Monday, 15 December 2014
WALAUPUN SUDAH KENA CEKUP DENGAN POLIS KELUARGA MANGSA MASIH TIDAK BERPUAS HATI.
Walaupun lelaki yang telah mengaibkan anak gadisnya telah kena cekup dengan polis untuk siasatan, namun perkara itu belum lagi mampu meredakan kemarahan keluarga
Ibu gadis berkenaan Fatimah Ismail, 50, berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu tidak dapat menutup malu keluarganya dan dia mahu hukuman setimpal diberi keatas penganiaya mental anak gadisnya itu.
Katanya, dia amat memahami perasaan anak gadisnya itu Fathiah Idris, 25, yang sekarang ini sering bersendirian dan asyik menangis, mungkin kerana terlalu mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya.
Bukan setakat itu, Fathiah juga dikatakan sering mengigau yang terlalu memikirkan perkara itu hingga terbawa-bawa dalam mimpi.
“Setakat ini saya hanya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mereka masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes itu. Kami sekeluarga akan memberi kerjasama penuh kepada mereka.
“Cuma kami ada terima panggilan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu supaya laporan terhadap kes itu ditarik balik.
“Apa pun kami memberikan jawapan `tidak’ dan mahu supaya lelaki itu (Irfan) menerima hukuman di atas perbuatannya,” tegasnya.
Minggu lepas kisah nasib yang menimpa Fathiah menjadi riuh rendah hiruk pikuk di alam maya apabila gambar-gambarnya yang hanya bertuala mandi, tersebar di laman sosial.
Perkara itu dipercayai dilakukan oleh bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Irfan ekoran dendam kerana Fathiah memutuskan hubungan cintanya.
Sehari selepas kisah Fathiah itu disiarkan, lelaki tersebut ditangkap polis dan kes disiasat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kata-kata atau perbuatan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Ketua Polis Daerah Johoh Bahru Utara ACP Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata Irfan telah dibebaskan atas jaminan polis.
Katanya pihaknya sedang menunggu arahan daripada pihak pendakwaraya untuk siasatan lanjut.
“Bagaimanapun Irfan harus bersedia untuk dipanggil ke balai pada bila-bila masa berhubung kes ini dan dia telah dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya.
Siasatan terhadap kes itu juga dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut berhubung penyebaran gambar oleh lelaki terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
ALA JANGAN SEDIH
ReplyDeleteTAK PAYAH MENGAKU TU GAMBAR KAMU
CAKAP JE MUKA MACAM SAYA TAPI PERUT BUNCIT
CAKAP DI THAILAND ADA PUSAT SOLEKAN WAJAH
UPAH LA SORANG KAWAN SOLEK WAJAH MACAM P.RAMLEE
LEPAS TU BUAT SIDANG MEDIA CAKAP BUKAN KAMU
padan dengan muka, sendiri buat sendiri tanggunglah,
ReplyDeleteMcm mne ni masa boyfriend girlfriend smpai ade gambar2 pakai tuala mandi lg ...
ReplyDeleteSokong anon 9.52
ReplyDeletesyor kan tiru macam anwar ibrahim punya cara....bila kantoi bejubo salahkan orang lain.....cari manusia yang serupa denganya...perut tak boroi....video tu besi...gbar tu super impose...dan macam2 lagi....
cian 11:39 ....
Deleteantara lembu2 yg mudah ditipu umnu dan video fitnahnya.
Lembu2 umno dn pkr dh mula nk berlaga dh ...kahkahkah
ReplyDeleteAlamak terpaksa lh aku ketepi..bahaya ni lembu lh katakan...hihihi
Deleteye ketepi kita semua....
Deletelembu umnu nk laga sesama mereka.
berebut video fitnah
Lembu2 umno je ke? ...
ReplyDeleteKlu nk thrill lagi...kait kan skali kisan bang non dengan peristiwa 16 sept....40 ribu bangla dlm pru dulu...tiru raja penipu punya auta.kah..kah kah
ReplyDeletejgn lari tajuk, hormati admin
DeleteBlogger umno tlg jgn tunjukkan bangang tu.kahkah
ReplyDeleteKisah 16 september bukan cerita bangang bro...
ReplyDeletecerita 50 januari tu betul2 bangang..kahkahkah
Report polis lg skali,ckp ank mmpi ngeri pakai towel
ReplyDeletePempuan to taik hanjing sebenarnya
ReplyDelete