KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 3 May 2015

EDISI KANTOI!!! .... MENGAPA SEJAK TAHUN 2011 SUDAH 5 KALI MENGISTIHARKAN ANGGOTA PKR DARI CABANG YANG BERLAINAN KELUAR PARTI MESTI ANGKANYA 300??????


Pelik sungguhlah .. mengapa setiap kali mau istiharkan anggota KeADILan keluar parti angkanya mesti 300 orang ... apa istimewanya angka 300 ni????

Bermula pada tahun 2011 sehinggalah sekarang ... angka yang sama masih diguna pakai .. apakah sudah ada arahan tertentu mewajibkan setiap kali pengistiharan dibuat mesti hebahkan jumlahnya 300 orang????

Kebetulan atau sememangnya dirancang????? .. Hanya yang tukang istihar sahaja yang dapat memberikan penjelasan.



300 Ahli Pkr Cabang Indera Mahkota Keluar Parti

KUANTAN, 20 Mac 2011 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.

Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya Ibrahim Sidek, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.

Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ di sini. Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai oleh Datuk seri Anwar Ibrahim.

Katanya hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja.

Ibrahim memangku jawatan itu pada awal tahun ini selepas ketua cabangnya, Azan Ismail, yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu.

Sementara itu, Mohd Hazmi berkata tindakan pemimpin dan ahli PKR itu menunjukkan parti tersebut kini menuju kehancuran.


300 ahli PKR Ampang Campuran keluar parti kerana telah tertipu

KUALA LUMPUR 23 Okt.2011 - Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.


300 ahli PKR Cabang Semporna keluar parti

SEMPORNA 26 APRIL 2013:- Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Semporna bertindak keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang didakwa gagal memperjuangkan konsep keadilan.


Timbalan Ketua Cabang PKR Semporna, Mohd. Jakarah Asmad mengisytiharkan mereka keluar PKR dan menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.


"Kami bertindak keluar kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan yang tidak mendukung konsep keadilan yang kononnya menjadi asas perjuangan mereka sejak ia ditubuhkan.


"Saya tidak nampak bagaimana ia boleh berlaku adil kerana dalam soal pemilihan calon pilihan raya pun mereka tidak berlaku adil kepada ahlinya sendiri dengan mengenepikannya dan meletakkan calon luar yang tidak pernah buat apa-apa.


"Kami juga keluar kerana manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjurus ke arah kebaikan dan memberi banyak manfaat kepada rakyat. Tiada sebab untuk kami menolaknya," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman keluar parti di sini hari ini.


Beliau turut mengumumkan beberapa ranting PKR dalam cabang Semporna turut dibubarkan.


"Ranting yang dibubarkan ialah ranting saya sendiri iaitu Kubang Pinang, Pukas Atas, Bait, Umadal, Terusan dan ada lagi beberapa ranting yang memaklumkan pada saya bahawa mereka akan bubar," katanya.


Sementara itu, Mohd. Shafie yang dicalonkan oleh Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Semporna menyambut baik tindakan keluar PKR itu.


"Rupanya PKR bukan mengamalkan keadilan. Mereka kurang konsisten dan tidak menepati janji sehingga ramai ahlinya keluar.


"Semakin ramai ahli PKR keluar daripada parti itu termasuk mereka yang mengasaskannya dan menyertai BN, bukan saja di Semporna tetapi di seluruh negara," katanya.


300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang

KEMAMAN 31 Mei 2014 - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

“Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE


Terbaru 300 ahli dan penyokong PKR keluar parti kerana merajuk tidak dibekalkan 2 biji khemah.

2 Mei 2015:-   Kerana jauh hati permohonan bantuan dua biji khemah tidak diendahkan sejak sekian lama, seorang ahli bersama seorang penyokong PKR dari Taman Siakap, Seberang Jaya bertindak menyerahkan borang untuk menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN), malam ini.

S. Muneswaran, seorang pemandu lori berusia 33 tahun yang mendakwa sudah menjadi ahli PKR selama berbelas tahun, dan R Sivakumar, seorang penyelia kilang berusia 48 tahun menyerahkan borang keahlian bersama 300 helai borang yang didakwa merupakan penyokong dan ahli PKR dari Taman Siakap yang beralih arah kepada MIUP.

Borang mereka diterima Presiden MIUP Senator Datuk Seri S Nallakarupan, pada satu majlis ringkas di Taman Siakap malam ini dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Menurut Sivakumar, mereka sudah lama meminta bantuan 2 biji khemah itu dari Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

"Kini, Datuk Seri Nallakaruppan menerusi Krishna Murthi (ketua pemuda MIUP Taman Siakap) setuju menyumbangan 2 biji khemah ini yang akan digunakan untuk kenduri kahwin atau kematian," kata Sivakumar.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai ahli PKR dari Taman Siakap berjaya dipujuk menyertai MIUP.

"Berapa banyak ahli (PKR) saya tak berapa tahu," katanya sewaktu ditanya tentang perkara itu.

Muneswaran pula sewaktu diminta membuktikan keahlian PKR beliau berkata beliau sudah membuang kad keahliannya.

"Kad semua saya sudah buang sebab saya marah," katanya.

Beliau juga bertekad untuk menyumbang sepenuh tenaga kepada kempen BN.

"Apa-apa bantuan kempen yang diperlukan saya akan bantu," katanya.

Sementara itu Nallakarupn yakin MIUP mampu menyumbang sekurang-kurangnya 300 undi dari 544 pengundi berdaftar di situ.

Hari membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh jatuh pada 7 Mei 2015.

16 comments:

  1. Semuanya dalang dari UMNO sampaikan kad prabayar pun tak boleh diselesaikan! Ptuih! Pari keparat dan bangsat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana punya budak sekolah kau ni hari-hari menyalak pasal top up. Pegi keje la celaka..cari duit. Bukan pau mak bapak kau. Kecik2 suruh bljr kau bercinta. Hanjing punya orang

      Delete
  2. UMNO parti bangkai bernyawa! Kad prepaid pun tak boleh settle! Ptuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane boleh bro 10:53 nnti umno rugi 800 juta maa ...cara mudah umno sembelih rakyat lah sbb umno tau ramai lg rakyat yg bodoh piang maa ...kahkahkah ...lu x caya lu tanya sama macai umno dia amat bersenang hati hulur dia org punya leher mau kasi sembelih maa ...mati pun x apa maa...kahkahkah

      Delete
    2. Hahaha.....
      Kalau melayu tahu mrk bodog maka mrk semakin bijak . Yg keluar party mesti bodog sebab tu keluar kerana tak buat kerja hanya mengampu hanya kerana wang bukan rakyat diutamakan.

      Delete
    3. Ketuanan Telco! Hidup Hidup! UMNO dan Najib tak ada telur! Koh! Koh! Koh!

      Delete
    4. 4 komen dari orang yang sama. Puki kau pendatang nak komplen lebih-lebih. Dapat ic dah cukup baik.

      Delete
  3. Sabery Cheek kata 2/3 pengguna prepaid adalah warga asing...makna nya warga asing ni lebih ramai dari penduduk Mesia...

    Eh..eh..aku kat mana...aku kat mana....ooo..aku kat bangla rupanya...menteri pun bodoh piang mcm mat bangla juga.... Another Ahmad Maslan in the making...calon calonnya adalah.....Sabery Cheek huaa...haa..haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku betul2 terasa2.. family aku ada 7 org.. semua guna prepaid hp. Mmg terasa sgt bila Pak Menteri ckp yg Pendatang Asing je byk guna prepaid hp... cissss.. bedebah!

      Delete
    2. Hahaha....
      Saudara masih tak faham ke maksudnya!!!!
      yg kaya yg mampu yg register adalah warga malaysia dan yv miskin yg kurang mampu guna prepaid adalah warga asing!!! Maka sesiapa melayu guna prepaid adalah warga asing ,adakah anda salah seorg dari mrk????

      Delete
    3. Soalnya sekarang syarikat telekomunikasi berkeras tak nak serap GST tu ha! Pasal apa UMNO dan Najib tak boleh nak settlekan? Itu saje! Maksudnya dah tak da telurlah! Syarikat telekomunikasi lebih berkuasa dari kerajaan sendiri! Kah! Kah! Kah! Jangan nak putar belit bodoh! SB memang bodoh! Ptuih!

      Delete
    4. simpan kahak korang sejak dari rumah lagi. kalu ada perayu undi ubn kacau korang, kahakkan muka dia

      Delete
  4. Oh malaysia tanah air ku......

    ReplyDelete
  5. Ini parti kebangsaan. Bukan parti agama. Apa-apa yang menguntungkan mesti kena buat. Takira haram ke makruh ke halal ke. Kalau judi menguntungkan itu kena bagi lesen. Kalau kilang arak menguntungkan, itu kena bina. Dari dulu , kini dan selamanya buat kerja haram. Hampir 60 tahun dulu Almarhum Sir Sultan Omar Blkiah dah tahu. Kalau masuk Malaysia abih harta Brunei kena sapu dek peminum-peminum arak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketuanan Telco! Hidup Hidup! UMNO dan Najib dah tak ada telur! Koh! Koh! Koh!

      Delete
  6. Org2 bngsa india ni memang muka tak tau malu dan semuanye nak carik belanja krn dh kena GST dan istihar klr pkr, tengok muka memang kaki penipu punye org

    ReplyDelete