Sunday 21 December 2014

PENJELASAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) ISU EMPAT PEMANDU TEKSI DIHUKUM PENJARA KERANA KESALAHAN TIADA KAD PEMANDU.




Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyatakan pihaknya tidak bertindak zalim susulan empat pemandu teksi yang dijatuhkan hukuman penjara disebabkan ketiadaan kad pemandu yang sah.

Menerusi satu kenyataan SPAD berkata hukuman dan denda yang dikenakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kebijaksanaan mahkamah.

“SPAD mahu memperbaiki reputasi industri teksi negara yang telah tergugat akibat tindakan segelintir pemandu teksi; ibaratkan ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” kata SPAD dalam kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut berkata walaupun kad pemandu itu satu dokumen pengenalan yang ringkas, implikasinya besar terhadap keselamatan penumpang.

Jelas SPAD, di dalam kes yang melibatkan empat  pemandu teksi yang telah disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan tidak mempunyai kad pemandu, SPAD telah mengeluarkan kompaun pada asalnya, dengan jumlah yang paling minima iaitu RM500.

“Setelah diberikan peringatan dan amaran yang sewajar, mereka didapati masih enggan membayar kompaun-kompaun tersebut.

“Tempoh purata yang diberikan bagi menjelaskan kompaun, di dalam kes empat pemandu tersebut adalah antara 454 hingga 653 hari,” kata SPAD.

Tambahnya, disebabkan kelewatan menjelaskan kompaun, mereka telah didakwa di Mahkamah.

“Dua daripada pemandu teksi tersebut dikenakan denda dan penjara selama sehari. Dua   lagi pemandu diarah membayar denda atau masing-masing dikenakan hukuman penjara selama dua dan tiga bulan,” kata SPAD.

Suruhanjaya itu turut mengalu-alukan sokongan semua pemandu teksi untuk bekerjasama di dalam menaikkan mutu perkhidmatan dan martabat industri teksi negara.

12 comments:

  1. Dah ada undang2,buat salah kena lah patuh,bila spad tak bertindak, di anggap nya pkuasa tidor, jgn rosak kan semua mereka yg berdisiplin kerana 2,3 perangai.. Ngot

    ReplyDelete
  2. Ya lah tu...maklumlah rakyat semua bodoh

    ReplyDelete
  3. Sape tau sbb ape spad ditubuhkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mncukupkn koata dlm daun terup

      Delete
  4. Sape yg tutup paip mase aku mandi tadi hah.. Sial btol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde sapa p ttup lh bangang..ko xbyr bil air, bekalan ai paip ke rumah ko kena potong lh. Bdak xsklh pn tau apa yg akn jadi kalo xbyr bil ai haha

      Delete
    2. Memang kelakar lah kau org...... tabik bro.....motivated gok....

      Delete
  5. Tugas SPAD kutip duit untuk kerajaan dari rakyat miskin.

    Tokey2 semua lepas.

    Tengok la beratus-ratus lori pasir masuk Pahang xdenya yang kacau pon..

    ReplyDelete
  6. SPAD tu bukan ikan sepat ke...banyak btl sekarang nie agensi kerajaan JPJ, LPKP, SPAD...Aku bayar tax utk bayar gaji diorang je....

    ReplyDelete
  7. Si Botak nak kaya raya macam Firaoun lah...

    ReplyDelete
  8. Kau org pikir, kompaun 500, mengalahkan kesalahan trafik yg lain setakat 300. Org yg berderet saman trafik x bayar x pernah dgr kena kompaun mahkamah smpai 8000 @ 2 bln penjara.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...