pun, rakyat yang tinggal berhampiran dengan Ladang Babi Moden ini, peluang terancam dan terdedah dengan penyakit JE tetap ada, walaupun mungkin tidak seteruk apa yang berlaku di Bukit Pelandok, Port Dickson suatu ketika dulu.

Kebenaran tidak semestinya datang dari kelompok sendiri .. asalkan ianya benar perlu bersikap berjiwa besar berlapang dada dan berdingin kepala kena terima dan akuinya..


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

60 comments:

  1. Kat perak bela ikan patin lepas tu bg makan babi dan ikan patin jual kt org melayu.kalau tu bukan arahan jit tuya xkan arahan obama kot.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu arahan bodoh atok dn bapak kau sebab tu kau keturunan bodoh terlebih bnyk makan taik babi...kihkihkih

      Delete
  2. Cukup2 lah omakko, jgnlah jadi barua umno dgn cuba memburuk2kan pentadbiran azmin ali. Semua org dlm pkr tau, ko kecewa dgn kejatuhan khalid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun alasan, kita melayu tidak akan reda kepada sesiapa juga pemimpin yang membenarkan ladang babi itu didirikan di kawasan petempatan melayu. Sila berambus dan pacakkan tiang ladang babi tersebut di kawasan makhluk pemakan babi.

      Delete
    2. OIII MIN....KALU KO RASA LADANG BAGI TU LEBIH PENTING DARIPADA HUKUM HUDUD YANG ADA DALAM QURAN TU, KO BUAT LA LADANG BABI TU DULU, YER....

      Delete
    3. buat kat kawasan macai pkr sbb depa yag sokong ataupun pindah semua rumah macai pkr kat ladang babi termasuk rumah2 penyokong tegar al-khinziri spt tulang besi, mountdweller, al-husyeen, greenboc dsbnya biar depa hirup udara segar kat sana.............pas tu pakat2 guna title 'al-khinziri' sbb depa mmg berbangga dpt menyokong projek dap tu.......tahniah !

      Delete
    4. Nak elok lagi, buat ladang babi tu kat depan rumah mak bapak ko.

      Delete
    5. aiik macai pkr dah marah ? lain kali sokong lah ladang babi tu !

      Delete
  3. Omakko, kalo ko betul2 nak memperbetulkan parti sendiri, bawak slow talk. Ko dgn team khalid ko tak habis2 nak jatuhkan azmin. Yg sudah tu sudah lah... khalid pun dah bukan ahli pkr lagi. Terimalah hakikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimalah hakikat bahawa babi tu bukan sahaja haram dimakan tetapi semua yang datangnya dari babi adalah haram. Tolonglah jauhkan benda2 haram nih dari kehidupan orang2 Islam. Tolonglah.....

      Delete
    2. OIII MIN....KALU KO RASA LADANG BAGI TU LEBIH PENTING DARIPADA HUKUM HUDUD YANG ADA DALAM QURAN TU, KO BUAT LA LADANG BABI TU DULU, YER.....

      Delete
  4. Kalau dah diluluskan masa umngook berkuasa nak buat cam na.lepas ni cukai kapiaq babi dan cukai halal terpaksalah diasingka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan negeri ada kuasa untuk batalkan atau tukarkan ke tempat lain yang berdekatan dengan tempat pemakan babi. Halangan dan tentangan tu akan ada. Biasalah. Terutamanya dari orang2 dan parti2 yang makan babi. Tapi demi kebaikan rakyat, carilah tempat lain yang sesuai jauh dari tempat tinggal DAN jauh dari kawasan sumber air. Ini najis babi bukan boleh buat main2.

      Delete
    2. Asingkan macam tempat judi halal di genting tu ker?

      Delete
  5. Omakko, time negara ditimpa musibah ni, kurang2 lah provokasi parti sendiri. Kan lagi bagus kalo ko menggerakkan ahli pkr bersama2 azmin membantu mangsa banjir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu.
      Kalau hudud pun boleh bertegang urat mintak ditangguhkan, apa salahnya kalau bertegang urat mintak tangguhkan ladang babi ni. Lagi satu, mana lebih penting, ladang babi ker hudud? Tapi kalu PKR dan Dap rasa yang ladang babi lebih penting, ladang babi tu kena la dulukan.

      kan kan kan?

      Delete
    2. Hahaha omakkau dah FOBIA nak turun banjir ni wehhh trauma dengan tragedi kencing tikus...

      Delete
  6. bertenang pasal isu babi pun orang bangsa melayu melatah, pasal isu seleberiti artis pun melatah pasal melayu yg banyak kekurang tak pun melatah pasal dadah merempit ramai mengangur kaki rasuah fitnah porno ragut tak pun melatah. memang bodoooo melatah tak bertempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg melatah pasal hudud lagi bodooooo dan banggang tahap gaban

      Delete
    2. Pelik la klu org Islam tak melatah pasal ladang babi. Mungkin org ni suka minum susu babi kot......

      Delete
    3. Dulu masa zaman Babi National perintah Selangor ada ke barua2 meno ni dok berdemo protes gini?? Mana tok Karim meno tu.. sepatutnya dia orang yg korang salahkan dulu sebab asalnya dia punya projek babi ni....

      Delete
  7. AZMIN 'JOKOWI' TUKAR AZMIN 'BABI'

    KAH KAH KAH

    BUAT KANDANG BABI KAT GOMBAK LA WOI

    TENGOK DAPAT UNDI KE TAK

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. HUH.....NAK KENE PENERAJANG AKU CUBA LA BUAT LADANG BABI KAT GOMBAK.

      Delete
  8. Apalah bodoh korang semua.Dulu kat genting takda ka orang islam tinggai sampai boleh jadi tempat judi berlesen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu...dulu lah..skrg...skrg lah. Org kasi undi psl xmau ikut dulu lah. Itu pun payah ka mau fikir.

      Delete
  9. Dulu judi dihalalkan kenapa skrg tidak.jangan cakap pasai itu dulu, skang lain.kalau cam tuh undang2 kita kena ikut peredaran zaman la.kalau babi tak buat untung takan ternak babi masok perancangan ekonomi.cuba pikiaq kita ni cam kapiaq tak nak asing cukai halal dan cukai kapiaq babi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bior la bagi kapiaq ternak. Dema yg melantak babi tu bior le dema ternak. Duit babi tu bagi aje kat dema.

      Delete
  10. Xde awek ke kt sni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ko kontek puteri ameno. Mana la tau kot ada yg free mlm nih.

      Delete
    2. Haiii bang. Abang sihat ke? Bila na bawak ayang tidur kat sana tu, mcm yg kita projek sebulan dulu. Awww mmuuaahhhhh...

      Delete
  11. Si celaka main golf dgn obama bru nak melawat mangsa banjir esok-memang celaka si mamat main golf dgn obama tu-harap tengelam si mamat ni-musibah melanda pasal si celaka ni dgn isteri badak dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak aku dan kawan2 dr CUCMS cyberjaya satu bas on the way ke Kemaman utk bantuan misi membantu mangsa banjir di sana. Hati mak bapak bimbang jugak sbb banjir besar. Mintak semua doakan selamat yer.....

      Delete
  12. tak de exco yg nk suruh mb teliti dokumen pasal ladang babi ni ke.. semua pon pelahap babi ke.. masa mula2 jd mb bukan main lg, reporter tanye je terus jawab tgk dokumen dulu.. dah skrg dah tak payah dokumen2 dah.. hahaha.. btul2 kartun la korang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu TSKI buat semua tak baik. Semua "no". Sekang dah jadi MB semua baik. Semua "yes". Memang kartun betul la

      Delete
  13. dulu masa umno perentah buat kenduri lagi untuk majlis perasmian pecahtanah untuk buat kadang babi itu ... hantar wakil pergi sana eropah dengan khir toyo mahu belajar macam mana nak jaga itu babi ...... sekarang apa pasal banyak bising....??? tarak dapat wang ka...????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu umno selangor belum insap. Sekarang dah taubat nasuha. Skrg kejaan PR pulak nak sambung. Dulu tak nak, skrg nak pulak.

      Apa diaorg ingat babi tu bole gosok2 kepala cam gosok kepala kucing ker?

      Delete
    2. Ambik 2 ekor babi tu, pah tu ikat kat tangga umah ko. Ko tengok, bapak ko bising tak?

      Delete
  14. Malaysia ni kecik aja orang cina pun lbh krg 30% tetapi kita ni pengeksport babi ladang babi ada di mana2 dengan jumlah beratus ribu ekor....nak buat macamna lembu tinggal 10 ekor ja dari modal 250 juta...bayangkan kalau tokey babi dapat 250 juta tenggelam kita dgn makhluk ni

    ReplyDelete
  15. Bodoh piang...hang ingat judi x haramjadah cam babi.pokoknya sapa luluskan? Pasai apa hudud x lulus lagi....pasai hang pa bodoh piang la dok maen politik cam sekular cam islamik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal babi laju aje lulus.
      Pasal hudud selalu sangkut2.
      Agaknya kat kepala pkr nih babi lebih tinggi kemuliaannya drp hudud

      Delete
  16. Ladang babi ni sgt penting utk membuat coklat babi yg di sahkan halal oleh jakim dan peliwat tuya.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bagi kat emak ngan bapak ko la sbb jakim dah halalkan

      Delete
  17. Umno yg najis mughallazah kenapa pkr pulak yg nak kena samak.koh koh koh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb pkr sngor yg nak buat ladang babi

      Delete
    2. Org2 umno yg dulu2 dah samak dah. La ni pkr pegang, pkr la kena samak. Klu x nak samak, bagi aje kat pas. Pas boleh kasi samak.

      Delete
  18. Takda babi haramjadah pon masih boleh nikmat cukai judi x halal.hang bising bukan dapat apa jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah le amino bg nikmat cukai judi kat bapak ko, tak kan pkr nak tambah pulak dgn nikmat cukai babi pulak, dol? Tapi kalu bapak ko nak ambik jugak, teruskan la.....

      Delete
  19. T/K kpd pengundi2 PR, korang akan mendapat saru hadiah yg tak ternilai..... LLAADDAANNGG BBAABBII

    ReplyDelete
  20. hidup PartiKhinziR dan da pigs hiduplah babi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Babi National perintah lg Selangor ni pun ladang Baby tu akan tetap ujud gak.. sebab dah ada rancangan yg nak dibuat oleh tok Kaim n anak Toyol tu.. ni dah terlepas Selangor camana nk buat lg!! Hasut rakyatlah pulak soh demo protes...

      Delete
    2. Balik2 alasan umno dh lulus...umno dh lulus. Krn dek sumpah rakyat la umno out ngokkkk....alih2 pkr plak menyambung perjuangan babi. Babi in...hudud out.

      Delete
  21. Makcik..ini projek zaman umno/bn lagi..hahahahahaha!!! Baca wahai bani melayu kaji wahai banni melayu selidik wahai bani melayu..baru cerdik wahai bani me LAYU..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup....teruskan...sama jer perangai klu dtg dr bontot yg samakr dan umno ni

      Delete
    2. Sebab projek babi ni la umno kalah. tak kira le projek sape2. janji projek ni mesti dihentikan.

      Delete
    3. betul3... tak payah la nk guna alasan projek tu lulus zaman sape pon.. skrg ni rakyat dah bg PR kuasa, jadi buat la yg betul.. kalau PR pon ikut apa yg BN dah plan, lebih baik kami pilih BN.. walhasil 2x5 je PR dgn BN.. jgn pulak akhirnya rakyat dpt tau yg azmin pon sama kes dgn khir toyo..

      Delete
  22. jurucakap penduduk tu kg.tumbuk tu lah org yg pegi ke german..dgn rombongan umngok kapla bana..tengok projek ternak babi..siap angkat ibujari lg,katanya langsung xde bau..la ni bising2 plak..tapak yg dcdgkan skrg adalah tapak yg khir toyol gazetkn..apa mau tipu lg kaaa..

    ReplyDelete
  23. Hal pusat ternak babi ne cdgn lama dicadangkan semula.. Baru cadagngan. Mereka perlu lalui proses & klu nak buat pun, kena dapatkan feedback detail & perlaksanaan dgn pemantauan ketat.

    Isu ni timbul semula bila kerajaan Persekutuan melalui MOA menguatkuasakan lesen ternakan khinzir..itu je..umno meroyan tak tau hujung pangkal..

    ReplyDelete
  24. Ingat Pakatan Haramjadah Rakyat, ingat BABI .....oink....oink!!!!!

    ReplyDelete
  25. Sibuk spasal babi ni apahal? Orang sibuk banjir, harta hilang, nyawa hilang, tak makan, tak tidur, letih, risau dan macam-macam. Yang alim kena dan yang tak alim pun kena, yang sokong kezaliman pun kena, tak tak pedulikan kezaliman pun kena, yang solat kena yang tak solat pun sama!! Ini namanye bala. Bala Allah swt. Kalau tak sedar jugak tunggu banjir yang lebih teruk macam tahun 1970. Itu jam baru tau. Itu pun tak tau lah. Sebab yang lahir lepas tu dia tak rasa dan tak tengok. Macam tulah manusia. Jadi kes ternak babi ni biasa je. Bila bukak kilang arak tak bising pun sebab boleh kerja kat situ, gaji mahal, bonus pun lebat. Ladang babi ni segan sikitlah. Tapi kalau bonus lebat apahal. Boleh jugak!! Hancur Melayu hancur sebab bagi kat malaun memerintah!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...