Monday 4 May 2015

AHMAD MASLAN MENOREH LAGI.



Gelagat Ahmad Maslan CGPA 3.85 sedang menoreh getah di Kampong Juara, Tioman, Rompin hari ini 4/5/15 sebagai salah satu cara kempen beliau menambat dan memikat hati pengundi.

Rasanya cara ini sudah usang pupus tarikh. .. suatu gelagat politik yang sudah ketingalan zaman dan masa .... politik purba yang jelas tidak berpijak dibumi yang nyata ... suatu gelagat dan gaya yang terpasak dalam minda rakyat bahawa ini hanya merupakan suatu lakunan semata-mata disebabkan adanya pilihanraya.

Disarankan agar berhenti terus dalam  mengamalkan budaya dan gelagat politik seperti ini.

Suatu politik yang mempersenda rakyat dan dalam masa sama dijadikan bahan cemuhan.

Tidak perlu menunjukkan kebolehan menoreh hanya disebabkan dirinya anak seorang penoreh getah .. yang para penoreh getah maukan ialah agar nasib mereka dibela ketika harga getah merudum teruk bukannya lakukan adegan menoreh sebagai jalan penyelesaiannya.

Beritahu apakah polisi dan janji jika diberi amanah oleh rakyat sebagai wakilnya di parlimen.

Cukuplah ... politik sandiwara sudah tidak laku lagi hatta dikawasan pendalaman sekali pun.

Paling kelakarnya toreh pun susu getah enggan keluar.

11 comments:

  1. Sokongan UMNO dari felda dan kampung tetap padu. Ini adalah kelompok masyarakat melayu yg dikategorikan rendah IQ. Bila anak2 pujuk suruh ubah...sibuk cerita nanti CINA nak ambil alih Malaysia. Ini adalah modal jentera UMNO yg dibuat ketika bertemu makcik pakcik masa berkempen kerumah-rumah. Pucat lesi makcik pakcik mendengarnya...ada yg kata mcm nak kiamat rasanya kah..kah..kah. Bila anak2 balik kampung pesan itu ini (keperluan asas) dr bandar katanya barang kat dalam (felda & kg) mahal...Kesian kelompok melayu diperbodohkan...Dasar Ahmad Maslan !!!!

    ReplyDelete
  2. UMNO dah tak ada telur sampai kad topup pun tak boleh diselesaikan! Janji tinggal janji!

    ReplyDelete
  3. Kembalikan pkr kelandasan sebenar.
    mana ucapan ds.anwar untuk menhapuskan nepotism dan kronima dan menhapuskan amalan parti politik kronima dan nepotisma pada 1998, kami tenggu2 jawab jawapan dari ds anwar dan keluarganya janji keramat nak menghapuskan nepotisma dan kronima.
    Kami dah hilang kapercayan di berikan pada anda wahai ds anwar. Susah payah kami menaikkan nama anda wahai ds anwar '' anda telah mengkianat kami selaku ahli lama pkr. Ds anwar ibraham Anda telah menbuang ts kahlid ibraham dulunya menyokong anda disebab percaya pada keadilan untuk menhapuskan nepotism dan kronisma belaku di malaysia semata2 tamak jawatan mb anda sangup buang ts kahlid jawatan berikan pada jawatan mb pada bini sendiri, inikah amalan nepotism di kata untuk ds anwar untuk menhapuskan nepotisma. Kami bosan dengan pkr ini

    Kembalikan pkr kelandasan sebenar
    Dari




    justice for papa 1998

    ReplyDelete
  4. Babi Masih Haram Dimakan!!!!!!!

    Dalam amalan Nepotism Politik PKR, Anak - anak boleh diheret dalam kancah Politik untuk raih undi simpati!!!
    Kenapa Daging Babi Haram? Ianya daging jugak. Sama macam daging lain? Mungkin itu pertikaian yang boleh digunakan oleh anak beranak Si Ketua Penipu tu jika ianya ada kaitan dengan mereka.

    Jika kita lihat dari satu sudut, Si Nurul Izzah tu semalam cuba nak menjustifikasikan amalan Nepotism Politik Longkang yang diamalkan oleh kaum keluarga dia di Permatang Pauh.

    Kata Si Nurul Izzah tu, budaya 'Politik Anak Beranak' yang menjadi amalan PKR selama hari ini bukannya Nepotism Politik yang didakwa oleh sesetengah pihak terhadap mereka sebelum ini.

    Sebaliknya, Si Nurul Izzah kata pembabitan ahli keluarga dia didalam Politik pada ketika ini merupakan satu 'Warisan Perjuangan' yang telah ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu kepada dia.
    "Saya boleh katakan begini, dalam mana-mana perjuangan memang ada warisannya. Sudah pasti kalau kita nak meneruskan perjuangan, tentunya kita mahu anak-anak kita mewarisi idea-idea perjuangan tersebut. Tentunya kita mahu anak-anak kita memahami kenapa pegang kepada prinsip itu," katanya.
    Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia cuba nak menutup kemaluan dirinya sendiri yang sekarang ni sudah terdedah kepada khalayak umum.

    Dan dalam masa yang sama, percubaan untuk menutup kemaluan tersebut, Si Nurul Izzah tu mula pusing cerita, dan mengaitkan isu berkaitan dengan syarikat GLC yang didakwa ianya sebagai amalan Nepotisme.

    Pusing - pusing, Si Nurul Izzah ni cuba nak tutup amalan Nepotisme Politik yang diamalkan oleh kaum keluarganya daripada dijadikan persoalan. Sedangkan isu Nepotisme Politik itu yang ditentang selama hari ini.

    Jelas, Nurul Izzah tu cuba nak memesongkan perhatian rakyat dan mengelirukan mereka dengan maksud Nepotisme Politik itu sendiri dengan mengaitkan isu lain demi untuk menjaga kepentingan Politik dirinya sendiri. Bukannya untuk kepentingan rakyat!!!

    ReplyDelete
  5. Alkisah bercakaplah pokok getah tu.
    "Eh member, lama tak nampak. Dulu masa kita sekolah sama2 selalu makan lempeng nyior cicah gula waktu rehat. Ehhh dah lah, kau tulis apa kat betis aku ni, geliiiii lah"

    ReplyDelete
  6. Gambar Nurul Izzah Di Kuil Hindu, Viral Di Media Sosial


    

    Permatang Pauh – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

    Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.

    Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

    Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

    Ada juga yang menyifatkan tindakan Nurul itu toleransi dalam agama kerana mengambil pendekatan liberal Islam.

    Namun SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada Nurul Izzah turut menyertai upacara penyembahan atau hanya sekadar memberi hormat kepada sami kuil tersebut.

    ReplyDelete
  7. Kenapalah dengki sangat buli oku...dia kan kurang cerdas ...yg ko suruh toreh pokok getah tua lg berlumut kenapa? Apa dia tau...org suruh toreh ...dia toreh jelah. Zalim rakyat buli OKU mcm ni!

    ReplyDelete
  8. Toreh jgn tak toreh... ingat!! servis CGPA 3.85 ingat free2 je ker .. termasuk GST tau.... heheheh

    ReplyDelete
  9. Mak aiii besarnya pokok... betul ke tu pokok getah... bukan pokok balak ke? Bukan boleh harap sangat cgpa tinggi ni... kang pokok getah dengan pokok entah apa-apa yang dia toreh... orang sebelah menyebelahnya tu balas dendam sebab topup kena gst.

    ReplyDelete
  10. Yang korang dengki ahmad maslan ni kenapa....dia lah perwira dlm hal gst.. ayuh kita sokong ahmad maslan. ...aku sgt kagum dengan ahmad maslan. ...sekian terima kasih.
    GST maju dan membangun bersama.

    ReplyDelete
  11. Walau berlakon, lepas tu ambil gambar ramai yang terpesona terutama tuan kebun esok pangkah dacing juga....menteri2 balik KL congak berapa % boleh cekau lagi dengan projek2 yang dijanjikan....tuan kebun kembali semula menyembah pokok tua sambil bayar gst untuk cari makan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...