Thursday 18 December 2014

DUA RAKAN SEKERJA MAUT NAHAS BABIT 5 KENDERAAN DI SENAWANG, SEREMBAN.




Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer 250, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara dekat sini pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Ahmad Azlan Zakaria, 25, dan rakannya Mastura Abd Karim, 34, yang meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mereka merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna Perodua Alza yang terbabit dalam  kemalangan itu.

Beliau berkata mayat mereka dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini. Katanya tiga lagi cedera dalam kemalangan yang turut membabitkan kereta Proton Saga FLX, Perodua Alza, Nissan Almera dan dua buah treler.

"Kemalangan berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu seorang lelaki dilapor hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler yang membawa minyak pelincir sehingga menyebabkan Proton Saga FLX terbabit terbalik di lorong  kanan.

"Pada masa yang sama, Perodua Alza yang dipandu di belakang Proton Saga FLX itu cuba mengelak, namun melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler di lorong paling kiri.

"Ketika itu juga Nissan Almera yang datang dari arah belakang yang cuba mengelak kesemua kenderaan berkenaan, turut terbalik di lorong tengah,"katanya.  

Muhamad Zaki berkata yang cedera ialah seorang penumpang Proton Saga FLX yang kepalanya dipercayai bergeser pada permukaan jalan, pemandu Proton  Saga FLX dan pemandu Perodua Alza.

Beliau berkata kemalangan mengakibatkan kesesakan sepanjang dua kilometer. Sementara itu Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, MohdFazli Jamaludin berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang meninggal dan  tersepit dalam kenderaan mereka. - Bernama

4 comments:

  1. Gambar #3 ada projek apa bukit yg ditarah tu? Jabatan Alam Sekitar perlu pantau pencerobohan hutan, entah2 oleh bangla mcm kat Cameron nun.

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha.... orang cerita pasal accident, kamu pula cerita pasal bukit kena tarah.

    Memang gambar tu gambar bukit Cameroon Higland punya la dari jauh pong boleh nampak.

    Yang tak nampak cuma Tok Nan jer...

    ReplyDelete
  3. KISAH LUCU ABAD INI:

    Semasa disoal pihak pendakwa, Yusaini Amir, Azlas menyatakan beliau tidak pernah membuat laporan polis ke atas ucapan Mat Sabu tersebut. Azlas juga mengaku tidak boleh menulis dan membaca dan dia juga tidak pernah mendengar ucapan Mat Sabu malahan tidak mengenali pemimpin PAS tersebut.

    Saksi berkata ada orang beritahu beliau Mat Sabu menghina bapa beliau yang meninggal dunia pada 1950 selepas diserang komunis di Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong bagaimanapun berlaku pada Februari 1951.

    Semasa disoal balas Hanipa, Azlas mengaku dia tidak membuat laporan polis namun apabila ditunjukkan laporan polis dengan nama beliau, dia menyatakan itu bukan laporan beliau kerana beliau tidak pernah buat laporan polis.


    Hanipa: Makcik Azliza, makcik kata tidak pernah buat laporan polis, boleh terangkan bagaimana boleh wujud laporan polis atas nama makcik ya?


    Saksi: Saya tak tahu...mungkin jiran saya yang buat laporan itu.


    Hanipa: Siapa nama jiran makcik itu ya?


    Saksi: Nama dia Saidi.


    Hanipa: Saidi ni orang Umno kan makcik?


    Saksi: Ya, dia orang Umno.


    Hanipa: Jadi Saidi Umno ni lah yang makcik kata mungkin membuat laporan polis guna nama makcik tanpa pengetahuan makcik?


    Saksi: Ya.


    Hanipa: Mak cik pernah ke mendengar ucapan Mat Sabu dalam sebarang masa?


    Saksi: Tak pernah.


    Hanipa: Apabila tak pernah dengar, maka makcik sendiri tak tahu lah apa sebenarnya yang Mat Sabu cakap kan... betul atau tidak makcik?


    Saksi: Betul.

    Hanipa: Maknanya juga apa yang makcik kata tadi bahawa Mat Sabu hina ayah makcik juga pun tak betul lah makcik sebab makcik sendiri pun tak pernah dengar ucapan Mat Sabu.

    Saksi: (Angguk kepala)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti nyata lagi sahih, orang Umno yg bangang itu nak menggunakan penyokong Umno yg juga bangang dgn cara paling bangang untuk menunjukkan bahawa sekalian orang Umno memang bangang. Patutlah Najib kata orang Umno bangang!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...