Friday 19 December 2014

MENTERI KESIHATAN MEMBERI KHABAR GEMBIRA KEPADA RAKYAT YANG BAKAL SAKIT .... KOS RAWATAN HOSPITAL SWASTA BAKAL MENINGKAT.



Pengendali hospital swasta meminta orang ramai bersedia menghadapi peningkatan kos penjagaan kesihatan susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April depan.

Orang ramai menyatakan kebimbangan mereka susulan pengesahan Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam kelmarin bahawa kos penjagaan kesihatan swasta akan meningkat selepas GST mula berkuat kuasa tahun depan.

Subramaniam bagaimanapun berkata peningkatan kadar itu masih diperkemaskan dengan Jabatan Kastam. Perangkaannya masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) pada Selasa yang mengingatkan orang ramai untuk bersedia membayar tambahan lima peratus bagi perkhidmatan hospital swasta bermula April depan.

"Peningkatan harga disebabkan oleh GST ini pasti mengecewakan majoriti rakyat, tetapi kita perlu bersedia menerima hakikat ini," kata pengurus kewangan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Norliza Razali.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami cuba berlaku adil kepada semua pesakit supaya mereka tidak terjejas akibat kos yang semakin meningkat.

"Jika tidak, kemungkinan pesakit boleh mempertimbangkan pilihan lain untuk elak daripada membayar lebih daripada kemampuan," tambahnya.

Norliza juga menegaskan maklumat mengenai GST memberi kesan kepada sektor perubatan hendaklah dibuat telus kepada orang ramai agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang.

"Orang ramai perlu sedar bukan semua ubatan dan rawatan dikecualikan GST. Penting untuk jelaskan kepada orang ramai supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap hospital swasta.”

Norliza berkata, tindakan sewajarnya akan dilakukan hospital swasta bagi memastikan pesakit tidak terjejas teruk susulan penguatkuasaan GST.

"Saya percaya kita perlukan mekanisme tertentu untuk mengurangkan kos tambahan yang ditawarkan. Kami akan cuba yang terbaik untuk merawat pesakit dan melihat kesan keseluruhan kepada masyarakat supaya ia tidak membebankan pesakit dari segi kos dan bayaran," katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan Bajet 2015 berkata ubat yang tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan dikecualikan GST dan pesakit tidak akan dibebankan dengan cukai tambahan untuk rawatan mereka.

Pada 15 Dis, APHM telah memaklumkan kepada orang ramai penambahan lima peratus untuk kos penjagaan kesihatan swasta selepas GST diperkenalkan ekoran keengganan Jabatan Kastam mengecualikan cukai terhadap doktor yang diambil bekerja.

Dua hari selepas APHM mengumumkan perkembangan terbaharu ini, Menteri terlibat mengesahkan peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta sebanyak lima peratus selepas GST diperkenalkan.

5 comments:

  1. kalau malaysia negara islam, penganutnya hanya diwajib bayar zakat (bukan melalui lhdn), cukai2 lain spt tanah, rumah, gst & apa ka jadah lagi tak halal. kata ikut quran & sunnah. kalau tak boleh buat, jgn istihar ini negara islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL..

      el ec di en hanya membantu mengenyangkan perut pemimpin dan membiarkan mereka mewah dan berjoli sakan.

      Delete
  2. Tak mampu gi Hospital gi jumpa bomoh. Khidmat bomoh ini nasib lah ada yg lebih maha dari Dr Pakar. Kalau biasa biasa kat kampong tu murah je. Ubatan nya pula daun daun kayu boleh dapat free tepi jalan atau kat hutan. Jimat kos lah. Kalau nak bayar khidmat bomoh pun tak mampu tunggu mati sehaja lah kalau dah kena sakit nak buat apa lagi. Org kaya tak apa lah mereka tidor atas duit rakyat macam kita ini tidor atas lantai beralaskan tikar memgkuang atau guni baja.

    ReplyDelete
  3. berjuta lagi makhluk berdarah biru tak tahu tak kisah apa pun pasal gst.....kononnya tak memberi kesan.....ini pengalaman aku la bila bersembang2 ngan geng ni la....padan pun lama2 lingkup negara

    ReplyDelete
  4. Org yg mampu je gi hospital swasta, bila naik harga nnti dh kurang lak gi hospital swasta, bertambah lak gi hospital kerajaan, tu jam kalu kerajaan yg ni gak for sure dia naik harga gak lg ....dh nama pun kerajaan Barangan Naik saje x turun2 kn ....kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...