Tuesday 5 May 2015

DUTA BESAR MALAYSIA KE INDONESIA PERSOAL KEKAYAAN ANAK BERANAK MAHATHIR YANG MERAGUKAN.


Alih bahasa lebih kurang apa yang ditulis diakhbar diatas ialah :  .. "Saya secaa peribadi tahu kereta-kereta  yang dipandu mereka bernilai jutaan ringgit . Mereka tidak datang dari keluarga kaya .. Bapa mereka hanya berpendapatan RM20,000 sebulan sebagai Perdana Menteri dan datuk mereka hanyalah seorang guru. Saya perlukan penjelasan dari Dr Mahathir mengapa dia tergamak mempersoal kekayaan Najib sedangkan anak-anaknya sendiri hidup mewah" ... Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim

Walapun secara peribadi Omak Kau tidak setuju cara Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berpolitik namun tidak semestinya jika apa-apa kenyataan dan soalan jika ada kebenaran walaupun sedikit, sebagai penggiat blog, yang telah dididik dan asuh supaya sentiasa sedaya upaya tegakkan kebenaran walaupun pahit, tanpa mengira siapa yang berkata, maka wajar jua Tun Mahathir memberikan jawapan yang dilontarkan ini.

Sebab sebelum ini semasa Tun Dr Mahathir masih menjawat sebagai Perdana Menteri, hampir setiap ceramah Pembangkang ketika itu Angkatan Perpaduan Ummah, disusuli dengan Barisan Alternatif, boleh kata setiap pemimpin yang berucap, akan mempersoalkan kekayaan luar biasa yang dipertikaikan milik anak beranak Tun Mahathir.

Malahan teriakkan Reformasi'98 dengan slogan Nepotisme, Kronisme dan Korupsi (NKK) tercetus semasa era pemerintahan beliau.

Dato' Seri Anwar Ibrahim terpelanting keluar dari UMNO dan terus menyinggah sebagai penghuni penjara Sungai Buluh selama lebih 6 tahun dikatakan berpunca dari keengganan Anwar Ibrahim turut kemahuan dan arahan Tun Mahathir menggunakan wang rakyat bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, Mirzan Mahathir yang ketika itu diambang muflis.

Tidak dinafikan anak-anaknya terlibat dalam perniagaan, tetapi jika mereka bukan anak seorang Perdana Menteri ketika itu adakah mampu mengumpul kekayaan seperti apa yang dimiliki kini?

Dari mana mereka memperolehi modal untuk membuka syarikat-syarikat gergasi dsbnya.

Tun Dr Mahathir perlu jawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia demi membersihkan namanya dimata dan hati rakyat.

Harap sangat-sangat Tun Mahathir memberikan respon secepat mungkin sebab bak kata Tun Mahathir rakyat berhak tahu.

27 comments:

  1. Bezanya anak mahathir tak pernah kata harta diorang diwarisi, dan sila check berapa ramai pulak hartawan kat Msia yang boleh berjaya walaupun bukan anak PM.

    Jadi omakkau tak payah lah tumpang semangkuk akan kebengongan Duta yang ibarat telur setengah masak tu, semata-mata nak menyokong Najib pujaan omakkau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menegakkan kte yg basah....kebenaran konon...kebenaran taik musang!

      Delete
  2. Elok omakkau tanya sendiri Duta tu pasal harta yang dia kumpul, dan jangan lupa tanyakan jugak pandangan Duta tu pasal PKR.

    Lagi satu, jangan lupa omakkau siarkan pandangan bernas Duta tu pasal GST. Jangan lupa taw.

    ReplyDelete
  3. Elok Tun Jawab.....rakyat pun nak tahu..mungkin ramai orang melayu boleh kaya kalau ikut jejak anak Tun...itu yang patut diajarkan kepada bangsa...mana modal nak diambil...mana nak dilaburkan.....Bukan pasal sakit hati...tetapi rakyat pun berhak tahu...

    ReplyDelete
  4. kekayaan wakil2 rakyat lain tak nak cerita ke? Tu white house kat ipoh tu turun dari langit ke?

    ReplyDelete
  5. Apabila katak mula berbunyi, ....
    Pergi tanya Tok Guru. Apabila seorang fasik datang membawa satu berita, maka siasatlah kebenaran berita itu.

    ReplyDelete
  6. Sama je lah 2 x 5. Madey tu kepala penyamun, Dia yg jdi mentor & sifu pd Najib & Bedollah Badawi.

    ReplyDelete
  7. Tahniah warga Rompin.

    Walaupon kalah tapi BN kehilangan hampir separuh majoritinya.

    Rupanya masih ramai Melayu yang termakan umpan.

    Salah satu penyebab kekalahan PAS ialah aksi memukau Ahmad Maslan menoreh getah.

    Lepas ni Ayah Chik kena menjala ikang pulok baru lah PAS boleh menang.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Penyamun x leh mempersoal kekayaan perompak kata sipenyagak ....kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Syukurlah rakyat Rompin terbuka hati terima GST. Keh keh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian ye rakyat rompin...kena makan kismis minda bnyak2 baru cerdik berfikir.

      Delete
  10. Biarlah tertib sikit. Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Mintak dulu Najib jawab persoalan Tun dengan jelas. Usah di belitkan keadaan. Lama kelamaan jika dilayankan yang baru yang lama takut takut dilupakan. Pembodek Najib selalunya akan cuba mengalihkan fokus rakyat. Jawab dulu mana datang duit si Reza beli property mahal di Amerika dan Rosmah beli handbag mahal2. Xahrin vuba putar dgn menggunskan ungkapan Tun iaitu gaji PM hanya RM20 ribu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah najib jawab, ia aku jawab cuba tengok keluarga najib dato dia orang kaya johor ia. sebelum najib jadi pm pun dah Ada syarikat sendiri keluarga ia,
      Adik beradik najib semua ada syrikat sendiri, adik dia ada bank sendiri, abang dia ada syarikat akitik, boleh di kata semua kaya raya, sebelum najib jadi pm.lagi warisan keluar atok dia pun makan tak habis sebab ada melabor saham syarikat sana sini, ada faham, dibanding tun m anak dah bagi peluar meniaga pun boleh rugi syrikat kapal nya ia.

      Delete
    2. Najib memang keturunan bangsawan, kaya raya, terhormat namun tidaklah tahap billionaire (4 orang adik najib pernah menafikan ayah mereka mewarisi harta yang sebegitu banyak) bagi menjawab tuduhan kekayaan luar biasa mereka. Adik najib ada bank sendiri? study dulu bhai dari mana dia ambil alih share bank ini kalau bukan kuasa menteri kewangan...apa yang rakyat persoal sekarang perbelanjaan super mewah mereka anak beranak....dari mana datangnya sumber itu??? yang sahih dan pasti setiap pemimpin berlumba2 mengumpul kekayaan semasa berkuasa dari peringkat cawangan - presiden....lagi mau nafi buka mata sikit bhai

      Delete
  11. Zaharin katak ni nak terus jadi duta la tu...terpaksa jilat dan menjadi pembodek tegar najib..

    ReplyDelete
  12. Salam 1rasuah ,

    Cina datang sehelai sepinggang jadi kaya, india datang sehelai sepinggang jadi doktor kaya, singh datang sehelai sepinggang jadi lawyer kaya, Pakistan datang sehelai sepinggang jadi tokey kedai kaya, Indonesia datang sehelai sepinggang jadi kontraktor kaya, Kemboja datang sehelai sepinggang jadi peniaga kaya. Rumah tepi loji taik naik pegi atas bukit kerana rajin.

    Melayu pun kaya, kaya komplen, nak masuk u pakai kuota 3A, nak masuk kerja pakai cable sanak saudara, nak kaya cepat ali baba, usaha malas semua nak short cut, last-last rumah atas bukit turun tepi loji taik kerana rajin komplen.


    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam kau itu ia drgree tak pakai malas kerja.

      Delete
  13. Ni semua sbb nk jd fighter utk najib,kalo taktik menjadi ade masyuk la...dh study abis ke nk fight dgn chedet ni,takut taktik jd senjata mkn tuan nnt...simpan brg la zahrain,lu pakai skirt or sari sekalipun,org tetap kenal jgk!!!

    ReplyDelete
  14. Selepas era almarhum Tun Hussein Onn, datang era penyamun yang dikepalai oleh keturunan Kerala dan parti UMNO ditukar nama UMNO Baru. Sejak itu hingga lah kini setiap pemimpin tanpa kira peringkat maknanya dari cawnagan ke Bahagian dan ke pusat semuanya terpalit sedikit sebanyak dengan rasuan. Penghantaran bakal Haji oleh 1MDB juga tidak terlepas dari tempiasan rasuah oleh pemimpin kepada yang diperingkat bawah.
    Kini sampai masa penyamun dari sebelah sana yang guna serban besau dan kununya ahli syurga juga sudah terpalit dengan benda yang sama. Tunggu ajalah ketua penyamun tarbus serban besau masuk gelanggang selepas muktamar dalam bulan JUN 2015. Akhirnya, rakyat Malaysia yang mencari nafkah secara halal akan terima bala akibat semua politikus sudah masuk gelanggang yang sama. Anak menantu lihat anak menantu sebelah sana hidup mewah terliur hingga buang semua prinsip agama yang dibawa oleh Almarhum TUAN GURU NIK AZIZ.
    Zaharin tidak perlu soal orang lain, cermin diri sendiri dan jawab pada Allah swt pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat selepas menang atas tiket PKR di Pulau Pinang. Semua penyamun geng penyamun tarbus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerala abah ko..cb selidik sala- silah keturunan tun M bro...

      Delete
  15. Rompin menjadi lambang belenggu pemikiran Bangsa Melayu. Kalau ini berterusan maka Melayu akan kekal menjadi satu Bangsa yang selesa menjadi hamba tuannya. Sungguh menyedihkan. Sedar lah wahai bangsaku. Ko nak tidor selamanye ke.

    ReplyDelete
  16. Menurut Zaharin rasuah berjemaah & salah guna kuasa berjemaah kira ok. Mahathir buat Najib pun boleh bust. Menteri umno semua boleh buat. Bengong punya logik umno dulu kini dan selama nya.

    ReplyDelete
  17. Semua nya Penyamun....d ketua Penyamun Tarbus....yg sibuk p selidiki harta penyamun2 hasil didikan dia...kah...kah....kah. ..

    ReplyDelete
  18. Politik Malaysia ini samalah andaiannya "Kepala Ketam Nak Mengajar genus Ketam-ketam dan anak-anak Ketam berjalan Lurus"!

    Yang Salah tetap Salah, Jangan suka berbalah, membodohkan diri! Allah swt tetap Melihat Setiap Perbuatan Kita! Jangan sengaja membutakan mata hati, menempah bala!

    ReplyDelete
  19. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI





    Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu SITI seorang TKI DI AUSTRALIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran THAILAND angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wowo di nomor +6285328880180--/-085-328-880-180 silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas Klik: KLIK DI SINI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...