Saturday, 20 December 2014

PIALA SUZUKI 2014 MILIK THAILAND DENGAN AGREGAT 4-3.




Kejayaan menjulang Piala AFF buat pertama kali, empat tahun lalu gagal diulang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sekalipun menewaskan Thailand 3-2, malam tadi.

Sebaliknya, Thailand mengesahkan kejuaraan untuk mereka buat kali keempat dengan dua gol pada lewat permainan untuk menang agregat 4-3 dalam final kedua ini atas perkiraan jaringan gol di tempat lawan.

Hadir ke Bukit Jalil dengan tugas berat, skuad bimbingan jurulatih Dollah Salleh itu memberi bayangan awal keajaiban mampu diulang dengan mendahului 3-0 sebelum semuanya berakhir lapan minit masa permainan tamat.

Thailand yang terdesak memburu gol meledak menerusi pemain sensasi, Charyl Chappuis pada minit ke-82 yang merobek emosi pemain-pemain negara.

Keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya Thailand yang menyumbat gol kedua menerusi Chanathip Songkrasin pada minit ke-87 yang mematikan terus semangat juang negara.

Tidak cepat melatah, Dollah tetap menurunkan kesebelasan hampir sama ketika final pertama dengan hanya pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas digugurkan dan digantikan dengan pemain tinggi lampai, Mohd Afif Amiruddin.

Tewas 2-0 perlawanan pertama di Stadium Rajamangala Bangkok, Malaysia mempamer corak permainan pantas di awal permainan yang jelas gagal dibaca muda Thailand.

Keghairahan Malaysia untuk memburu jaringan terhasil apabila dianugerahkan sepakan penalti seawal minit keenam yang disempurnakan Safiq Rahim.

Menerusi gerakan yang dimulakan di bahagian kanan padang, bola hantaran cantik Azamuddin Akil pantas disambut Norshahrul Idlan Talaha sebelum dijatuhkan pertahanan Thailand di kawasan penalti.

Jaringan itu turut meletakkan Safiq selaku penjaring terbanyak edisi Piala AFF setakat ini dengan mengumpul lima gol.

Gol kedua negara pula disumbangkan pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan babak pertama yang memberikan kedudukan agregat 2-2 buat Malaysia.

Memasuki babak kedua, Thailand yang terdesak berjaya melancarkan beberapa serangan berbahaya namun akhirnya dihukum menerusi jaringan kedua peribadi Safiq menerusi sepakan percuma pada minit ke-58.

Begitupun gol itu tetap tidak mencukupi untuk Malaysia menjulang Piala AFF buat kali kedua.

12 comments:

  1. Law najib xpergi mesti dah menang.celake btol laki bini to .taik hanjing.

    ReplyDelete
  2. jimat duit rakyat dri melayang

    ReplyDelete
  3. 2 striker utama baru keluar dari peti sejuk jdt, hancussss

    ReplyDelete
  4. Time2 mcm to najib patut dok surau la bengong !

    ReplyDelete
  5. kaki ampu kat belakang najib tersengih sengih macam nak dapatkan kan projek ternak ayam itik je...kak kah kah

    ReplyDelete
  6. สัมภาษณ์ซุปตาร์ บุรีรัมย์ ยูไนเต็ด [ชาริล ชัปปุยส
    3 แซ่บ (ชาริล ชัปปุยส์) 26 ตุลาค
    ก็เฉยๆ ไม่รู้สึกอะไร ก็แค่ชาริล2014 บุรีรัมย์ ยูไนเต็ด VS SCG เมืองทอง ยูไนเต็ด 0 0O มติชน
    ชาริล ชัปปุย เปิดใจ ปิ๊ง ดาราไทย
    ความน่ารักของชาริล ชัปปุยส์
    ตุ๊ บาร์ซ่

    ReplyDelete
  7. Syabas jurulatih dan pemain Harimau Malaya. Kalian telah memberi persembahan yg baik dan penuh bersemangat cuma kurang bernasib baik. Kita setanding dgn Thailand. Kekalahan adat perlawanan, namun persembahan kalian tetap meghiburkan. Seluruh rakyat Malaysia kagum dgn keupayaan mendahului 3-0 hingga ke minit 78. Pedulikan cemuhan, jadikan ia sebagai suatu peransang. Tahniah jurulatih Dolah Salleh, tahniah semua pemain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 kita kalu sampai minit ke-70 aje mesti pancit.....
      Itu punca kita kalah

      Delete
    2. Lawan dengan budak2 belum sunat pun boleh lentok....

      Delete
  8. Kemenangan melalui aggreget 4-3 Kalau ikut jaringan jadi 6-4. 2 goal Thailand diMalaysia turn kira 4 biji Malaysia masih kalah ditempat sendiri 3-4.Tak gitu AFF.

    ReplyDelete
  9. Tak aci la... Thai pakai bomoh siam.

    ReplyDelete
  10. Dollah cantek pas ni boleh jual krim gajah duduk atas rimau

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...