Wednesday 1 April 2015

AZMIN ALI AKUI BAHAWA PENYELESAIAN HUTANG TALAM CORPORATION KETIKA TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM JADI MB SELANGOR BUKAN SATU BAILOUT.



Kerajaan Negeri semasa pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak melakukan ‘bailout’ dalam penyelesaian hutang Talam Corporation bagi membiayai program Geran Selangorku, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri merampas tanah milik Talam seluas 4,158 ekar yang dinilai sama dengan hutang sejumlah RM392 juta.

“Oleh kerana Talam tidak mempunyai kemampuan tunai bagi menyelesaikan hutang, maka Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilan tanah.

“Inisiatif ini terpaksa dilakukan pada 2008 setelah Talam gagal melaksanakan projek seperti yang termaktub dalam perjanjian usahasama.

“Pada masa yang sama Talam juga gagal selesaikan premium ke atas tanah itu,” katanya menjawab pertanyaan lisan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil).

Katanya, kesemua tanah itu diserahkan kepada empat anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (1,275 ekar), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (1,545 ekar), Pendidikan Industri Yayasan Sdn.Bhd (1,313 ekar) dan Bukit Beruntung Golf Club Sdn.Bhd (25 ekar) untuk dibangunkan.

Daripada usaha ini, kesemua anak syarikat berjaya membuat sumbangan tunai kepada Kerajaan Negeri sejumlah RM68 juta bagi menjayakan program Geran Selangorku.

“Sukacita saya ingin betulkan apa yang difahami oleh Dengkil, tidak berlaku bailout dalam proses ini.

“Dengan keluasan tanah yang diberikan ini, Permodalan Negeri Selangor Berhad memberi sumbangan tunai sejumlah RM29.2 juta, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (RM23.1 juta), Pendidikan Industri Yayasan Sdn.Bhd (RM7.2 juta) dan Bukit Beruntung Golf Club Sdn.Bhd (RM8.5 juta),” katanya.

Ternyata dengan pengakuan Azmin Ali ini jelas betapa tindakan dan keputusan yang diambil oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menerajui negeri Selangor dalam isu ini adalah, tepat, bijak dan berwawasan.

Harap pembeci membuta tuli TSKI tolong buka minda dan lapangan jiwa dan dada untuk menerima kenyataan dan kebenaran ini.

Sebelum ini kira-kira tiga tahun yang lalu KPMG yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri ini adalah bijak.

Pelunasan hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bukan satu usaha penyelamat (bailout) tetapi merupakan satu keputusan komersil yang bijak.

Demikian menurut laporan kertas putih yang diedarkan kepada pihak media ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang di sini pagi ini.

Menurut laporan itu, pelunasan menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.

KPMG Transaction dan Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang- hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri melengkapkan GSA ini adalah bijak.

Kerajaan negeri Selangor pada 2009/2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baru bagi mengutip hutang-hutang itu menerusi GSA dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang sekaligus.

Kata laporan itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk kerajaan negeri menyelesaikan hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberi impak buruk kepada GLC berkenaan.

Syarikat PN17

Talam menghadapi masalah kewangan serius dan dikategorikan sebagai syarikat berstatus PN17 antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalan membuat bayaran balik terhadap pinjaman bon.

“Maka Talam perlu menyelaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan penyelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad,” kata laporan itu.

Laporan itu menjelaskan dibawah GSA, Talam mengaku janji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta dengan cara memindahkan aset- aset mereka kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).

Berdasarkan jaminan dan aku janji itu, kerajaan negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah hutang RM392 juta itu dilunaskan.

Dalam proses pengambilalihan hutang-hutang kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 dan sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

“Pelunasan hutang melalui GSA ini juga membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat negeri dengan MBI nmemastikan proses pengutipan hutang diselesaikan secara holistik.

“Ini berbeza dengan cara sebelum ini apabila tiap-tiap anak syarikat negeri berurusan secara berasingan dengan Talam,” tambah laporan itu.

Isu Talam ini timbul apabila Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian aset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukan sebanyak RM392 juta berkaitan Talam oleh kerajaan negeri.

8 comments:

  1. Khalid selamatkan syarikat dap dari bankrap, dap juga tikam kahlid dari belakang dengan buat cerita khalid bankrap , kahlid main saham diluar negara hutang bank islam macam2 cerita aku dengan, ini semua keluar dari media dap tokonginsider,
    Ini sikap pr suka jatuh kawan dalam pr . Aku nasihat ahli2 pkr semua keluar dari pkr tak faedah pun masuk pr itu. ramai pemipin lama pkr boleh katakan 80% tak mahu jawatan dari pkr dan tak mahu membabit nama pkr ini lagi dah boleh dikatan semua peminpin lama tak ada lagi dalam pkr itu dan tinggalkan anwar itu
    pkr harus tukar nama kepada parti keadilan sekeluarga nama baru (pks)

    ReplyDelete
  2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan.

    Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam. Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (AHLI PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  3. Emmmm.. Patut la DAP marah sangat dengan TSKI.. Hampeh...

    ReplyDelete
  4. Tski mmg sepatutnya berundur.nyah dr pkr. Demo gulingan pun xnampak muka. Kedekut.xbagi bajet.padan muka.

    Tak tau ke kami ahli pkr adalah suka demo

    ReplyDelete
  5. Apajd dgn ekonomi negeri selangor skrg ya... dl ms zaman TSKI.. ada diumumkan.. simpanan rizab kewangan negeri selangor. Mohon pencerahan dr mb baru...

    ReplyDelete
  6. Kalau mcm ni, aku xnak lagi la undi PKR.. DAP pun aku xnak undi.. BN.. Lagi la aku x suka.. Huh!! Pasni aku xyah kuar mengundi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko mana boleh kuar undi. Ko kan lembu kondo.

      Delete
  7. Mb baru takde masa nk umumkan...banyak lg sampah yg belum kutip longkang belum bersih...Khalid Ibrahim dah buat cantik semuanya...so mb baru ni santai2 je..biarkan lah...pru14 nanti kita humban@abadikan dia ke dlm longkang tempat kegemร rannya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...