Monday 15 December 2014

PIL KUDA .... APAKAH CHEGU BARD WAJAR MENERUSKAN HASRATNYA MAU MENYAMAN PRESIDEN PAS?????


Pagi ini Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menolak dengan kos tuntutan saman RM2 juta yang di kemukakan oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi PRU 13 yang lalu, Sdr Mohd Shamsul Mat Amin yang memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif.

Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya.

Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu.

Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul.

Apakah Sdr Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard dengan menggunakan pakai khidmat peguam yang sama mahu meneruskan saman berkenaan memandangkan alasan dan hujah yang sama juga diberikan.

Yang pasti kalau diikutkan nasihat peguam memang dia kata teruskan sebab kalah menang dia masih diberikan upah sebagai peguamcara melainkan dia memberikan khidmat percuma.

Kalau tumpas kena bayar kos kepada TGHA juga dan jumlahnya bukannya sedikit selain dari masa dan kos berulang alik ke Mahkamah.

Jika merasakan boleh menang atas landasan lawan tetap lawan dipersilakan sebab Omak cukup yakin dan percaya akhirnya yang menanggung beban dan kerugian ialah CheguBard sendiri.

13 comments:

  1. Kalau perbicaraan di hadapan hakim sialan, ada saja alasannya untuk menidakkan keadilan. Jika semua pembentangan kes mencukupi, hakim sialan ini akan mengatakan dia sendiri tidak mendengar fitnah tersebut. Hakim pun gasak duit juga, mcm Balbir Kaur dulu. Malahan lagi besar amaunnya, tu yg dia sokong TSKI yg jadi lubuk emasnya dan duit dari tin Milo.

    ReplyDelete
  2. Sudah diputuskan begitu, kenapa keputusan awal yg memihak kpd PKR tak dikata hakim sialan?
    Menang PKR - hakimnya adil. Kalah PKR - hakimnya sialan. Belajarlah berlapang dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala...parti pkr mana leh disanggah bila dh nk....dtg mesyuarat pun utk dgr dan patuh...bknnya dgr dulu...bwk balik bincang...berunding dan bersetuju. Demokratik ala otokratik.

      Delete
  3. Hakim pun ada yg boleh dibeli, bergantung kpd berapa harga sanggup diletakkan.

    ReplyDelete
  4. 17:57 dn 18:21 ko berdua ni mcm binatang je, memang sesuai dijdkn hakim mahkamah binatang2 kt zoo negara tu ....kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18:34
      Sbb org bangang mcm kamulah, Umno boleh jual melayu.

      Delete
    2. 18:41 ko lh melayu bangang yg umno dh jual tu ye ...mcm kunta kintae lak ko ...kahkahkah

      Delete
    3. Kau tak sedar lagikah anony 18.51 itulah bangang tegar yg Najib kata tu, jangan dilayan anjing Umno ini.

      Delete
  5. macau pkr tertelan pil jubo sebab tu le meroyan tak leh terima kenyataan..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:39 kenapalah emak kau lahirkan anak bahlol macam kau ni...

      Delete
  6. Sape nk bli pil kude bleh call aku harge 15 inggit je.

    ReplyDelete
  7. Ehehe...meroyan abis geng jilat taik guang eng....idup tuang presideng....idup ulama

    ReplyDelete
  8. Hadi shj yg boleh buat fitnah, orang lain tak boleh. Itulah maksud tersirat oleh hakim tie kue chink itu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...