Friday 15 May 2015

REMAJA DIROGOL "SPIDERMAN"



Seorang remaja wanita tidak menyangka keputusannya berehat di rumah bersendirian pada waktu tengah hari turut tidak selamat apabila dirogol seorang lelaki bertopeng ala-ala ‘spiderman’, di kediamannya di Kampung Bukit Guntung, Marang, Rabu lalu.

Dalam kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 17 tahun dikatakan sedang lena tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembaga bertopeng tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek bukan sahaja bertopeng, malah turut memakai sarung tangan itu terus bertindak menekup mulut sebaik menyedari mangsa tersedar daripada tidurnya.

“Suspek menekup mulut mangsa bagi mengelak dia menjerit, bagaimanapun dengan kudrat yang ada, mangsa cuba melawan untuk menyelamatkan dirinya.

“Namun, ketika itu juga suspek bertindak keluarkan pisau lipat lalu diacukan ke arah mangsa sebagai ugutan sekiranya mangsa masih berdegil mahu melawan sebelum merogolnya,” katanya di pejabatnya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa bersendirian menerusi pintu utama rumah.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan itu terus cuba hubungi ibunya yang ketika itu di tempat kerja, namun gagal sebelum mengambil keputusan menghubungi rakan baiknya dan seterusnya membuat laporan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada tanda kediaman mangsa dipecah masuk suspek, namun siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta bagaimana cara suspek menceroboh masuk rumah mangsa.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan n susulan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

9 comments:

  1. Geng aljuburi.

    ReplyDelete
  2. Omak kau perlukan hero macam ini hentai kamen selamat menontot omak kau
    https://youtu.be/7SAvIbyGR70

    ReplyDelete
  3. Spiderman = anwar

    ReplyDelete
  4. Anon 16:05..bodoh nyer Kau..mesti rini Kau dah liwat bontot emak kau..kl x dpt, liwat jer bapak Kau..heh..heh..

    ReplyDelete
  5. Anwar = spiderman

    ReplyDelete
  6. Spiderman rogol remaja, AlJuburi rogol Spiderman, dunia..dunia

    ReplyDelete
  7. Spiderman rogol remaja, Papa rogol Spiderman, Anak Papa aiskrim Spiderman, keluarga 69.......

    ReplyDelete
  8. Kalau jumpa mayat dalam tangki di selangor - maka yang bersalah ialah anwar.
    Kalau remaja dirogol di Terengganu - yang bersalah juga ialah anwar.

    Nampak sangat dah kekurangan modal.
    Nampak sangat keturunan ahli neraka.
    Nak tolong tak boleh dah.
    Ayat2 larangan fitnah dalam Quran dan hadis semua dah tak takut.
    Semua dah lebih kuat dan hebat dari Allah.
    Macam boleh hidup 10 juta tahun lagi.

    ReplyDelete
  9. Perogol Altantuya hari tu. Org yg sama. Hujong nama Jib @ Zak. Kah kah. Hak tuih

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...