Thursday 11 December 2014

LANGKAH KERAJAAN NEGERI MELAKA ARAHKAN TULISAN JAWI PADA PAPAN TANDA SEMUA SEKOLAH MENYEBABKAN MCA NAIK BERANG..



Langkah kerajaan negeri untuk memasukkan tulisan jawi pada papan tanda di semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah mubaligh, telah menimbulkan kemarahan aktivis pendidikan dan ahli-ahli politik.

Satu pekeliling bertarikh 2 November dari Jabatan Pendidikan Melaka telah dihantar ke semua sekolah, menyatakan bahawa papan-papan tanda di sekolah wajib memaparkan tulisan Jawi, bersama-sama dengan tulisan rumi Bahasa Melayu.

Amaran juga diberikan bahawa panel penilai akan melawat sekolah-sekolah pada 1 Februari.

Tinjauan mendedahkan bahawa pihak berkuasa untuk sekolah-sekolah vernakular masih belum menerima pekeliling itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Naib Pengerusi MCA  Melaka Datuk Lim Ban Hong dan Lai Meng Chong berkata tulisan Jawi adalah tidak perlu kerana papan tanda sekolah telah memaparkan tulisan rumi Bahasa Melayu.

"MCA sedang dalam proses mendapatkan maklum balas dari semua sekolah vernakular di negeri ini untuk melihat sama ada mereka telah menerima pekeliling ini," kata mereka, sambil menegaskan sehingga semalam, tiada SRJK (C) telah menerima arahan tersebut.

Pada Ogos, kerajaan negeri telah mewajibkan tulisan Jawi dipaparkan di papan tanda di semua jabatan, agensi dan kerajaan tempatan menjelang akhir bulan ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Ismail Othman berkata ini adalah untuk memartabatkan tulisan Jawi dan bahasa kebangsaan, tanpa ada sebab lain.

Pengerusi Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka Yang Ying Chong memanggil arahan itu sebagai 'tidak munasabah' dan 'tidak boleh diterima' kerana tulisan Jawi tidak mewakili identiti sekolah Cina dan penggunaannya tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Keputusan ini telah dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesannya kepada masyarakat. Saya telah menasihati semua guru besar dan pengetua untuk mengabaikan arahan itu. Jika kita dipaksa untuk berbuat demikian, kita akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan sekolah-sekolah kita, "katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin  berkata tulisan Jawi terlebih dahulu perlu dijadikan mata pelajaran sebelum sebarang arahan dikeluarkan.

"Kasihan apabila kebanyakan guru dan pelajar tidak faham apa yang ditulis. Kita membazirkan sumber dan dana jika kerajaan negeri hanya mahu mempunyai tulisan Jawi pada papan tanda untuk tujuan hiasan, "katanya.

Sementara itu, Institut Seni Malaysia Melaka, salah sebuah agensi yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi mengukuhkan penggunaan tulisan Jawi, menjelaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular hanya digalakkan untuk memasukkan tulisan tersebut.

"Garis panduan mengenai penggunaannya dengan jelas menyatakan bahawa sekolah-sekolah jenis kebangsaan digalakkan dan tidak dipaksa untuk menukar papan tanda mereka.

"Kita tidak tahu bagaimana perkataan 'wajib' berada dalam pekeliling," katanya.

7 comments:

  1. Pakal tk jd buat lh tu, mca bukan mcm dap bg umno ...

    ReplyDelete
  2. kpd perkasa.dn ngo yg bprinsip kpd bngsa.agama. mintk siapsiaga wat demo besarn ekorn tindkn mca membnth arahn mertabtkn tulisn jwi dpapan kytaan.

    ReplyDelete
  3. Dh x de bende nk buat... boring2 dok pejabat... buat la benda ni...

    ReplyDelete
  4. Tundok lah kepada cina tu. Tak kira MCA ,DAP GERAKAN ATAU LAIN LAIN. Bgaiamana undang undang kecil PBT dalam hal papan iklan? Sekolah sekolah dikecualikah?
    Atau tidak ada peruntokan dalam mewajibkan tulisan jawi pada papan iklan?
    Untok makluman
    Negeri yang dikatakan kolot kelantan ada undang undan kecil papan iklan.." antaranya
    'TULISAN JAWI DIWAJIBKAN BERADA DIATAS TULISAN LAIN
    DAN MESTILAH 30% LEBIH BESAR DARIPADA TULISAN LAIN'

    ReplyDelete
  5. Hahaha.....
    Satu papan tanda kena ada tulisan jawa 1, bm 2, cina atau tamil dll 3 dan bi 4. Satu tanda kena ada 4 bahasa memang meriah¥¥¥.... inilah malaysia bukan negara satu bangsa tetapi perbagai bangsa dan bahasa . Malaysia kena wajipkan perlajaran bm cn jw bi dll, dgn ini lg meriahkan bahasa dan semua rakyat malaysia boleh membaca atau berbahasa perbagai bahasa kan bagus!!!!! Dgn ini fikiran rakyat malaysia juga boleh berubah tak kira bangsa dgn lebih tinggi akal fikiran.

    ReplyDelete
  6. satu sekolah satu bangsa malaysia akan ujud peepaduan nasional

    ReplyDelete
  7. Kalau cina bantah terpaksa diberi pertimbangan. Kalau Melayu bantah tiada maaf bagi mu. Itulah yg berlaku sekarang.
    Cth: Kampung2 Melayu senang2 diranapkan, kg cina yg kotor dikekalkan konon dijadikan WARISAN. Angkara siapa? Pemimpin Melayu sendiri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...