Monday, 4 May 2015

CAYALAH!!! ... KOLEKSI GAMBAR AZMIN TURUN PADANG GORENG CUCUR UDANG.



Pergh!!! ... Memang luar biasa kebolehan yang dimiliki pemimpin hebat bernama Azmin Ali ini ... bukan sahaja dilahirkan untuk memimpin ummah tetapi mampu melakukan pelbagai kerja yang tidak pernah terfikir seorang pemimpin setaraf beliau mampu dan sanggup lakukan.

Dari kerja berat guna kudrat tulang empat kerat seperti bersihkan longkang besar tersumbat secara solo hinggalah kerja masak memasak.

Kelmarin dia lakukan panggang udang kara (lobster), suatu makanan orang-orang kaya untuk jamu rakyat Permatang Pauh kini dia mengoreng cucur udang pula tanpa ada rasa kekok sebaliknya bersahaja membutikan kerja ini pernah dan biasa dilakukannya .. sepatutnya suri rumah yang tidak pandai memasak berasa malu dengan keupayaan serba boleh dimiliki Azmin Ali ini.

Membuktikan yang Azmin Ali adalah satu-satunya pemimpin yang patut bergelar "MASTER OF ALL TRADES JACK OF NONE". .. pemimpin-pemimpin lain jika ada pun hanya sekadar layak di gelar dan dilabel "JACK OF ALL TRADES MASTER OF NONE" ... Bukti betapa hebat dan agungnya Azmin Ali dimata dan hati rakyat.

Rakyat Selangor khususnya, bersyukurlah dapat Dato' Menteri Besar kualiti macam ini  .. apa lagi rakyat Selangor mau????? .. kepada para pengkritik Azmin Ali tidak kah kalian rasa berdosa dan tersentuh jiwa melihat gambar-gambar diatas????

Ini bukannya lakunan tetapi betul-betul.

HIDUP AZMIN ALI!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!

12 comments:

  1. OMAK KAU JGN LAH SINDIR AZMIN SAMPAI MCM TU SEKALI.
    OMAK KAU NAK KATA
    " JACK OF ALL TRADES BUT MASTER OF NONE" ?

    ReplyDelete
  2. Lebih azmin tunai janji dia pada guru kafa naik elaun.
    Daripada azmin buat kerja bukan2, omak kau boleh tak bagi telifon, aku suruh azmin aku di sapu rumah aku ini kotor sangat. Azmin serbe boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru dan ustaz ramai nak kerja saja bukan nak berkhidmat untuk masyarakat. Buktinya ramai yang ingkar bila ditugaskan jauh dari celah ketiak ibu bapa dan celah kangkang suami isteri mereka. Ada yang macam saudara cakap sampai je cabut lari or tak lapor diri terus. Malangnya kerajaan celaka kita tidak membuang mereka sebalik diposting pula di sekolah dekat bandar. Manakala yang pergi pula, confirmed sahaja mulalah cari alasan minta tukar. Pernah terbaca seorang celaka yang dihantar ke Sabah untuk berdakwah, mula minta tukar lepas posting, 6 kali minta, lepas 3 tahun oleh kerana celaka ini tiada komitmen maka dipindahkan ke perak, 16 kali pula minta tukar, lepas 8 tahun balik kedah tapi dekat kulim, 4 kali minta tukar sampai sekarang tak dapat balik sp, katanya dalam fb. Berbanding guru dulu first posting dalam ladang sawit or pulau, 5 tahun ke bandar, 8 ke 13 tahun baru balik negeri. Rakyat di luar sana fikir fikirkanlah kenapa kerajaan Selangor buang pekerja PKNS dan pekerja hotel milik pkr? Kerana mereka yang dibuang itu spesis celaka-celaka ini yang disimpan kerajaan BN. Kasihan anak bangsa.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

      Delete
    2. Celaka tu anda yang anti islam serta para ilmuan islam.
      Kau pernah posting di sabah atau sarawak, kau ingat sama macam di Semenanjung.

      Cakap je lebih walhal upsr, pmr, spm, dip malah digree kau pun teruk.

      Delete
  3. Azmin Ali ini betul2 ada muka jadi PM Baik masa depan

    Raut muka jauh beda dari bebudak Rasuah UMNO yang tak seri muka lahanat

    Anwar Ibrahim ada anak buah yang bagus

    Alhamdulilah

    Eh!!!!

    JJ pun sudah KIOK


    Ampun Ampun Ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin tu kenalah berlakun supaya nampak mesra rakyat. Kalau nak kirakan rasuah dan sebat duit gomen, dia adalah satu dalam sepuluh senarai diMalaysia

      Delete
  4. Apa nak heran OK... Azmin pernah buat kerja2 kemasyarakatan wlaupun luar dari kempen PRU. Takda PRU pun dia buat. Tapi klau pemimpin UMNO heranlah sikit sbab klau takda PRU jgn harap nampak batang hidung bersama2 rakyat lebih2 lagi buat kerja kemasyarakatan. OK tak payah nak dengki sgt pd Azmin. Biarkan dia dgn gelagat bersama2 rakyat selagi tak buat perkara2 yg menyalah cam pemimpin2 UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wakil rakyat pakatan pembangkang dari keturunan rajin.
      Sampaikan gunting rambut di parlimen. Tidur pun di parlimen.
      Mana nak cari wakil rakyat mcm ni dlm dunia ni.
      Cuma di malaysia je ada wakil rakyat mcn ni.

      Delete
  5. Terbaliklah , Jack of all trades, master of none.

    ReplyDelete
  6. apa pon yb azmin the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. omak cemburu sbb dia x pandai goreng cucur.yg dia pandai sindir org x sudah2.buat pe wat dosa omak.kami rakyat sgor pun dah terima azmin sbg mb.kamu je yg terkebil2.jgn lupa bawak labu yea omak.

      Delete
  7. Alah takat goreng cucur udg nk watpe....wayang tu suma....ayuh kita undi bn....parti yang telus dan adil...undi pakatan haram jadah membawa kehancuran ummah.....sekian terima kasih.
    GST maju dan membangun bersama.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...