Wednesday, 13 May 2015

RUPA-RUPANYA ZAM INI SEMBANG KENCANG TETAPI HATI KECIL PENAKUT.


Ingatkan hebat sangat dengan tulisan garang macam singa lapar .. rupa-rupanya jenis tikus mondok penakut nak mampos.
Akhirnya tembelang sudah pecah apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan pada 18 Januari lalu, menyatakan sebab beliau berhenti menulis tentang politik buat seketika dalam blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata, beliau disiasat polis berhubung posting di blog miliknya pada 6 Disember 2014 bertajuk "Hakim-hakim menunggu hasil rundingan kes liwat Anwar. Akibat negara tidak di bawah pimpinan dynamic dan inspiring."

"Saya mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara ini hari ini kerana ramai beranggapan saya tidak berpegang kepada janji untuk tidak lagi menulis politik semasa.

"Keputusan yang saya buat itu adalah kerana tidak mahu lagi fikiran saya terganggu dengan apa-apa tekanan dan juga kerana menimbang keterbatasan kewangan saya untuk membuat pembelaan diri," kata Zam di dalam blognya zamkata.blogspot.com.

Sebelum ini, Zam cuma berkata tidak akan lagi menulis hal politik di blognya kerana kecewa dituduh mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.

"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012," katanya.

Zam berkata beliau tidak berniat mencari publisiti dengan mengumumkan siasatan polis itu, tetapi sekadar menjawab pertanyaan pelbagai pihak yang menuduhnya tidak memenuhi janji selepas aktif menulis hal politik semasa.

"Ramai kawan dan lawan bertanya kenapa saya kembali menulis hal politik semasa sedangkan saya mengumumkan untuk berhenti. Lebih ramai yang bertanya dalam keadaan sekarang apabila tulisan saya menimbulkan kontroversi politik.

"Maka itu, biarlah saya jelaskan sebabnya saya rahsiakan kira-kira 3 bulan, tidak sahaja kepada orang ramai tetapi juga kepada anak isteri, keluarga terdekat dan orang-orang yang paling rapat dengan saya," katanya.

Zam bagaimanapun berkata beliau tetap bersangka baik terhadap polis kerana hanya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan "barua" Umno seperti yang dituduh sebelum ini.

"Saya membuat kenyataan rasmi ini setelah saya yakin dari pengalaman saya sendiri, apa pun anggapan buruk terhadap Polis Diraja Malaya (Malaysia), tetapi saya menganggap PDRM seberapa daya upaya menjalankan tugas mereka dengan profesional dan bukan atas sentimen atau prejudis politik.

"Mereka bukanlah barua Umno seperti yang dituduh seorang yang takbur dan lupa daratan," katanya, dipercayai merujuk kontroversi dicetuskan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali baru-baru ini, yang mempersoalkan samada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar merupakan "barua" Umno.

7 comments:

  1. Kata kat orang barua UMNO...diri sendiri????..Pot calling kettle BLACK...fair and square. -akurakyatbiasa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. basuh berak kita sendiri
      sambil tu gali balik tempat kawan2 kita berak dulu
      tengok kalau2 ada taik yg masih boleh kita pakai

      Delete
    2. saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
      setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
      sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
      sempat saya putus asah dan secara kebetulan
      saya buka internet ada seseorng berkomentar
      tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
      melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
      karna di malaysia ada pemasangan
      jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
      saya minta angka sama MBAH LIMPAH
      angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
      terima kasih banyak MBAH
      kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
      dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
      bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
      terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
      jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
      DI NO: 085~312~407~999
      tak ada salahnya anda coba
      karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
      saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..
























      saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
      setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
      sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
      sempat saya putus asah dan secara kebetulan
      saya buka internet ada seseorng berkomentar
      tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
      melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
      karna di malaysia ada pemasangan
      jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
      saya minta angka sama MBAH LIMPAH
      angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
      terima kasih banyak MBAH
      kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
      dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
      bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
      terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
      jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
      DI NO: 085~312~407~999
      tak ada salahnya anda coba
      karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
      saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..

      Delete
  2. Saya tidak mahu fikiran saya terganggu dengan apa2 tekanan.....kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan.....keterbatasan kewangan saya untuk bela diri....hahaha macamtu lah nasib bila tidak ada kuasa lagi tambah2 dalam kem yang tak sama dengan pucuk pimpinan itu sebab sampai mampus kaki2 ampu dan jilat mengangguk, cium tangan, mengiyakan aja apa saja kata ketua mereka walaupun tak betul demi kelangsungan hidup....yang menarik 'ugutan' dan 'tekanan' memang senjata ampuh mereka yang berkuasa

    ReplyDelete
  3. Kenyataan Media:

    Pasma dan Jebon Kota Bahru ingin merafakkan perasaan gembira dan terima kasih tidak terkira buat Tuan Guru Lim Kit Siang diatas tazkirah agama Islam yg diberikan baru2 ini. Sesungguhnya tazkirah tersebut meyakinkan lagi kepada kami ketinggian ilmu Islam Tuan Guru Lim Kit Siang. Kami dengar dan kami taat.

    Kami serah bulat2, atas tanda kasih sayang kami kepada Tuan Guru Lim Kit Siang, segala urusan agama kami menepati surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”

    Maka disini kami menyeru umat2 Islam di Malaysia supaya istiqomah bersama kami membangunkan Islam bersamaTuan Guru Lim Kit Siang.

    Semoga demokrasi disuburkan dan Islam dibelakangkan.

    Takbeer…burp…takbeer….burp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakaka btoi juga.. quran suruh ambil org islam jadi wali.. depa pi tambah syarat kat Allah , org islm x sokong hudud boleh di tentang dgn bersekutu dgn kafir... sdgkan islam dah ajar cara tegur org islam supaya umat islam x berpecah.. carilah sendiri.

      Delete
    2. "Maka disini kami menyeru umat2 Islam di Malaysia supaya istiqomah bersama kami membangunkan Islam bersamaTuan Guru Lim Kit Siang. Semoga demokrasi disuburkan dan Islam dibelakangkan. Takbeer…burp…takbeer….burp"

      orang otak songsang bagi nasihat....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...