Thursday 14 May 2015

KETIKA PULAU PINANG DAN TERENGGANU SUDAH IKUT JEJAK LANGKAH JOHOR SERAPKAN GST, NEGERI SELANGOR PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI MASIH LAGI DI PERINGKAT KAJIAN.



Kerajaan Selangor masih menjalankan kajian untuk mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU) menjalankan kajian dan semakan impilikasi kewangan jika kerajaan negeri menyerap GST.

Katanya, kerajaan juga akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan bagi memohon pengecualian GST untuk setiap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kita membincangkan perkara ini dan kerajaan negeri akan menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST untuk perkhidmatan kerajaan,” katanya selepas Program Luncheon Talk Ulasan Buku “Khalifah Umar Abdul Aziz” pada Rabu.

Azmin berkata, Selangor mempunyai 12 PBT menyebabkan kerajaan negeri perlu melakukan penelitian implikasi kewangan yang terpaksa ditanggung sebelum sebarang keputusan dibuat berbanding Pulau Pinang yang hanya dua PBT.

Pada Isnin lalu, Kerajaan Pulau Pinang dan Terengganu mengikut jejak langkah Johor apabila mengumumkan menyerap GST bagi semua perkhidmatan kerajaan.

Menerusi serapan GST itu, Kerajaan Johor menanggung sebanyak RM3 juta setahun, Terengganu (RM1.6 juta) dan Pulau Pinang sebanyak RM21.4 juta.

Jumlah itu dibayar balik oleh tiga kerajaan negeri itu kepada Jabatan Kastam.

Pergh!!! Ini dinamakan pemimpin hebat dan cekap.. jenis akur seperti laungan slogan .. akan lakukan apa sahaja demi mempedulikan rakyat.

Itu hari di Kuala Kubu Bharu ketika berucap pada Majlis Penyampaian Borang Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, bukan main kencang sembang kata rizab Negeri Selangor melonjak naik RM3.6 billion


"Rezab yang besar tidak membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak mendapat manfaat darinya. Jadi ia dikeluar dan diterjemahkan dinikmati rakyat,” .

Bila nak serapkan GST nak buat kajian terelebih dahulu memikirkan implikasi kewangan pula.

Walaupun Pulau Pinang hanya ada 2 PBT tetapi jumlah yang diserap ialah RM21.4 juta ...

Kalau dengan rakyat pun nak berkira .. apa guna slogan RAKYAT DIPEDULI.


Apa-apa pun HIDUP AZMIN ALI!!!! ... WE LOVE AZMIN ALI!!!! .. APA LAGI RAKYAT SELANGOR MAU!!!

8 comments:

  1. Sekali ketuk sekali bergerak...pastu tgk mood rakyat...klu peelu flip flop...

    ReplyDelete
  2. Bagi la chance kat Azmin. Nak harap mama kipas kajang matang lagi take boleh harap.

    Sebab Azmin PKR menang dekat Pmtg Pauh.

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  3. bagus la tu..ade kuasa nk buat itu ini utk rkyat...kau ade?...

    ReplyDelete
  4. Azmin tgh buzy nk korek longkang....mlm nk layan dandut....tahun depan la baru abis kajian.....nenek jijah tgh sebok layan cucu....
    errr janda izzah mane...i rindu la....kkehkehkeh....

    Sekian terima kasih
    GST maju dan membangun bersama.

    ReplyDelete
  5. Acane P.p gst sampai 21 juta walhal pakatN kata ekonomi malaysia teruk sudah bangkrap, bnm cetak duit, hutang bertimbun.
    Lebih menghairankan LGE buat pelbagai projek mega terowong bawah tanah, cable car, kondo merata tempat dalam keadaan malaysia bangkrap. Sapa tipu sapa sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. nampak sangat idea GST najib memang menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Memang wajar di kaji dulu. Yang perlu didapatkan ialah pengecualian GST. Apabila PBT membayarkan untuk rakyat, jumlah wang yang sama tidak dapat dibelanjakan untuk kepentingan rakyat, seolah-olah rakyat jugalah yang bayar GST secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  8. Pkr ckp bantah gst tp nape nk pikir lg, siol laaaaaaa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...