Monday 29 December 2014

BERIKUTAN DARI BENCANA BANJIR, KERAJAAN PERCEPATKAN BR1M MULAI 15HB JANUARI KATA MENTERI KEWANGAN II DATUK SERI AHMAD HUSNI.


Berikutan bencana banjir, kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mulai 15 Januari 2015, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni dalam satu kenyataan berkata pembayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

"Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M.

"Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M yang dijadualkan pada akhir Januari 2015 akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015," katanya.

Ahmad Husni berkata permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.

Proses kemas kini boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata bagi penerima BR1M yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2014, waris mereka boleh membuat tuntutan Takaful i-BR1M sehingga 31 Mac 2015.

Katanya, tuntutan Takaful i-BR1M boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman web www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

- Bernama

12 comments:

  1. Mana KJ?ketua pemuda Umno?senyap je x nampak muka..pemuda umno xkan berkerja kalu xde habuan..kalu KJ xde bg upah, kami akan rembat semua beras dan jual..pedulik apa dgn mangsa banjir.inilah masa yg terbaik unt rembat peruntukan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebuk cari umno puak anal pas mana dap pemakan babi g paris ka yg pegang kipas ngan mamat gereja ka n.z ka mat sabutoh wat pe ketua bingai yg mendoakan sesama islam musnah tu mana duduk hanyut kat ombak marang ka

      Delete
  2. Kalau lah duit BR1M ini disalurkan buat mangsa banjir yg kehilangan rumah lagi baik.. dan di beri sedikit saguhat utk dibeli kelengkapan... mudah mudahan InShaAllah.. dibuka hati pemerintah..

    ReplyDelete
  3. Patut petrol n diesel pun awalkanla turun bg meringan beban semua

    ReplyDelete
  4. GST bgmn? Nak jalan April jugak ker? Tak ada pengumuman tangguh pun...


    TAK ADA HATI PEROT...

    ReplyDelete
  5. Bila pulok Kelantan banjir ni? Bulan lepas ker? Sory laa i tak perasan laaaa. I gi main GOLF aritu. Harap2 semua ok yer. Takpe nanti i bgi cek tendang atau replika cek 500 juta utk kelantan. No heart feeling yer, i nak sambung main golf jap. Ni penting untuk negara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa negeri hambo banjir ke? Takpo. Kita doakan k.o lagi ye.

      Nate nik ajis nikmak

      Delete
  6. Umno/bn najib = CORRUPT & NO HOPE. CHANGE NOW SAVE MALAYSIA!!!

    ReplyDelete
  7. Duit brim tu kalau tukar kepada rupiah ke atau lek atau franc Burundi dapat beribu-ributu. Cukuplah untuk hidup dua tiga tahun. Cuma sayur mahal sikit sebab kangkung dah hanyut dibawa air. Kaya ghaye dulu kini dan selamanye!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok kau tinggal kat Burundi tu dan jual jubor kau kat mat itam Burundi cukuplah untk kau hidup dua tiga tahun.

      Delete
    2. 13:15 seronok sangat hidup ko dgn lubang taik ... Kahkahkah

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...