Friday, 8 May 2015
KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO PUSAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA PEMBOCOR MAKLUMAT PEMBELIAN TANAH 1MDB DI TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) OLEH TABUNG HAJI.
"Sebagai pendeposit Tabung Haji saya ada hak nak tanya "kalau info tak bocor, confirm lah duit simpanan kami digunakan untuk beli tanah 1MDB di TRX"?
Terima kasih kpd yg bocorkan maklumat tersebut...."
Kisah Lembaga Tabung Haji beli tanah dari 1MDB menjadi kecuh, riuh rendah gegak gempita satu negara dengan anggapan ianya suatu langkah bailout 1MDB .. suatu jual beli dikatakan dilakukan dengan pantas dibawah pengetahuan dan mendapat restu dari Menteri yang bertanggung jawab menjaga kepentingan Tabung Haji itu sendiri.
Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadzir melalui blognya The Benchmark dengan memuat naik keseluruhan dokumen yang berkaitan, kemudiannya dikutip oleh beberapa blog.
Dinafikan pada awalnya ianya berlaku oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling dan juga Ketua Bahagian UMNO Baling YB Dato' Seri Abdul Azeez Rahim tetapi membuat pusingan U setelah dikantoi oleh CEO Tabung Haji sendiri, akui memang wujud jual beli tersebut dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam kerana membocorkan dokumen-dokumen rahsia syarikat kepada umum.
Tindakan pembocor rahsia itu telah mendapat pujian melangit dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sdr Jamawi Jaafar melalui laman sosial FB akaunnya dengan menyatakan, tanpa pembocor maklumat menyalur dan membocorkan maklumat maka sah duit TH yang beliau salah seorang pendepositnya akan digunakan untuk beli tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Sesungguh Allah maha berkuasa atas segala apa pun ....manusia ini ingat dia boleh buat sesuka hati dia ...bila sampai ke tahap melampaui batas ...akan terima lh balasannye ...
ReplyDeleteKetua penerangan pemuda tapi baca perjanjian tak abis...patutnya dia lg awal tau hal sbnr. Kalah bertanding timbalan, jawatan skrg hanya jawatan lantikan. Nak tau duit kau terjejas ke tak, pegi tabung haji, withdraw duit kau..kalau ada, duit kau diorang tak salahguna. Habis cerita. Tabung haji bukan mcm skim beli emas yg kantoi dulu, bukan skim cpt kaya pak man telo..diorang nak melabur dlm sesuatu bidang siap ada panel yg teliti halal haram dr segi syariah. Korang pandai2 buat hukum sendiri..
DeleteCelakalah manusia yang mengkhianati amanah rakyat dengan menggunakan wang rakyat dalam TH untuk kepentingan peribadi!
Deletesaya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
Deletebekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka internet ada seseorng berkomentar
tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama MBAH LIMPAH
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak MBAH
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
DI NO: 085~312~407~999
tak ada salahnya anda coba
karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..
saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka internet ada seseorng berkomentar
tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama MBAH LIMPAH
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak MBAH
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
DI NO: 085~312~407~999
tak ada salahnya anda coba
karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..
nombor ekor pulak dah...
Deleteharamjadah sungguh dok ajar main judi..
omakkau.... iklan judi di sini.apa hukum..
ahhhh sudah duit tabung haji pulak depa kekak....perabih
ReplyDeleteGood to try CopyPaste Link
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497
Woi Omak Kau!!!!
ReplyDeleteTolong tapih sikit la komen2 org ni..
Den polak boto la ngan iklan nombor ekor ni..
Ekau pandai ko tak delete komen2 ni?
Ko ekau ni nak reply komen pun tak ghoti??
Yang bona,
Den Polak
TRX merupakan kawasan yg bernilai tinggi ..kemudian datanglah golongan yg sombong lagi jahil melemparkan pelbagai fitnah kepada mana2 kuasa ekonomi bumiputra yg mahu menyertai dengan membuat pelaburan didlmnya (TRX).. kebetulan kali ini kuasa bumiputra itu adalah TH..golongan yg kufur lagi melampaui batas ini lebih senang andai satu lagi medan ekonomi dikuasai oleh bangsa yg menumpang...mereka juga sangat selesa hanya untuk mengetahui berapa banyak keuntungan melalui dividen yg bakal diperolehi ..malang sungguh generasi muda yg berbangsa melayu dan berakidahkan islam...yg berubah menjadi kawanan biri2 ... mengadu domba pada sesuatu yg ia tidak mampu melihat manfaatnya ... apa sahaja yg berkait dengan hak dan akidahnya di negara ini akan dihambur dengan pelbagai fitnah ..dan mereka sangat gembira dengan jln yg mereka pilih... Datum Jelatek dibangunkan oleh gerombolan serigala yg meletakan "kuasa pembeli" sebagai tunjangnya...lihatlah kamu akibatnya wahai kawanan ternakan ..
ReplyDeleteWang TH adalah milik rakyat bukan wang lembaga pengarah atau kerajaan ! Oleh sebab itu, lembaga pengarah dan menteri berkenaan tidak berhak menggunakan wang rakyat untuk membeli tanah 1MDB pada harga yang terlampau mahal sedangkan 1MDB beli tanah kerajaan tersebut pada harga yang terlampau murah ! Celakalah manusia yang mengkhianati amanah rakyat ...Amin !
DeleteBila dividen rendah bising. Dapat dividen tinggi senyap je. Biarlah TH beli apa masaalahnya. Kerana blogger Benchmark tak mahu Melayu beli tanah di kawasan tersebut sedangkan pelabur Cina menunggu nak beli.
DeleteInilah mentaliti orang Melayu. Bangsa asing dijilat bangsa sendiri dihina.
MARA..KWSP..TH..DEB..TEKUN..PETRONAS..dan seluruh GLC negeri2 dlm negara ini .. diselidik perjalanannya secara khianat .. disebarkan melalui jln yg jelik ..bukan untuk menyelamatkannya dari tangan sipetualang tetapi untuk menghapuskan atau merubah pada tujuan asal penubuhannya ..DEB sudah berkubur di negeri yg dikuasai oleh para penyangak ilmu dan digantikan dengan sistem "merit" .. PKNS juga diselewengkan halatujunya dengan " meneutralkan" hala tujunya (tidak lagi berpaksikan kepada hak bangsa melayu)..Yayasan Selangor dibuang "keistimewaannya" .. Sabah dan Sarawak disemai semangat pemisahan ...P.pinang diprogram semula polulasinya dengan pembinaan perumahan yg diniagakan mengikut kuasa beli "demand is power"... dimulai dengan cubaan mengadakan pilihanraya bandar secara autonomi (singapura kecil)..lagi 20tahun bangsa yg dikenali dengan gelar " yahudi asia" ini akan menuntut pemerintahan sendiri ...apakah aku menipu ? atau sesungguhnya inilah habuan akibat dari sifaf kufur nikmat yg semakin subur di kalangan generasi baru ?...biarlah masa membuktikan
ReplyDeleteOstad. Tabung Haji di gunakan untuk menyelamat 1MDB lah kerana berhutang billion2 tak boleh bayar. Petronas nak di gunakan tak boleh sebab harga minyak dah jatuh. Kalau la 1MDB untung giller dulu, toksah harap lah Tabung Haji di minta join sama. Masaalah besornya besok kalau Tabung Haji tak dapt cari pembeli jutaan ringgit untuk buat keuntungan bagi pihak penabung. Bukan senang nak untung juta2 kalau cara perniagaannya tunggang langgang. Tambahan puladengan menggunakan duit rakyat yang bersih suci nak pergi haji. Cuba ostad fikir.Di berkati Allah ke cara itu.
ReplyDeleteKalau Mazhab UMNO semuanya berkat (United Malay National Organisation...Parti Melayu ciptaan British)...KWANG...KWANG...KWANG...(bunyi mcm dlm cerita P.Ramlee...................
DeleteTak baik buat fitnah.
Deletemungkin bagi kamu sangat susah untuk mendapat pulangan apatah lagi keuntungan ..tetapi TH bukanlah diamanahkan kepada org2 yg dikutip ditepi jalan (tidak berilmu) maka serahkan kepada yg berilmu ..
DeleteDAP ditubuhkan setelah PAP terusir dari Malaysia..antara matlamat utama DAP adalah menyamaratakan segala hak ..kepercayaan dan budaya segala bangsa yg ada di tanah ini yg dikenali sebagai "malaysia malaysian".. kelihatan indah dan mulia bagi golongan yg lemah akal fikirnya...adapun fitrah manusia tidak akan mampu berlaku adil secara total..kerana manusia dibekalkan Allahswt ilmu ..akal..perasaan dan nafsu..dan di dlm setiap tindakan seseorang pasti akan dipandu salah satu atau lebih daripada sifat2 ini ...
ReplyDeleteKetua penerangan umno pusat dh jatuh kufur nikmat ye ostad ...ostad dh masukkan dlm kawanan binatang yg mane pulak ostad ....yg pecah maklumat tu org umno gak ostad ....mcm mne tu ostad ...kahkahkah ...
Delete09:58 x takut ke?...nnti ostad ni masukkan tuan dlm kawanan binatang yg kufur nikmat ...kahkahkah..
DeleteAbestu umngok menyamaratakan kroni ko xkesah ke cilake?harta khazanah melayu diblasah oleh umngok ko ckp xpe ke?sume harta2 mlaysia habis dijual ko xkesah?ke ni sume salah DAP?wei unknown 0958,ko yg lemah akal fikiranny.manusia mmg x mmpu nk brlaku adil,tp kena berusaha nk brlaku adil.ni tidak duit amanah org rmai beli tnah dgn hrga yg mhal,ini adil ka unknown bongok?ko nmpk dia ada usaha x nk brlaku adil?jual khazanah2 &tnah2 mlaysia diluar negara ni ada sifat apa?akal?ilmu?nfsu & perasaan ada le sbb ada nfsu & perasaan tmak manusia brnm kroni umngok ni yg mnjhnmkn mlaysia.kalo bg komen tu berilmu la,jgn la slalu mnipu siang mlm.mulut longkng & perangai ajaran umngok jgn le dijdkn tauldan didikan jdkan lah ia sbgai smpdan.mnakut-nakutkn org mlayu dgn DAP,komunis,cina perintah ini ajaran 50 thn dulu xprnah brubah.ini modal umngok dok spin kalo pilihnraya,nk mnang main prkaumn DAP la,cina printah la,komunis la.kalo org mlayu umngok blasah rompak hrta,tnah,duit simpnn org mlayu,tp ko ckp mereka tidak mmpu brlaku adil itu jwpn org bdoh xde akal & ilmu.itu nmny khianat amanah & tnggungjwb kpd org mlayu lebih 50 thn.komen unknown 0958 mcm cilaka hasil didikn umngok yg bongok lg tonyok.sekian.
Delete10:58 betul cakap ko tu ...tp bila tangan2 jahat yg berkuasa masuk campur ...panel halal haram dr segi syariah tu pun terpelanting ...hee
DeleteOstad ni istiqomahnye dasyat tp malangnye salah tempat ...hee ...x caya cuba puji umno tu best in the world ...kita tengok komennye mcm mane ...bg dia sejak azali umno tu maksum ...hee ...ostad, ostad....
ReplyDeleteLembaga pengarah dan menteri berkenaan telah melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang rakyat dalam TH untuk menyelamatkan 1MDB ! Mengapa TH membeli tanah 1MDB pada harga yang sangat mahal sedangkan 1MDB membeli tanah tersebut dari kerajaan pada harga yang sangat murah? Jika TH mengalami kerugian kerana salah-laku orang yang diberi amanah, kesan buruk dari kerugian itu akan ditanggung oleh rakyat yang menyimpan wang dalam TH ! Wang dalamTH adalah milik rakyat bukan milik lembaga pengarah atau menteri !
ReplyDeleteSifat amanah adalah prasyarat dalam menilai keimanan seseorang. Orang yang pecah amanah dan tidak melaksanakan apa yang yang dipertanggungjawabkan serta menyeleweng adalah salah satu daripada tiga sifat orang-orang munafik iaitu apabila diberikan sesuatu amanah, dia khianat.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah telah bersabda bahawa, “Sesiapa yang menipu, maka bukanlah ia dari golongan kami”.
Rasulullah telah memberi peringatan, "Wahai manusia! Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya sebatang jarum, ataupun lebih, dia telah berkhianat, dan akan membawanya di Hari Kebangkitan" (riwayat Abu Dawud).
Peringatan Rasulullah itu selaras dengan amaran Allah dalam al-Qur'an, "sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta (kepunyaan semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan itu pada Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai" (Ali 'Imran, 3: 161).
urusan TH pada pembelian aset di TRX pada harga pasaran bergantung kepada risiko dan keuntungan yg bakal diperolehi kelak..dan ia ternoktah di sini...bagaimana pihak pertama (1mdb) memperolehi hak keatas tanah itu melalui kerajaan hatta secara percuma sekalipun bukanlah menjadi teras kepada urusniaga tersebut...tiada penyelewengan atau bail out seperti yg difitnahkan...adapun frasa "wang rakyat" amanahnya dikembalikan kepada mereka yg berilmu ..bukan kepada setiap rakyat..itu dlm syariat ..bagaimana jika kamu mahu menjual sesuatu yg berharga mengikut harga pasaran walaupun kamu memperolehinya secara percuma atau sangat murah (warisan..pajakan..atau dihadiahkan)..apakah sipembeli boleh menjadikan ia sebagai sandaran untuk ia memperolehi barang yg diniagakanmu dibawah harga pasaran ?
ReplyDeleteBagaimana 1MDB boleh membeli harga tanah kerajaan pada harga yang sangat murah iaitu jauh di bawah harga pasaran ? Bukankan ini bererti pecah amanah telah berlaku di antara pihak kerajaan dan 1MDB kerana penjualan tanah kerajaan pada harga yang tidak masuk akal? Tanah kerajaan adalah amanah negara bukan harta pemimpin BN maka pemimpin BN tidak sepatutnya menjual tanah kerajaan kepada 1MDB pada harga yang sangat murah jauh di bawah harga pasaran semasa!
DeleteMengapa kerajaan tidak menjual tanah kerajaan di Kuala Lumpur kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah pada harga yang sangat murah supaya mereka boleh membina rumah mereka sendiri di Kuala Lumpur? Double standard?
Mengapa pengerusi TH cuba menyembunyikan pembelian tanah 1MDB oleh TH dengan menafikannya tetapi akhirnya rahsia ini terbongkar apabile CEO TH mengesahkan pembelian tanah 1MDB? Mengapa pembelian tanah yang melibatkan wang rakyat dalam TH mesti dirahsiakan dari pengetahuan rakyat? Mengapa takut rakyat mengetahui pembelian tanah 1MDB yang tidak masuk akal?
Mengapa lembaga pengarah TH menggunakan wang rakyat dalam TH untuk membeli tanah 1MDB tersebut pada harga yang berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperolehi 1MDB semata-mata berdasarkan spekulasi hartanah yang berisiko tinggi? Kemelesetan ekonomi negara ini jelas menunjukkan pembelian tanah 1MDB pada harga yang sangat tinggi adalah tidak wajar dan bercanggah dengan ilmu ekonomi dan perniagaan!
Inilah akibatnya apabila lembaga pengarah TH dan 1MDB melibatkan pemimpin BN ! Maka tidak hairanlah jika berlaku 'bailout' iaitu wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan syarikat kroni BN. Yang menjadi mangsa ialah wang rakyat dan rakyat !
1mdb juga merupakan badan pelaburan yg dikawalselia oleh kementerian kewangan ..maka terdapat keistimewaan didlmnya ..bukan bersifat pecah amanah..wahai kawan
DeleteNabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda amat tegas menjaga amanah rakyat dan negara.
DeleteMengapa pemimpin BN menjual tanah kerajaan kepada 1MDB pada harga yang terlalu murah dan jauh di bawah harga pasaran? Siapakah VIP BN yang terlibat dengan 1MDB? Bukahkah ini pecah amanah?
Kalau 1MDB dikawal selia oleh Kementerian kewangan, mengapa 1MDB mengalami masalah kewangan yang berat yang mengheret negara dan rakyat ke dalam masalah besar 1MDB dan menjejaskan ekonomi negara? Siapakah VIP BN yang terlibat dengan 1MDB?
Deletedengan jalan apa "rakyat" dan "negara" diheret dlm permasalahan urusan 1MDB ? TRX merupakan aset yg sedang dicairkan dan banyak lagi aset yg akan dicairkan mengikut perjanjian yg difikirkan paling baik pulangannya ..ketahuilah para pelabur swasta mempunyai keupayaan yg jauh lebih besar dlm bentuk kewangan dan pengalaman dari Tabung Haji Properties (THP) .. dan mereka juga merasa hampa..merasa berlakunya penyelewengan atas terlepasnya TRX dari tangan mereka ..sedang golongan yg kufur lagi jahil seperti kamu juga merasa hampa juga merintih berlakunya penyelewengan kerana diperbodohkan oleh para penyangak ilmu yg memfitnahkan "TH bailout 1mdb" .. apakah sipenyangak ilmu itu akan berkata perkara yg sama andai TRX dibiayai oleh pelabur swasta ? beranikah mereka memfitnahkan "syarikat si polan bailout 1mdb" ..mereka ubahnya pula dengan "TRX jatuh ke dlm syarikat kroni" .. pendek kata golongan kufur semakin subur didlm negara ini
Deletelalu dengan cara apa keuntungan yg diperolehi 1mdb melalui urusniaganya dengan TH juga bukan merupakan urusan TH .. senang bukan ..jgn memanjangkan fitnah dan adu domba..
ReplyDeleteBerurusan perniagaan haram pun x pe ye ostad ...oh gitu ...senang je ostad kn ...lepas tu ostad nasihat jgn memanjangkn fitnah dn adu domba ye ostad ...kahkahkah
Deletesejak bila perniagaan yg melibatkan hartanah menjadi haram..wahai sahabat ? sembilan cabang rezeki dari 10 adalah melalui perniagaan
DeleteOstad sy beli tanah RM 10 sekaki persegi lepas tu sy jual RM 1000 sekaki persegi...org x nk sy paksa lak ostad sbb sy ada kuasa lh ostad ....kalu cam tu boleh kn ostad ....kahkahkah
Deletekalau ada unsur paksaan haramlah...nampaknya kamu tau ada unsur paksaan..buat report kat SPRM..besar pahala..jng pulak kata SPRM pun subahat ..nanti kau nak report kat sapa pulak..ibarat kisah anwar...lama2 rakyat diangkat sebagai hakim ..tolong jng jadi camtu...malu sikit kat mahluk Allahswt yg tidak dikurniakan akal
Deletelagi satu tawaran yg dibuat oleh 1mdb pada TRX diusulkan terlebih dahulu kepada mana2 GLC atas hak "keistimewaan" bumiputra ...kemudian barulah dibuka kepada pelabur awam .. ini sistem yg telah lama digunapakai ..sehingga ada yg mengambil kesempatan mengalibabakan hak keistimewaan bangsa melayu...mungkin kamu terlalu naif..dan diperbodohkan pula oleh para penjualbeli ilmu ...harga yg berlegar tetap dibuka mengikut pasaran .. dan bakal pembeli berhak melantik panel penilai bebas untuk rundingan harga yg dipersetujui kedua2 belah pihak...
DeleteOo! ...haram ye ostad ...x pe ostad kita gi sembahyang jumaat lu ostad ...wasalam
Deleteawak jgn lupa singgah SPRM ..buat report ye
DeleteTanah kerajaan adalah harta amanah negara maka tanah kerajaan bukanlah hak milik pemimpin BN. Apabila pemimpin BN menjual tanah kerajaan kepada 1MDB yang melibatkan pemimpin BN pada harga yang sangat murah dan jauh di bawah harga pasaran, pecah amanah telah berlaku !
DeleteFgv baru ni nk jual lak aset bukan terasnye ...nape ye ...banyak untung kut ....mungkin 11:18 boleh jwb ...hahaha ....jawapannye sure jgn buat fitnah dn adu domba kt pemimpin umno je le ...hahaha ...lepas tu kuar lh kawanan binatang...serigala ...pengkhianat ilmu ...hahaha...
Deleteurus niaga merupakan satu cabang ekonomi yg berubah2 keadaannya ..hanya golongan yg berilmu akan kekal menjadi penguasanya .. aku bukan ahli ekonomi begitu juga dengan kamu .. jadi tak perlu lah kamu merintih dan berkeluh kesah mengapa FGV nak jual asetnya itu.. urusan mereka yg diberi amanah .. pergi sambung belajar jurusan ekonomi ..ye sahabat.. lihat youtube bagaimana kawanan binatang diternak..kemudian lihat pula bagaimana para penganyak ilmu itu "mampu" membuatkan kamu dikumpulkan di kaki lima setiap kali mereka berkehendakannya begitu .. jadi kesimpulannya para penyangak ilmu itu hebatnya laksana sipengembala dan para pengikutnya lebih hebat dengan bertukar menjadi kawanan binatang yg diternak ..
Deleteostad nak beli tanah x?.
Delete60x40 siap rumah setingkat.
harga semase 400k je. sy ni pihak ke 3.
sy jualkan dgn harga 4j ..
nnt slps 20 tahun tnah tu sure naik 5-8j.
ostad nak? .
taknak...
Deletehang tak nak takpa...
Deletetapi aku nak beli..nak beli..nak beli..
pasai aku guna duit orang ramai..hang naikkan harga bagi tinggi lagi la..sekurangnya aku dpt komesyen banyak..
ok masih laa no...
kelak para pencela dan pengadu domba akan berdiam diri ..dengan berlalunya masa sambil menunggu dan bersedia untuk melakukannya sekali lagi tatkala dikhabarkan satu khabar yg bersifat mengadu domba (mencampurkan antara yg benar dan yg palsu) tugas para penyangak ilmu .. apa khabar LYNAS..FELDA..? sudah ada ke khabar yg datang kepada para pencela pada natijahnya atas dua usaha itu ? sudah bankrap ke FELDA ? sudah ada ke kesan radioaktif ?.. si pengendali blog tarafnya sebagai penyangak ilmu ..dia lebih sedikit dari para pencela
ReplyDeleteSaham fgv melonjak tinggi ostad...org felda x tido mlm kira duit ostad ...lynas tu kesan jangka panjang ostad ...kalu ostad berani duduk lh berdekatan kilang tu ostad ...ostad, ostad ...kahkahkah
DeleteMengapa kamu 'unknown' dan VIP BN tidak membina rumah berhampiran LYNAS jika kamu yakin LYNAS selamat? Pergilah ke LYNAS dan minum air di sekitar LYNAS jika kamu yakin LYNAS selamat ! Cakap tak serupa bikin !
Deletemkn tdo berak keje kat lynas tu ostad selama beberapa generasi. pastu ape efek lu bg tao.
Deletekalo ok den pon nak bukak kilang lynas kat umah den. berekar tanah den naik lumut jo.
pakcik den ckp dlu 1mangkok susu getah bokeh beli 5 teh tarik, now 5 mangkok pon belom tentu leh boli teh tarik, blom kiro milo, neskepe, air laicikang.
pui la macai
wah nampaknya kamu lebih hebat dari para penyelidik yg mengesahkan selamatnya LYNAS dengan syarat2 yg wajib dipatuhi .. sayang sekali.. ..pernah juga khabar yg mengatakan anwar difitnah lalu membawakan "pembuktian" yg kukuh sehingga si hakim tidak mampu menolak pada pembuktiannya itu melainkan jika si hakim itu akan berkhianat .. sayang sekali pembuktian2 itu tidak mampu dibawa oleh pasukan peguam bela..maka rakyat diangkat menjadi hakim ..begitu juga pada pembinaan Putrajaya dibawakan segala pembuktian betapa membazirnya dan ditambah dengan segala macam kemungkinan... paling lucu dijanjikan akan dilelong jika para penjual beli ilmu memerintah..PETRONAS di awal penubuhnya juga dihujani dengan pelbagai fitnah ..
Deletenak tunggu bergenerasi baru nak nampak kesan buruk LYNAS ? mengapa tak bermukim atau minum air disekitar LYNAS ? usahakanlah tanah ekau tu .. yg dibiarkan lumut buat apo..kau makan lumut ke ?
DeleteAmbe ni slh sorg environmental specialist d area gebeng. Lynas satu je isunye. raw material yg dbawa masuk n proses cuma 10% je jd produk.90% lg jd waste yg ade unsur radioaktif. isunya bukan produk.isunye waste.camna nk buang.kt mana nk buang.brp kos nk buang.implikasi dr plbagai aspek belum kira lg.sampah domestik blm terurus dn berciciran ats jln.mentaliti dn fasiliti kita blm brsedia utk uruskn benda mcm ni.tapi.dsebabkn hutang negeri..kroni dsb..perkara ni dbiarkn.ni tak masuk lg bab najibun nk bgnkn reactor nuklear nnti.too ambitiousla korg ni..semua sbb duit...cr ostad ckp ni dh mcm mat maslan dah..apekah???
DeleteAmek ko 18:11...dh nampak merepek lah pulak ...berlagak serba tahu ...rupe2nye pandai kelentong je ...hee ...macai umno rupenye ...tu lh pasal nampak kebangangannye...hee
DeleteYang akan membinasakan bangsa melayu adalah bangsa melayu sendiri (melayu yg ada kuasa dan bodoh bangang)...ko orang tengoklah nanti...
ReplyDeletesokong 1514
Deleteasl sokong lain sikit je,
" ko buduh ke. sape nak slamatkan mlayu kalo bukan... U#N#"
mcm tu je parti yg ade melayu.
bile aq tanye sape nak slamatkan islam
"s3ny@p"
kalo macai tu macai kesudah. dlu kini dan slamenye macai.
Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))
ReplyDelete