Monday 22 December 2014

TINDAKAN LEWAT AGIH BANTUAN SUMBANGAN KERAJAAN EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) KEPADA MANGSA BANJIR DIKENAL PASTI.



Tindakan sengaja menukar alamat dan nombor Mykad termasuk tiada nama dalam rekod antara taktik yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang ihsan banjir sumbangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada mangsa banjir di negeri ini.

Dalam senarai yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pahang, terdapat 30,000 mangsa banjir di Kuantan, namun apabila permohonan mendapatkan bantuan daripada UAE dibuka, jumlah itu bertambah lebih sekali ganda hingga memaksa semakan dilakukan secara teliti.

Wakil kerajaan negeri peringkat daerah Kuantan, Datuk Shafik Fauzan berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa panjang untuk melakukan semakan terhadap setiap borang permohonan yang diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah.

Menurutnya, borang permohonan yang diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Daerah hanya dikhususkan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir dalam kejadian banjir besar tahun lalu.

“Bagi mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan, permohonan mereka diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebahagiannya sudah selesai disemak, sebab itu ia mengambil masa yang lama untuk menyerahkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

“Saya berharap rakyat faham keadaan sekarang sebaliknya tidak terlalu mudah menuding jari menyalahkan kerajaan apabila berlaku kelewatan agihan wang ihsan banjir. Kita berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan semakan namun tidak berupaya,” katanya.

Menurutnya, bagi mempercepatkan semakan, pihaknya bertindak membangunkan perisian sistem komputer baru yang dicipta oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah.

Terdahulu, sebahagian penduduk Kuantan mendakwa sumbangan daripada Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai RM32.5 juta hanya diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang selepas mendapat teguran daripada Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah.

10 comments:

  1. Kalau dah tak layak, jadi penipu, dah jadi haram..

    ReplyDelete
  2. Nk harap kerajaan sdri hulur sumbangan pun hampeh, Inikan dari bantuan luar pun nak di sapu gak...

    ReplyDelete
  3. Termasuk la yg dpt brim.
    Ada yg menipu maklumat diri..

    ReplyDelete
  4. Ini semua salah kerajaan UAE tidak meminta kebenaran drpd ketua kmpung trlebih dahulu utk mnghlurkan bantuan..kan..kan..betul kan..haha

    ReplyDelete
  5. Pehhhhh....semak nama pun ambik masa bertahun2.

    ReplyDelete
  6. Dengar cerita duit gantirugi buruh paksa tentera jepun dulu dah lama masyuk. Betul ker? Tengah semak nama jugak ke?

    ReplyDelete
  7. Ini semua kongkalikong orang politik, doranglah yg punya kerja jadi mcm ni. Pegawai pej tanah dan JKM itupun talibarut puak ni juga. Mesti bawa geng nak rembat sama, gerenti punyalah! Tak kan nak tengok je orang lain dapat, sedara & konco tidak.

    ReplyDelete
  8. kalau dah diajar dapat duit free (br1m) camtulah jadinya sesetengah tu.perangai pengemis tak tau malu. salah sapa?

    ReplyDelete
  9. 32.5 juta kasi masuk fix deposit dulu.....mesti mau sapu ma...komisyen lagi...seratus dua pun berebut ni kan plk puluh2 juta

    ReplyDelete
  10. Lembu punya susu...BABI dapat nama...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...