Monday 15 December 2014

RUPA-RUPANYA BEKAS PENGERUSI SPR MERANGKAP NAIB PRESIDEN PERKASA TAN SRI RASHID ABDUL RAHMAN SERANG NAJIB SEBAB ADA YANG DIA MINTA TIDAK DILAYAN.



Gesaan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa dibuat selepas ‘gagal dapatkan sesuatu’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu juga katanya sepatutnya dibangkitkan ketika beliau (Rashid) masih lagi dalam kerajaan dan bukan selepas bersara.

“Semasa dalam kerajaan mengapa beliau tidak pernah menyebut mengenai perkara itu? Mesti ada yang dia minta tapi tidak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Semalam, Rashid pada Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ke-5 menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat mengenai keadaan sebenar kedudukan negara.

Beliau berkata, Najib perlu berhenti menipu rakyat dan membuat kerja serta beritahu dan berlaku jujur kepada pemimpin Melayu serta membantu orang Melayu.

3 comments:

  1. Pengerusi SPR boleh minta apa2 semasa dlm kerajaan. Kenyataan yg cukup pelik. Zahid cuma serkap jarang aja.
    Tolonglah fikir cara matang. Bukan Rashid tu sorang minta penjelasan, tapi banyak pihak samada dari penyokong atau pembangkang.
    Najib tolong bersikap gentleman dan beri segala pencerahan pd rakyat yg keliru dan termanggu2 ini.
    Sikap mendiamkan diri Najib melayakkannya mendapat gelaran
    PM terbangang, kaki songlap dan segala gelaran buruk lain.

    ReplyDelete
  2. rasid....cuba ko bagitau, betul ke dakwat celup jari masa pru13 hari tu betul2 kekal?
    aku nak ko bagi penjelasan.
    bukan utk aku sorang tapi untuk semua rakyat penyokong dan pembangkang.....

    ReplyDelete
  3. Takut gini lak ade yg dia mintak najib janji nk bagi tp last2 bila bn menang janji di capati, tu lh pasal dia cakap najib kene berhenti dr menipu rakyat ...baru betul balasannye org yg pandai menipu last2 diri sendiri kene tipu ...kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...