Thursday 16 April 2015

HEBAT SANGAT KAH SITI NURHALIZA SEHINGGA MAMPU TENGGELAMKAN SUARA UMNO YANG MENYOKONG NAJIB RAZAK?????




Bekas Menteri Penerangan merangkap bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia Zainuddin Maidin berkata kenyataan menyokong secara terbuka penyanyi Siti Nurhaliza kepada Tun Mahathir sudah cukup mampu untuk menenggelamkam sokongan yang diterima oleh Najib termasuk hampir keseluruhan Ketua-ketua Bahagian UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Pergh!!!!! ... dahsyat sungguh pengaruh dan suara Siti Nurhaliza dikalangan para pendokong, penyokong dan ahli UMNO dimata Zainuddin Maidin (ZAM).

Kalau begitu, baik serahkan sahaja jawatan Ketua Wanita UMNO kalau tidak Presiden UMNO kepada Siti Nurhaliza .. sebab sekali buka mulut mampu tenggelamkan suara-suara penentang.

Kini Tun Dr Mahathir sudah tidak perlukan lagi suara menyokong beliau sebab dengan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari mencukupi.

Inilah dinamakan kalau membodek jangan terlampau mengampu melangit sebab daya dan cara rakyat kini bukannya jenis tahun 80an.

Perlu di akui bahawa Siti Nurhaliza sedikit sebanyak ada jua pengaruh dan boleh membawa sokongan tetapi tidaklah seperti apa yang dikatakan oleh ZAM sehingga menenggelamkan terus UMNO.

Masih ingat lagi betapa Siti Nurhaliza suami isteri turun berkempen untuk calon UMNO/BN di DUN Templer PRU lalu ... agak-agak calon UMNO/BN itu menang atau terlingkup.

 

Kenyataan secara terbuka Penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menenggelamkan sokongan yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada ahli UMNO.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sokongan yang dibuat secara ikhlas itu amat merbahaya ke atas Najib.

Atas sebab itu, ia tidak diketengahkan oleh akhbar perdana yang pro Najib.

“Jika tidak “ merbahaya” sokongan ini masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

“Suara Siti Nurhaliza berada dihati pencintanya dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihanraya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com, beliau menulis, artis seperti Siti Nurhaliza dan Che Ta mewakili suara rakyat dan fakta itu dikaitkan dengan kejatuhan Presiden Suharto sebagai Presiden Indonesia.

Katanya, lagu Singkong dan Keju telah membangkit perasaan marah rakyat republik itu presiden yang berkuasa lebih 30 tahun.

Sebelum ini, dalam albumnya Siti Norhaliza pernah mendendangkan lagu Lelaki yang dikatakan ditujukan khas kepada Dr. Mahathir dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

28 comments:


  1. Kau bukan kesaorangan Tun, Siti ada .


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu2 lagi Tok dah kate, parti PKR tajaan Anwar Ibrahim ni dah semakin tak laku lagi. Tok boleh katekan parti PKR ni cume "angat2 tahi ayam" aje. Tak lame lagi pasti ianye akan tumpo.

      Kini Tok dah nampak banyak2 tande2 yang menunjukkan parti tu dah mule nazak.

      Sebenar nye boleh lah di katekan hampir semue cabang dan ranting2 parti PKR ni dah tumpo, ianye akan hanye nampak 'hidup segan mati tak mau' semase dekat PRU/PRK atau pemilihan pucuk pimpinan sahaje.

      Krisi peningkiran dan melucutkan jawatan dan keahlian PKR Menteri Besar Selangor telah menambahkan lagi keadaan buruk parti PKR ni. Sekarang Bini Anuar juga mau jadi calon Permatang Pauh. Salit kepale atok dibuatnye

      Keadaan kekecuhan Menteri Besar Selangor ni terlah menjadikan rakyat yang bijak berfikir jadi bertambah meluat pade parti PKR. Bukan sahaje rakyat yang meluat tapi hampir semue ahli2 dan penyokong2 parti itu juga sudah meluat terhadap pucuk pimpinan parti yang tamak dan gile kuase tu.

      Prmimpin2 PKR masih lagi yakin yang Rakyat menerima nepotism keluarga Segambut

      Delete
    2. BAPAK AKU ORNG KAYA:
      SEMALAM BAPAK AKU PINJAM DUIT DGN BOS DIA. BAPAK MINTAK SERIBU. BAPAK KATA NANTI TOLAK GAJI HUJUNG BULAN.

      PAGI BAPAK BANYAK DUIT DAN JADI ORANG KAYA. BAPAK BAGI SAYA SEPULUH RINGGIT BELI MAKANAN KANTIN SAMPAI KENYANG GILA. DUIT ADA LEBIH TIGA RINGGIT LAGI SIMPAN. BIASANYA EMAK BAGI CUMA DUA RINGGIT.

      PETANG INI MINTAK BAPAK SEPULUH RINGGIT LAGI TAPI BAPAK TAK BAGI DUIT HABIS. NAK BELI BUKU SAINS PUN BAPAK TAK BAGI. MINTAK KAT EMAK PUN TAK ADA SEBAB EMAK TAK KERJA DUDUK RUMAH JAGA ADIK.

      EMAK KATA BAPAK BAYAR DUIT API EMPAT RATUS LEBIH. BAYAR GST SEPULUH RINGGIT LEBIH. SUDAH NAIK SEBAB ADA GST BAPAK PUN PENING KEPALA. SATU HARI BAYAR GST PALING KURANG 6 RINGGIT SATU BULAN SUDAH SERATUS LAPAN PULUH KATA BAPAK. AKHIR BULAN INI BAYAR DUIT AIR KENA GST LAGI. TERUK SANGAT EMAK KATA NAJIB SEKARANG INI. EMAK MARAH NAJIB TAPI BAPAK TUNDUK AJE TENGOK LANTAI KESIAN SAYA TENGOK BAPAK KERJA TERUK BAWAK LORI PASIR PUN BAYAR GST JUGAK.

      SAYA PUN TAK MAU LAGI MINTAK DUIT KAT BAPAK SEBAB KESIAN BAPAK PENAT CARI DUIT. LAGI EMAK CAKAP JANGAN BOROS BELANJA SEBAB DUIT BAPAK KENA BAYAR GST LAGI LEPAS NI DAN KENA IKAT PERUTLAH.

      MULAI BULAN DEPAN BAPAK KATA BERHENTI TUSION DAN MENGAJI DULU SEBAB DUIT BAPAK DAH KURANG DEKAT DUA RATUS. NANTI KALAU ADA DUIT LEBIH BOLEH MENGAJI BALIK TUSION BALIK BAPAK KATA.

      Delete
  2. YB Azmin memang mempunyai wawasan. Malangnya ada makcik nepotism kat DLM parti. Alaaaaaas makcik yg laki dia dlm jail tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno lantik upco Yahudi penasihat media dan phsycology untuk Malaysia dan party

      Umno ko betul setan bertopeng manusia

      Delete
  3. Surat terbuka Kepada Saudara Anwar bin Ibrahim,

    Assalamualaikum,
    Wahai Anwar bin Ibrahim, cukup-cukuplah politik. Umur kamu tu dah lanjut. Uban dah penuh, baik la kamu beristiqamah, iqtiqaf kat masjid dan membaca Al-Quran. Ikut Pembesar Oman, azan masuk terus solat. Alang2 kat bamboo river ibadat lebih sikit dan suruh keluarga kamu bertaubat

    Jangak hayat kerjaya kamu dah habis dah disebabkan kamu dah kena sumbat dlm bamboo river, predaran zaman dan anggota parti dah jemu dengan retorik kamu. Serahkan sahaja perjuangan kepada Azmin Ali, Yaakop Sapari, Saifuddin Nasution dll. Mereka ini masih muda dan masih relevan.

    Saya percaya kalau Sdr Anwar bin Ibrahim sekeluarga boleh pencen Dari polutik boleh balik ke Cherok Tok Kun dan tidak menyemak PKR lagi. Pemimpin2 muda PKR boleh menjayakan parti, saya yakin. Tapi ingat mereka yang bergelar pakar tu kamu bawak balik sekali ke Cherok Tok Kun, terutama brader Pandan marei

    Saya yakin PKR akan bertambah maju tanpa kamu dan keluarga kamu. Kalau nak berkhidmat kepada parti biarlah jadi ahli biasa berkhidmat membawa ahli2 lain naik van.

    Terima Kasih
    Jeff Ulu Bernam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff J*b*r Ayam, kokok berderai derai, ekor gelumang tahi.

      Delete
    2. Perkataan jeff pun berterti dah teruk,Jeff ertinya jubur mak dia.bukan ekor gelumang tahi tapi mukanya penuh tahi.Kesia dia,agaknya anwar rogol mak dia atau akak dia kot,sebab tu dia marah sungh padfa anwar sama juga dengan anonmouuse

      Delete
    3. Bila jumpa Jeff...jgn lupa tempah dagiing segar satu kilo.

      Delete
    4. Daging apa tu?

      Delete
  4. Penyokong nuar ibarat nyamok aedes denggi .... Smpai masa Jeff moyok

    ReplyDelete
  5. Hahaha......
    Siapa kuat siapa kuasa rakyat juga yg tentukan!!,
    Najib tak turun umno bn kalah pru akan dtg, najib turun umno bn akan kalah juga sebab umno Tidak benar2 bantu rakyat sebaliknya kepentingan mrk dilindungi dan tak adil tak tunai kan janji. Tukar kerajaan adalah satu kebaikkan buat rakyat dan hak rakyat akan Lebih terjamin sebab kuasa ditangan rakyat bukan kroni2.

    ReplyDelete
  6. adapun Tun M menyerang najib ... wajarlah dijadikan ujian buat UMNO .. segala "pertanyaan" Tun bukanlah bersifat peribadi sepenuhnya ... insyaAllah Tun akan kembali bersama tatkala hampir waktunya pada PRU akan datang .. biarkan kawanan serigala itu mengambil kesempatan... kelak mereka akan menghinakan Tun seperti biasa .. jika boleh ditukarkan segala fitnah..gelar..adu domba yg disuburkan oleh kawanan serigala itu sepanjang menjadi PM selama 22 tahun kepada emas permata..pastilah Tun menjadi bilionair .. bencinya para penjual beli ilmu kepada Tun M ..melebihi bencinya israel kepadanya (Tun pernah menduduki senarai top ten "individu" yg paling dibenci dan menjadi ancaman kepada negara zionis semasa memegang kuasa sebagai PM)..sesungguhnya hanya Allahswt yg Maha Mengetahui kenapa Tun bertindak menambah "garam" buat santapan kawanan serigala ... tetapi ironi sekali arwah Tunku juga berbuat perkara yg sama tatkala Tun M menjadi perdana menteri .. Sesungguhnya Perancangan Allahswt tidak terjangkau buat sekalian hambaNya ... jika Najib berjaya menjadikan serangan Tun sebagai pedoman InsyaAllah ..berjayalah dia sebagaimana berjayanya Tun dlm menangani "sindiran dan amaran" yg diperbuat oleh arwah Tunku Abdul Rahman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapatkah Ustaz terima kenyataan bahawa Tun risau kalau Najib di biarkan UMNO mungkin hancur dan Barisan mungkin kalah.Najib tu bukan le tersangat bijaksana. Negara kelam kabut macam tak di urus

      Delete
    2. Ustaz pun jual daging segar ke?
      Saya nak ajak masuk saham.


      Jeff Ulu Bernam
      Reformist Orginel

      Delete
  7. Kenapa takut dengan sokongan artis ini jika pemimpin umno benar2 dipilih dan disayangi oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggu artis mana yg berani spt siti dan cik ta.

      Delete
  8. Sokong dsai jadi pm,mahathir jadi tpm!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dsai tak buat kerja bodoh liwat meliwat bontot sudah lama dia jadi pm.heee

      Delete
    2. Hoi bahlol. Apa liwat2 ni. Kau tengok ke kejadian liwat ni? Hanya macai umno totok saja yg percaya fitnah ini.

      Delete
  9. Selame ni pkr asyik kate umngok yg nepotisme...tpi klau duk perati pkr ni lagi teruk!!smua jawatan tinggi parti smua kluarga anwar nk sapu.even kwsn2 dun @ parlimen pon senang2 je men pas sama sdiri.seb baik pr tak menang pru lpas,entah2 anwar bagi menteri agama kt lks @ lge.tgok la sdiri,dlm pkr hanya ade 2 puak berlainan pendapat.1 geng anwar,1 lagi geng azmin.persamaan mereka adalah dua2 geng ni korup.kesimpulannya,terbukti jelas agenda pkr hanyalah semata2 utk anwar,bkn utk rakyat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nepotisme ke. Putu mayam ke. Yang penting menang brother ooi.!

      Delete
    2. Macai umno klu komen sama spt mat mazlan. Pak Pandir pun tumpang gelak.

      Delete
  10. Surat terbuka kepada najib nazak,

    Gst yang dikenakan telah menzalimi orang biasa, orang malas dan orang miskin.

    Sedangkan konsep zakat telah mengajar kita cara mengutip duit yang betul di mana yang kaya bayar lebih yang sederhana bayar zakat fitrah dan yang miskin dan berkeperluan khas dikecualikan malahan layak menerima zakat pula.

    Kenapa tuan tidak asingkan barangan mewah, barangan keperluan dan barangan orang miskin. Caj sahaja gst ke atas barang mewah, kekalkan harga barangan biasa seperti susu bayi dan lampin, dan tambahkan subsidi kepada barangan keperluan asas seperti top up, gula dan garam dan barangan orang miskin dan bujang seperti kopi hang tuah, ubat nyamuk, maggi dan sardin.

    Ini sardin makanan orang miskin pun tuan caj gst. Di mana kepala otak tuan ?

    Sudahlah rakyat terpaksa bayar dua kali dalam semua hal, contohnya urusan imigresen, saman, jpj yang sepatutnya diberi percuma kerana ada jabatan yang menguruskannya tetapi kerana penjawat awam malas terpaksa rakyat bayar kepada myeg, kenapa tidak berhentikan saja mereka dan gunakan duit gaji mereka itu untuk bayar myeg?

    Begitu juga dalam pendidikan yang perlu kepada tuition luar, utiliti yang perlu penapis air, keselamatan yang perlu sistem sekuriti, kesihatan yang perlu kepada kad insurans.

    Yang tidak cekap adalah pihak tuan dan penjawat awam tuan, yang menanggung bahananya rakyat.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai .hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik jugak fakta KEDEPAN ni.Tahniah bro.

      Delete
  11. Bagi aku ada perkara yang aku nampak siti hebat sehingga menewaskan ustaz jakim dan lebai dan keluarga.

    Siti hebat di dalam kempen HALAL COKLAT CADBURY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadbury haram, makan gaji buta halal?

      Delete
  12. Saya x setuju najib dijatuhkan.. biarlah dia terus merosakkan umno di mata rakyat jelata.. kalau najib jatuh mungkin umno akan kuat kembali..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...