KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 4 May 2015

SELAWAT PERDANA KEMBALI LAGI



PROGRAM
Selawat Perdana memberikan impak luar biasa sekali gus menjadi fenomena dalam berdakwah sambil berhibur.

Tahun lalu, program Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta ALLAH dan Rasul berjaya menghimpunkan lebih 500,000 umat Islam yang bertujuan  mengagungkan kebesaran ALLAH SWT dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon.

Rentetan itu, Yayasan Perdana Ummah (YPU) sekali lagi menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pada 8 Mei ini.

Malah, majlis ilmu yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu merupakan kemuncak kepada program induk, Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 6 hingga 8 Mei ini.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai program ini, Zass mendapatkan Pengerusi YPU, Datuk Rizal Mansor menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Apakah tujuan utama program ini diadakan?

Berbekalkan konsep istiqamah dalam berdakwah, kami akhirnya mengambil keputusan menganjurkan program Maulid Akbar Selawat Perdana 1436H. Ia merupakan kesinambungan dari program Selawat Perdana - Malam Cinta ALLAH SWT dan Rasul SAW yang berlangsung pada 21 Mac 2014. Tujuan utamanya memupuk ikatan persaudaraan sesama manusia yang berterusan, tidak kiralah daripada keturunan, darjat, warna kulit, bahasa, idealogi, fahaman politik dan sebagainya

Tambahan pula, program ini merupakan kemuncak kepada perhimpunan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015. Sebagai penganjur, YPU bercita-cita menghimpunkan generasi muda seterusnya mendedahkan golongan ini dengan hiburan segar dan aktiviti sihat yang berteraskan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung.

Kelainan yang cuba dibawa dalam program ini?

Program ini akan menampilkan lebih 25 ulama terkenal dari seluruh dunia. Bagi pengisian kali ini, ia akan memperdengarkan tausiyah atau tazkirah daripada ulama di seluruh dunia. Ia akan diketuai Al Habib Umar Ben Hafidz dari Yaman. Selain itu, tausiyah ini akan diselangi  bacaan Maulid dan qasidah yang akan disampaikan penyanyi, Mostafa Atef  dari Mesir bersama kumpulan tempatan iaitu Nur Ahli Badar, In Team, Al Maulid dan Syeikh Mahmoud Al Wasabi.

Keistimewaan yang cuba ditampilkan?

Program ini bakal dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis ilmu turut diwarnai dengan kehadiran ulama dari serata negara seperti Habib Omar Al Gailani dari Arab Saudi, Habib Faisal Al Kaff ( Arab Saudi), Syeikh Tawfeeq Al Booti (Syria), Syeikh Yaser Al Qotmani (Syria), Syeikh Abu Bakar (India), Syeikh Sayyid Ibrahim (India), Habib Jindan Jindan (Indonesia), Kiyai Muhammad Muhyiddin (Indonesia), Syeikh Abdul Muez Al Nufti (Australia), Syeikh Yahya Rodus (Amerika Syarikat),

Syeikh Abdul Karim (Amerika Syarikat), Syeikh Afifudin Al Jailani (Arab Saudi), Habib Abu Bakar Al Masyhur (Arab Saudi) dan Syeikh Muhammad Yahya Al Ninowi (Amerika Syarikat).

Jika sebelum ini, program seumpama ini ada melibatkan golongan selebriti. Bagaimana dengan tahun ini?

Ya, pasti ada. Tidak hanya melibatkan masyarakat Islam di luar sana, beberapa barisan selebriti turut terlibat antaranya, Amy Search, Mawi, Bunckface, Adi Putra, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Aizat Amdan, Yatt Hamzah, Siti Fazurina, Lufya Omar, Johan

As’ari, Hafreez Adam, Rita Rudaini, Bienda dan ramai lagi. Mereka ini akan membantu mempromosikan program ini menerusi media sosial.

Boleh ceritakan serba ringkas akan perjalanan program ini?

Acara akan bermula dengan alunan zikir, diikuti solat Maghrib berjemaah dan bacaan al-Quran. Seterusnya akan diadakan tazkirah agama yang membincangkan topik kesatuan, perpaduan dan persaudaraan dan kemudian diikuti solat Isyak. Program akan bermula jam 9 malam selama dua jam 30 minit dan akan disiarkan secara langsung di stesen RTM. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram dan Twitter - Selawat Perdana.

Apakah objektif utama

Buat julung kalinya, negara kita menjadi tuan rumah bagi perhimpunan terbesar ulama dari Arab Saudi, Yaman, Syria, United Kingdom, India, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Singapura. Difahamkan, mereka akan membincangkan 10 topik penting yang sering dibangkitkan berkenaan Manhaj atau Perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Objektif utamanya memberi pencerahan mengenai pelbagai persoalan yang menjadi kekeliruan umat Islam selama ini. Malah, dalam muktamar ini akan merungkai sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang wujud sejak 900 tahun lalu iaitu ketika zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah.

Harapan kepada program ini?

Program keagamaan berbentuk santai ini dapat menyatukan umat Islam di seluruh negara sekali gus memupuk perasaan Mahabbah iaitu cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui qasidah dan pujian terhadap Baginda... SINAR HARIAN

7 comments:

  1. Majlis Fatwa telah memutuskan adalah haram qasidah memuji nabi dan keluarga dalam waktu yg sama mereka menghina para sahabat nabi yg mulia. Ini adalah gerakan halus syiah yg berselindung atas nama malam cinta rasul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
      setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
      sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
      sempat saya putus asah dan secara kebetulan
      saya buka internet ada seseorng berkomentar
      tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
      melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
      karna di malaysia ada pemasangan
      jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
      saya minta angka sama MBAH LIMPAH
      angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
      terima kasih banyak MBAH
      kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
      dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
      bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
      terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
      jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
      DI NO: 085~312~407~999
      tak ada salahnya anda coba
      karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
      saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..
























      saya ibu lilis posisi sekarang di malaysia
      bekerja sebagai pembantu gaji tidak seberapa
      setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
      sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
      sempat saya putus asah dan secara kebetulan
      saya buka internet ada seseorng berkomentar
      tentang MBAH LIMPAH katanya perna di bantu
      melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
      karna di malaysia ada pemasangan
      jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
      saya minta angka sama MBAH LIMPAH
      angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
      terima kasih banyak MBAH
      kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
      dan rencana mau pulang ke indo untuk buka usaha
      bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
      terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
      jangan putus asah HUBUNGI MBAH LIMPAH
      DI NO: 085~312~407~999
      tak ada salahnya anda coba
      karna angka ritual MBAH tidak perna meleset
      saya jamin MBAH LIMPAH tidak akan mengecewakan..

      Delete
  2. Takpe-lah ..memang ada beberapa keputusan fatwa diabaikan...elok juga golongan ulama pelbagai negara yg hadir sama adakan perbincangan high order thinking mengenai kelesuan OIC melaksana fungsinya demi memperkasa ad deenul Islam dan ummah seantero dunia...bagaimana dgn ulama m'sia...elok-lah bermuafakat & bersepakat...jangan berpolarisasi mengikut rentak politik..tak mau-lah ada kalimah ulama pas, ulama umno, ulama sunnah, ulama wahhabi dsbnya...ini bertentangan dgn tuntutan deenul Islam....

    ReplyDelete
  3. Mana ada ulamak haramkan memuji nabi...allah pun galakkan kita berselawat kpd nabi...soal syiah tu masing2 kena jaga diri dan keluarga la....cari bukti kesesatan syiah sbg pertahanan apabila berdepan dgn syiah.

    ReplyDelete
  4. Puji nabi dalam tandas haram. Puji nabi dgn tujuan memperdaya umat agar benci sahabat juga haram. Puji nabi tapi menghina sunnah nabi juga haram. Puji nabi untuk menghalalkan ajaran syiah juga haram.

    ReplyDelete
  5. Nak Gak dengar alunan Takbir Allah Akbar kat kaca tv baru gempak ... nak tgk tesembam tak muka org UMNO....

    ReplyDelete
  6. Omakkau penganut syiah ke?

    ReplyDelete