Sunday 28 December 2014

RAYUAN BANTUAN BANJIR DAN SUKARELAWAN DI PUSAT OPERASI INDUK UNIT KECEMASAN & BENCANA ALAM PAS SELANGOR (URUS)




Ketika ini, banjir di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Perak semakin teruk. Masih ramai mangsa yang terperangkap dan terputus hubungan memerlukan bantuan segera dari rakyat Malaysia yang prihatin. Terdapat banyak pertubuhan yang mengambil inisiatif mula menggerakkan operasi mengumpulkan bantuan sebanyak mungkin. Antara yang omak kau dapat kongsikan di sini adalah daripada pihak URUS PAS Selangor.

URUS telah melancarkan Pusat Gerakan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir yang akan merangkumi negeri-negeri yang ditimpa bencana iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan yang terbaru di Perak.

Pusat gerakan bantuan kecemasan ini bertempatkan di Dewan Merbau, di Seksyen 17, Shah Alam.

Setakat ini team URUS yang diketuai oleh En Mohd Raymie telah sampai ke beberapa lokasi di Kelantan. Target kita adalah untuk mengumpulkan segala bantuan untuk disampaikan di tempat bencana. Sumbangan mendesak yang diperlukan adalah:

1. Wang Tunai
2. Selimut
3. Lampin Pakai Buang (Pampers)
4. Susu Formula
5. Botol Susu
6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dalam Tin (Lauk)
11. Biskut
12. Air Minuman
13. Tuala Wanita

Barangan dan bantuan sukarelawan juga boleh dihantar ke Pusat Operasi URUS di:

Dewan Merbau.
Jalan 17/2, Seksyen 17,
40000 Shah Alam, Selangor

Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:
Mohd Raymie: 018-6645036
Abd Majid: 016-6019077
Hj Faahkaruddin: 013-3953833


Omak Kau ingin membawa kepada anda untuk merenung kata-kata ini: "hari ini hari anda, hari esok entah saya; hari ini kita berada (harta benda), hari esok entah tidak entah ya...tak mampu diekspresikan dengan kata-kata. Justeru banjir besar yang berlaku di negara kita, haruskah kita melihat sahaja? Hulurkan apa sahaja yang termampu oleh kita. Hulurkanlah apa saja kepakaran yang ada. Kerana ujian ini Allah turunkan didepan mata kita.

16 comments:

  1. InsyaAllah kami akan bantu apa yang kami mampu.gambar bawah sekali baju cerah tu mcm omak je...

    ReplyDelete
  2. Omak le tu...aktivis/blogger

    ReplyDelete
  3. Bas amfibia 'amphicoach' yang boleh bergerak di darat dan air yang ditempah kerajaan terengganu masih belum siap kerana pengeluar memerlukan 8 bulan untuk disiapkan sebelum diserahkan pada Mei 2015. Jadi, satu lagi alternatif ialah menggunakan jet ski. Oleh itu mana2 pihak yang boleh menyumbang kemudahan jet ski untuk menyelamat bolehlah berbuat demikian. Setahu saya, peralatan ini banyak didapati di beberapa kawasan pelancongan pantai termasuk di Langkawi serta orang perseorangan. Apa salahnya beri bantuan kepada yang memerlukan.

    Kerajaan pula mungkin boleh mula memikirkan penggunaan jet ski sebagai satu kaedah menyelamat yang diselenggarakan oleh JBPM, POLIS dan TENTERA. Difahamkan jet ski lebih tahan dalam situasi lasak dan berbahaya jika dibandingkan dengan penggunaan bot. Bagaimanapun pengangkutan ini memerlukan pengendali yang benar-benar mahir justeru aspek latihan harus dititikberatkan.

    ReplyDelete
  4. INI BARU BETUL.... ITU PASAL LA PM KENA ADA DALAM NEGARA BILA BERLAKU BANJIR....

    KUALA LIPIS: Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

    "Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

    (TERUTAMANYA MENTERI ORANG2 MUDA, MENTERI YANG JAGA POLIS, MENTERI YANG JAGA TENTERA DAN MENTERI YANG JAGA BOMBA. APA SANGATLAH KORBANKAN CUTI DI LUAR NEGARA TU KALAU DIBANDINGKAN DENGAN NYAWA DAN HARTA BENDA RAKYAT YANG SEDANG TERANCAM TERUK NI... LAGIPUN, ANDA SEMUA DAPAT BERCUTI TU PUN SEBAB UNDI DARIPADA RAKYAT YANG TERJEJAS BANJIR TU. TAHUN DEPAN BOLEHLAH GANTI CUTI TU.....)

    ReplyDelete
  5. Penduduk pantai timur pula perlu memikirkan kenderaan bot dan pelampung keselamatan sentiasa ada untuk tujuan kecemasan. Kalau kereta boleh beli dua tiga biji, takkanlah sebiji bot fiberglass tak boleh beli. Untuk JKKK setiap kampung bolehlah mula mengambil inisiatif untuk menyediakan dua tiga biji untuk tujuan tersebut.

    Teringat masa saya masih kecil dan tinggal di kampung pedalaman Johor, arwah bapa saya menyimpan sebuah perahu kayu/ papan di bawah rumah. Tiap2 tahun perahu itulah yang kami sekampung gunakan untuk berpindah ke kawasan sekolah yang terletak di tanah tinggi.

    ReplyDelete
  6. Kepada sukarelawan, terima kasih kerana menyumbang tenaga. Kepada mangsa banjir di petempatan sementara, terutamanya yang lelaki, tolong bagi kerjasama dan sama2 sumbang tenaga untuk menyediakan makanan, mengemaskan peralatan memasak, membersihkan kawasan penempatan dll. Jangan harapkan semua kerja dilakukan oleh sukarelawan sahaja. Susah sama susah, senang sama senang.

    ReplyDelete
  7. Kepada maae kajang berhubung komen TGHA pasal nikmat banjir:(Tak habis-habis tipu pengundi. Sampai bila ? Kemudian tuding jari kepada Kerajaan Pusat tidak membantu !

    Sepatut nya Hj Hadi sudah bersedia dengan musibah tahunan yang pasti nya terjadi. Menggerakkan bantuan semua bentuk sokongan logistik membantu meringankan bebanan musibah ini. Bukan PAS sahaja, malah Dap dan Pkr.

    Memimpin dengan air liur...- Quote komen maae di cenangau daun kari blog)

    1. Saya petik
    "Demikian itu perlu kita mengimani, bahawa situasi yang sedang berlaku ini adalah dengan Pengetahuan dan Kekuasaan-Nya. Allah sedang menguji kita dengan curahan bermanfaat berupa rahmat dan rezeki. Dia juga sedang menguji keutuhan iman kita dengan melandakan sedikit kesukaran yang pasti Dia akhiri tempoh ini"

    Sebagai seorang yang berpegang kepada Akidah Ahli Sunnah Waljamaah seharus boleh faham dengan jelas apa yang TGHA nak sampaikan.

    TGHA nak maksudkan sebelum ini kita mendapat ujian BERMANFAAT berupa CURAHAN bermanfaat berupa rahmat dan rezeki (berupa kesenangan dan kebaikan).
    Manakala ayat disambung dengan "DAN"(sepatutnya bila ada "DAN" tak perlu ada titik(.) itulah mencerita situasi sekarang iaitu DIUJI dengan "MELANDA SEDIKIT KESUKARAN"(bukan kesukaan@tidak bermanfaat) bermaksud banjir yang melanda dan kesukaran yang dihadapi).TUJUANNYA NAK MENGUJI KEUTUHAN IMAN!

    Oleh itu bagi saya kenyataan TGHA itu tak salah, "CURAHAN" (pemberian/ kurnia) dalam ayat "Curahan rahmat dan rezeki" bukan bermaksud Curahan Banjir itu @air yang mencurah-curah itu "sebagai rahmat dan rezeki" sebagaimana yang bro faham!

    Jangan faham @ tafsir ayat sekerat- sekerat sebaliknya hendaklah memahaminya pada keseluruhan ayat tersebut.

    "JIKA KITA KELIRU JANGAN KITA MENGELIRUKAN ORANG LAIN"

    2. Allah takkan menzalimi umatnya sebesar zarah. Mati anda insyaAllah mati yg dirahmati. Cuma tugas kita jangan tak solah. Jangan marah Allah! Banyak bersabar. Di luar negara mereka diancam dgn peluru. Kita....

    3. Kebaikan, kekayaan, kemiskinan, kemewahan semua adalah ujian Allah... betul apa kata TGHA. Bersangka baik pada ujian Allah.. saya bukan berada di dalam situasi mangsa2 banjir tapi saya meyakini pada janji Allah SWT dan sentiada berdoa ada rahmat disebalik segala yang menimpa.

    ReplyDelete
  8. Comel gambar budak perempuan tu..manis

    ReplyDelete
  9. Mana pi gambar tin milo?!...

    ReplyDelete
  10. Pemimpin gila gimik politik adun meru ada tak...? Mungkin ada ceramah politik sambil men derma....

    ReplyDelete
  11. mcm mne nk join sukarelawan bantuan banjir?


    ReplyDelete
  12. mcm mna nak join sukarelawan bantuan banjir??
    saya duduk kat kelantan

    ReplyDelete
  13. Mohon war2kan..
    Pusat pengumpulan bantuan mangsa banjir di Taman Kota Cheras. Sukarelawan diperlukan. Barang keperluan spt makanan, minuman, pakaian, ubatan, toiletries, brg bayi juga boleh disalurkan melalui kami. Hubungi Adam ( 010-290 9760/ 012-5242614). Terima kasih atas bantuan anda.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...