Sunday 19 April 2015

KITA LAWAN KAYUH BANTAH GST HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN??????



Kini telah menjadi perbualan umum diperingkat akar umbi betapa Perhimpunan #KitaLawan anjuran AMK sudah dilihat semakin tidak mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan.

Walaupun pelbagai usaha dan buah fikiran baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, perlu akui ianya masih gagal.

Terbaru, berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.

Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera ‘Kita lawan sampai menang’.

Biarpun sambutan dingin dan hambar, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda pasti menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.

Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.

“Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu,” katanya.

Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Katanya, protes yang digelar 'Critical Mass Kuala Lumpur' itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 4 petang dan menggesa rakyat Malaysia menyertainya bagi menuntut GST atas barangan dan aktiviti berkaitan sukan dimansuhkan.

'Critical Mass' ialah acara berbasikal yang berasal dari Eropah dan merupakan protes menunggang basikal secara bulanan dengan ribuan peserta berarak memenuhi jalan raya dengan berbasikal.

Setibanya di Dataran Merdeka, Akmal memberitahu mereka yang hadir untuk berkayuh, protes itu bertujuan meminta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengusahakan supaya GST atas barangan sukan dimansuhkan.

Akmal berkata, laluan berbasikal mereka hari ini diadakan dalam lingkungan sekitar ibu kota, dari beberapa lokasi menuju ke kompleks membeli-belah Sogo, kemudian ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berakhir di Dataran Merdeka.

#KitaLawan sejak hujung Februari mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada hampir setiap Sabtu.

Pada awalnya, ia bertujuan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, dan menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kehadiran terbesar di perhimpunan itu setakat ini adalah pada 7 Mac, di mana dianggarkan antara 5,000 dan 10,000 orang menyertainya.

Tidak seperti himpunan #KitaLawan sebelum ini, tiada pemimpin pembangkang atau ahli Parlimen kelihatan turut serta, kata Akmal yang menyatakan protes 'critical mass' ialah acara untuk orang muda.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha, bagaimanapun, turut hadir dan memberitahu orang ramai beliau mewakili ahli keluarganya.

"Saya menyokong protes ini kerana GST membebankan rakyat," katanya.

Pada jam 5 petang, Nurul Nuha menyertai kumpulan berbasikal yang melaungkan 'Batal GST' sambil berkayuh.

Kumpulan itu kemudiannya tiba di KLCC apabila rintik hujan mula turun. Wartawan The Malaysian Insider mengekori kayuhan mereka dengan menaiki motosikal.

Seorang marsyal himpunan itu mengarahkan kumpulan itu bergerak ke kawasan membeli belah Bukit Bintang, sambil kenderaan lain memberi laluan kepada mereka.

Keadaan trafik lancar dan anggota polis kelihatan di beberapa tempat.

Tiada ucapan yang dibuat tetapi mereka yang berbasikal terus melaungkan dan melagukan slogan sambil berkayuh.

Di luar kompleks beli belah Farenheit 88 di Jalan Bukit Bintang, peserta kayuhan berhenti untuk mendengar kumpulan The BangsArt yang menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' yang liriknya ditukar bagi membawa maksud bantahan kepada GST.

Mereka kemudiannya bergerak ke depan Hotel Grand Millennium, dengan turut disertai Nurul Nuha, dan membentangkan kain rentang yang tertulis 'Kayuh Bantah GST' di luar bangunan itu.

Dalam perjalanan balik ke Dataran Merdeka, kumpulan itu menyebabkan satu kemalangan kecil antara dua biji teksi berhampiran Pudu Raya, yang pemandunya sedang memerhatikan mereka.

Selepas berbasikal sejauh 13km, kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 6.15 petang.

Akmal berkata, #KitaLawan juga akan mengadakan protes di negeri lain, termasuk Pahang dan Pulau Pinang di mana pilihan raya kecil akan diadakan bulan depan.

Katanya, bilangan kecil yang menyertai acara ini tidak melemahkan semangat mereka kerana, "kami tidak pentingkan nombor, tetapi kami pentingkan isu yang dibawa."

18 comments:

  1. kita lawan melayu, kita lawan ISLAM, kita lawan hukum ALLAH, kita lawan ulama, kita lawan apa2 yang boleh menyatu dan menguatkan umat ISLAM malaysia, kita lawan kita lawan kita lawan. kita kawan..........dapigs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..














      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..














      saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
      pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
      nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
      angka yang di berikan 4D yaitu 9347 TGL 23-03-2015
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 100.jt
      bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
      jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
      ini nomor hp -> (-082-321-062-999-) MBAH SERO
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
      atau silahkan buktikan sendiri..

      Delete
  2. Mana juak2 macai............mana greenboar, alhussyen, tulang besi, mountdweller, gendang perang, kedah lanie , mso dll. Depa pun malu dan takut nak turun..........mulut je lebih dlm internet !

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAGI BRIM RM900
      AMBIK BALIK GST RM900
      HABIS APA YANG TINGGAL?

      Delete
  3. Mana juak2 macai............mana greenboar, alhussyen, tulang besi, mountdweller, gendang perang, kedah lanie , mso dll. Depa pun malu dan takut nak turun..........mulut je lebih dlm internet !

    ReplyDelete
  4. Kalau nurul nuha sponsor basikal rm5000.00 baru sko mau turun....bawsh rm5000.00. ...bole blah. ....ok....ok tak idea ako nih...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku DAPAT rm500 pun cukuplah.... T shirt yg dapat nanti aku cetak semula, di bawak KITA LAWAN perkataan NEPOTISMA ....

      Delete
    2. 920/ 1012....macam suka betol kena GST
      Kesian la sikit kat orang2 yang miskin turr
      Kalau tak mampu bantu pun, janganlah susahkan mereka dgn GST
      900 tu cukup ker bayar GST?
      Kalau tak ada GST duit 900 tu kan boleh bagi buku anak sekolah kan?

      Delete
  5. Kat malaysiab ni kalau nk buat.. Buat la sebelum kerajaan laksanakan. Jika dah tak ada maknanya. Kalau kerajaan batalkan gst sekalipun. Harga barang tak akan turun. Tengok saja ketika minyak turun . barang tetap naik. Dah jadi perangai kebanyakan peniaga negara kita pencekik darah. Perangai sesetengah macam yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak salahkan peniaga. Peniaga pun tak nak rugi. Peniaga pun kena GST.
      Aku salahkan orang yang suruh buat GST tu

      Delete
    2. Dulu pung pang pung pang nak kawal.
      Sekarang boleh kawal???
      Boleh kawal?

      Delete
  6. Yang ada hadir pun Alhamdulillah ada juga yg sanggup turun lwn....saya ucapkn syabas kpd yg prihatin...bukan kami yg ada tak mau turun tetapi masaalah ekonomi yg membantutkn usaha ini lg bebanan kenaikan harga brg dgn gst kerajaan zalim kenakan dan bg mereka yg ada sedikit keringanan akan bersama menentang kezaliman yg kerajaan kenakn terhadap rakyat....kamu mewakili kami sebenarnya.....terima kasih....saya tak akan menghina usaha murni tuan puan anak2 muda yg bijaksana dlm menentang penindasan ini biar mereka dgn cara mereka...kita berusaha sehingga Allah memberi kemenangan terhadap kerja kita.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong 200%
      Tak ada makhlok yang sempurna akal suka GST

      Delete
    2. saya juga menyokong anda 200% teruskan usaha anda pedulikanlah apa orang nak kata asal niat yg baik kerana perjuangan itu pahit

      Delete
  7. Gunakan kuasa undi anda untuk menghapuskan kerakusan GST dan menumbangkan parti Beban Negara yang merupakan lintah darat yang sedang menghisap darah rakyat sehingga kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST memang menyusahkan rakyat
      Hari2 tak pernah miss kena bayar GST
      Setiap kali tengok resit ada GST, setiap kali pulalah kita panjatkan doa.
      Mudah2an cepat rebah

      Delete
  8. Kenapa omak kau tak gi tetapi sering sindir....guna pakai baju pkr namun sokongan utk siapa??? Pengkianat dlm selimut bahaya kalau pihak pkr ambil mudah ulat cacing ini boleh binasakan pkr dlm jangka pjg. Benteras kianat dlm pkr dari thailand.....

    ReplyDelete
  9. Kenapa tak jemput budak tadika kat tempat aku
    Kalu setakat nak cari 20 budak naik basikal rasanya no problem

    TU LA..... SAPA SURUH PECAT TSKI
    KAN MENYESAL....heeee

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...