Wednesday 15 April 2015

FARA FAUZANA HANTAR MESEJ MENUSUK KALBU KEPADA DR MASHITAH


Apabila seseorang sudah berhijrah tidak perlu lagi dipersoalkan sebaliknya ucapkan tahniah dan iringi doa kerana individu itu telah memperbaiki personaliti mereka ke arah menjadi insan yang lebih baik, itu pandangan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.

Fara Fauzana yang kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat.

“Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. Saya berhijab kerana Allah SWT,” katanya.

Sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak.

“Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” tambahnya lagi.

Beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya.

“Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak yang mengaitkan dengan pertubuhan tertentu.

16 comments:

  1. Dimalaysia terlalu banyak prasangka.
    Setiap kali kita buat sesuatu orang lainbmemberi persepsi mereka. Begini dan begitu.
    Terlalu banyak fitnah dan buruk sangka.
    Mungkin kita terlalu mengikut perangai parti politik.
    Sepatutnya kita bawa tuntutan islam. Sentiasa berbaik sangka. Tidak menuduh tanpa bukti kukuh.
    Sentiasa berfikiran terbuka. Menerima pandangan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik kita ni kadang2 menyedihkan. Elok balik kepada batas sempadan Ugama Islam yang murni.

      Delete
    2. Kalau pergi parlimen naik basikal pun best jugak sebab dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan tiada pencemaran asap. Kalau menteri suruh naik basikal, aku akan naik basikal pergi tempat kerja kerana menyahut seruan menteri. Tempat kerja aku pun bukan jauh sangat cuma 27 kilometer. Tiga jam boleh sampai. Pukul 4 pagi dari rumah pukul 7 sudah sampai tempat kerja. Tak ada masalah lewat sampai ke tempat kerja. Tak payah bayar tol lagi sebab basikal memang tak kena bayar tol jadi berapa sudah jimat? Lagipun kalau hujan lebat boleh pakai baju hujan tak ada masalah besar. Kalau ada banjir kilat basikal boleh pikul atas kepala. Tak ada masalah kereta terkandas dalam banjir kena overhaul.

      Kalau dah penat sangat mengayuh katalah kita demam, tahan lori tumpang bawak basikal sampai ke rumah kita. kalau tumpang lori sayur memang tak payah bayar. Sambil kita tumpang lori kita boleh makan roti krim di belakang lori itu. Tapi masalahnya orang sekarang sudah mengada-ngada. Naik basikal konon malu, konon penat sebab mereka tak tahu faedah naik basikal. Tapi kalau menteri naik basikal tak malu, kenapa kita rakyat biasa nak malu naik basikal pula?

      Yang penting maintainance basikal ni murah. Harga pun bawah dua ratus. Cuma masalahnya tayar sahaja. Kalau banyak berjalan satu hari 27 kilometer memang tayar cepat botak. Bila dah botak tayar jadi licin. Bila hujan brek pun tak makan jadi senang kemalangan langgar motor lah, langgar lembu melintas jalan lah. Jadi itu masalahnya sebab harga tayar pulak sudah naik. Mintak kerajaan jangan naikkan harga tayar basikal sebab kita bukan kenderaan perdagangan kerana kita naik untuk pergi bekerja di pejabat kerajaan jugak. Masalah kedua ialah banyak orang buang paku di jalan raya. Bila basikal kita langgar paku, basikal kita bocor pam pun pancit jugak. Kalau balik malam ada 20 kilometer lagi sampai rumah tayar sudah bocor jadi kita bermasalah. Jalan kaki sambil tolak basikal sampai 20 kilometer boleh sakit pinggang. Balik rumah terus tidur sebab penat sampai tak sempat mandi tak sempat makan. Besok bangun terlambat pergi kerja. Masa nak pergi kerja besok pagi baru sedar tayar basikal sudah pancit semalam sebab langgar paku 3 inci. Habis kena ambik MC tapi doktor kata tak boleh dan kita terpaksa pergi doktor swasta. Doktor swasta kena bayar 30 ringgit baru boleh dapat MC. Bayar jugaklah 40 ringgit sebab nak ambik 2 hari MC sebab sakit pinggang tolak basikal 20 kilometer.

      Itu masalahnya kalau naik basikal kita tidak berhati-hati. Kalau nampak paku kita mesti elak jangan main redah semacam sebab kalau langgar paku 3 inci mesti parah. Tampal tayar sekarang pun dah 5 ringgit. Kalau sebulan kena tampal 10 kali memang parah poket kita. Maknanya kita kena bayar tampal tayar 10 kali, bayar mc 10 kali, susah kalau macam ni naik basikal. Jadi saya mencadangkan kerajaan buat satu laluan khas untuk basikal sahaja supaya selamat pergi dan balik tempat kerja.

      lagi masalahnya ada jalan tak ada lampu gelap gelita waktu malam kalau balik lewat buat overtime. Ada kes lembu melintas kebetulan lembu warna kulit dia hitam memang tak nampak. Jadi basikal pun mintol dah terbakar jadi tak nyala. Jalan pulak gelap meraba-raba bawak basikal betul-betul dekat satu kelompok lembu warna hitam menyeberang jalan. Lembu pun sama tak nampak basikal sebab gelap. jadi basikal dan lembu sama-sama langgar. Nasib baik penunggang basikal sempat brek cuma jatuh sikit tepi parit. Sikit pun patah jugak dua batang gigi sebelah depan pulak tu hingga sampai sekarang masih rongak dan mak we selalu tegur mana gigi dua batang sebelah depan tu? Lembu hitam yang bawak 4 anak tu lagi teruk rupanya sebab terperanjat lari lintang-pukang di tepi gaung masuk dalam gaung. Yang 4 anak dia ikut sekali emak dia masuk dalam gaung jugak. Sebenarnya anak2 dia asalnya tak bahaya sangat tapi bila emak dia terjun gaung, anak2 dia pun ikut terjun jugak. Jadi mangsa kemalangan itu ialah 5 ekor lembu masuk dalam surat khabar dan televisyen esoknya. Ramailah orang datang buat interview tapi dia tak banyak cakap sebab malu kerana gigi dia 2 batang sudah patah.

      Delete
  2. Pada farah fauzana ....kurang kan ceramah banyakkan baca buku.....

    ReplyDelete
  3. Haaaaa Fara Fauzana. U hantar message kat Nurul Izzah. 2014 dia pi sesi touch d dog. Lepas minah janda plak sound ustaz yg tegur dia. Bapak Nurul izzah ni bapak dua duly president Abim pencen. Tapi malangnya bapak dua gagal menjadikan dia.muslimah yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Izah touch d dog? Apa susah..gi samak bersih lah. Yg big mama sentuh LCW tu ....boleh samak ke?

      Anon 14.10 klu nak sebar ajaran sesat bukan di sini.

      Delete
    2. Lcw tu apa?

      Delete
    3. Anon 16:01 Lcw tu apa? Amateur sangat kamu. Ni mesti baca Mangga free kat 7E pastu duduk bwh jambatan main guitar.

      Delete
  4. Di msia, kisah nya sama dgn kisah lokman hakim dan anak nya, semua tak kena dlm manusia menuju kebaikan.. Kahwin lebih susah, tak kahwin pun susah.. Jenis manusia hati gelap..

    ReplyDelete
  5. Di msia, kisah nya sama dgn kisah lokman hakim dan anak nya, semua tak kena dlm manusia menuju kebaikan.. Kahwin lebih susah, tak kahwin pun susah.. Jenis manusia hati gelap..

    ReplyDelete
  6. LCW tu lee chong Wei.Big badak dok peluk lcw pelok shahrukhan peluk adik ipar@laki juma(dulu)...bersalam dgn semua jantan jantan yg dia jumpa apa hukumnya...bangang ooo bangang anon 14:10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Big badak pakai mazhab lain...blh peluk jantan2.

      Delete
    2. Kau jngn main2 ngan badak pendek tu, dihempapnya muka kau dengan bontot dia yg besar sngt tu baru padan muka kau penglihatan kau terus jdi gelap dan muka kau jadi leper mcm murtabak. .so dont play play..ada faham?

      Delete
  7. Cuba tanya Mashitah tu apa komen dia tentang fatwa Ismail Sabri yg kata sesiapa tak percaya Najib bermakna tak percaya Allah tu..

    ReplyDelete
  8. LCW tu lanchow kot. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...lancau nuar yg dah mereput akibat kuat meliwat..hehe

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...