KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 8 May 2015

SEKUMPULAN PENDEPOSIT TABUNG HAJI BERTINDAK MENGELUARKAN SIMPANAN MEREKA SAMBIL DESAK AZEEZ RAHIM LETAK JAWATAN SEGERA.



Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

TH semalam mengesahkan ia membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX), iaitu projek utama oleh 1MDB, yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

TH mendakwa pembelian itu mendapat "diskaun" harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat hartanah dan pembinaan yang terlibat dalam pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Pelaburan itu berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata Johan dalam kenyataannya, semalam.

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.

27 comments:

  1. Tak guna mau melepaskan diri daripada hukuman . Terimalah hukuman itu lebih baik daripada rasa kesal pada setiap malam . Jika sudah bersalah , tak guna lari kemana2 . Tragedi itu akan menghantui diri seumur hidup . Ambil lah itu sebagai satu pelajaran .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Delete
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Harap jgn membuka aib pengerusi TH walaupun seteru politik kita. Dia Dah bekerja keras untuk jamaah.

    Jesse Labu
    N9ers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ini tiada istilah 'AIB' dalam kamus hidup yang mereka tahu kelentong dan khianat kepada orang melayu khususnya

      Delete
  3. Hahaha..
    Wang tabung haji pun nak melabur hartanah tapi tak kan tak tahu harga patut??? Ini buat untung penabung ke atau pihak salah guna kuasa???
    Ketamakkan terlalu melebih2 sampai wang rakyat muslim pun nak disalah gunakan bagi kayakan kroni . Sebelum ini kwsp wang rakyat semua bangsa skrg tabung haji dan sebelum2 ini pelaburan asn dll. Maka rakyat disuruh melabur utk senangkan mrk selesaikan masalah mrk tetapi pelabur untung sedikit atas kertas shj.

    ReplyDelete
  4. Tabung Haji = Tabung Hazeez

    ReplyDelete
  5. Dulu bawa balik jemaah umrah terkandas di Madinah si Azeez ni guna duit mana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit dari hasil dia menabung sejak kecil tu.

      Delete
  6. eloklah para manusia yg sombong lagi jahil mengeluarkan segala simpanannya dari TH ..kerana sudah hilang kepercayaan ...simpanlah ditempat atau kepada pihak yg kamu masih punya keyakinan dan kepercayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit org x usah lh ko nk sibuk bang!!!...abis semua ko nk kontol ...malu lh sikit ...hee

      Delete
    2. Klise...tak suka boleh pindah...Tak mampu beli masak sendiri...Tak boleh itu buat yang ini...hahaha senang hidup bang. Kalau semua dah semudah itu, rasa tak perlu lagi la kerajaan kot. Semua boleh pakat pakat sesuaikan diri. Yang menindas atau ditindas tak menjadi isu.

      Delete
    3. Eloklah para manusia melayu biarkan duit anda diuruskan oleh mereka yang bijak dan amanah dalam menipu serta dicucuk hidung mengikut arahan dari MoF untuk dibagi kepada kroni yang nazak

      Delete
  7. Fakta yang perlu diketahui:

    a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

    b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

    c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lh senang je urusannye dgn 1mdb ye ...kalu betul hal tiga eko ni terlibat, awal2 ni aku cilakakn dia org dgn keluarganye sekali ...

      Delete
  8. Ramainya malaon dalam tabung haji....

    ReplyDelete
  9. Sibuk duit hilang jd kelam kabut..hudud hukum Allah tak plak kelam kabut, dunia2

    ReplyDelete
  10. Bagus, sekarang simpan duit bawah tilam.

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang 40 tahun dulu kawan aku yang kerja sebagai posmen di pejabat pos batu 14 hulu langat beritahu yang simpan kat akuan tabung haji masa tu ialah orang-orang kampung. Masuk duit sikit-sikit hasil jualan serai, lengkuas, limau, bunga kantan, jering, pucuk ubi dan masa musim buah simpan lebih sikit lah hasil jualan buah-buahan. Masa tu orang tak kisah pasal tabung haji. Bila tabung haji dah banyak duit segala mak nenek, penyamun dan pencuri mulalah cari peluang. Dapat gaji puluh ribu itu belum bonus lagi, belum kereta dan segala macam elaun. Kalau yang pandai mengurus dan berniaga takpelah diambil bekerja. Ini geng tarik kereta pun boleh diberi kerja. Helo pak-pak aji elok ambil askar-askar pencen lagi bagusla. Tengok macam mana KOPERASI TENERA diurus berapa tahun dah bagi dividen lebih 10%. Kalau dah bengap sangat eloklah letak jawatan. INI JUGA SATU INGATAN kepada yang muda-muda dan ingin menyimpan dalam tabung haji tak payahlah bagi kat orang bodoh jaga duit kamu. Eloklah simpan kat mana-mana amanah saham yang patuh syariah. Ada banyak kat Malaysia. Kadangkala walau pun pemiliknya orang bukan Islam tetapi mereka ada penal penasihat syariah terdiri dari cerdik pandai Islam yang ada di negara kita. Simpan kat tabung haji setakat nak penuh syarat daftar haji saja. Yang lain simpan tempat lain sebelum tabung haji bagi dividen satu sen bagi simpanan seringgit!! Kalau tak faham nampak sangatlah bongok!!

    ReplyDelete
  12. tak perlu kejalan raya demo.keluarkan duit anda berai ramai tanda protes.azeez and tiga ekoq 1mdb dlm TH sila letak jawatan.

    ReplyDelete
  13. Guru mna pulak ambil cuti sekejap utk kuar duit ni..ada ke cuti skejap..cuti rehat atau cuti sakit ada la..omak ko biar btul..marah pak muhyidin nnti..haha

    ReplyDelete
  14. Plan A : kwsp, kantoi, Plan B : Tabung Hj, kantoi lg. Plan C ntah APA pulak LPs ni

    ReplyDelete
  15. mengapa keluarkan duit TH tu rm1000 saja...
    keluarkn kesemuanya kan lagi baik..
    esok kami pun nak keluarkan juga...heee takut la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal bukan umno8 May 2015 at 22:32

      Macai umno

      Delete
  16. Lagi Isu Panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  17. Tak ada beza nya kes TH dgn kes PKFZ dulu mahathir nak keluarkan duit TH untuk bailout syarikat perkapalan anak dia anwar tak bagi dia sumbat anwar dlm penjara ttak afa bezanya antara najib dgn mahathir dua2 malaun kesimpulannya dlm UMNO semua melantak duit haram

    ReplyDelete
  18. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

    ReplyDelete