Thursday 18 December 2014

PENGASAS PRODUK KECANTIKAN SERI UDANI BEAUTY DIHERET KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN PECAH AMANAH LEBIH RM2.9 JUTA.



Pengasas produk kecantikan Seri Udani Beauty, Datuk Seri Udani Mohd Noor, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan lebih RM2.9 juta, tahun lepas.

Seri Udani, 33, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada 9 Oktober lepas, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai pengarah Syarikat Seri Udani Beauty Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah terhadap hasil jualan syarikat itu berjumlah RM2,931,040 dengan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.

Seri Udani didakwa melakukan kesalahan itu di No.37-2, Jalan PJU 5/20A, The Strand Kota Damansara di Petaling Jaya antara 12 Jun 2013 hingga 7 April tahun ini mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Hari ini, kes itu ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen, namun Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumkan masih ada beberapa dokumen yang belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes. Seri Udani diwakili peguam Alfred Egin.

7 comments:

  1. Dia nie mesti putri umno .biase kerje2 rembat duit nie kepakaran umno .sekian komen dr saya utk mlm nie.tQ

    ReplyDelete
  2. Duit punya pasal mata jdi buta, hati jadi tamak...org tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
  3. Duit punya pasal mata jadi biru, hati jadi hitam...org umno selalu bangang.

    ReplyDelete
  4. Duit punya pasal sanggup rembat laki orang,jual apom,bunuh kawan,bunuh warga emas ,bunuh diri....heee

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Nasib baik dia tak rembat duit tabung memali.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...