Thursday, 7 May 2015
NAJIB AKAN JAWAB KRITIKAN TUN M ISNIN INI DALAM PERTEMUAN DENGAN KIRA-KIRA 160 KETUA BAHAGIAN UMNO KATA SUMBER.
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kira-kira 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara Isnin depan dijangka membincangkan isu utama kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan beliau.
Menurut sumber dalaman UMNO, pertemuan itu sekali gus mencari penyelesaian terbaik untuk membetulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan Najib yang juga presiden parti akhir-akhir ini.
"Semua maklum Najib kini mendapat tekanan selepas dikritik hebat di dalam blog dan di beberapa perjumpaan Dr Mahathir bersama rakyat.
"Ia melibatkan isu kepimpinan, banyak khabar angin terdapat perubahan pada peringkat kepimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat. Najib akan menjelaskan segalanya pada Isnin depan," katanya hari ini.
Sumber berkata demikian ketika mengulas isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan ketiga Ketua Bahagian UMNO tahun ini bersama Najib pada Isnin depan.
Pertemuan sebelum ini dilaporkan tertumpu kepada isu jaminan Najib di dalam siasatan salah laku yang mungkin terjadi di dalam pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik sebelum ini dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.
Katanya, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.
Sementara itu, sumber menjelaskan, Najib juga dijangka membincangkan isu dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.
"Isu pembelian dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan akan dibincang dan ia akan dimasukkan di dalam bab perbincangan 1MDB," kata sumber itu.
Jelas sumber itu lagi, pertemuan itu dijangka turut membincangkan penurunan majoriti pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin pada Selasa lepas terutama di kalangan pengundi Felda.
"Jelas kejatuhan majoriti terutama daripada pengundi Felda satu isu yang akan dibincangkan, walaupun menang, penurunan itu memberi sedikit sebanyak kesan kepada parti dan membuktikan ada perkara yang perlu dibaiki," jelasnya.
Dalam pada itu, satu sumber daripada Ketua Bahagian UMNO memberitahu, Najib diharap menjawab semua persoalan mengenai isu 1MDB pada Isnin depan.
"Selama ini Najib memberitahu ia masih di dalam siasatan, sampai bila siasatan itu akan selesai dan kami berterusan menerima tempias kritikan masyarakat dalam isu ini?
"Pertemuan Isnin depan diatur beberapa ketua bahagian 'otai' dan mereka meminta Najib memberi penyelesaian terhadap isu 1MDB yang dikatakan menjadi beban kepada parti hari ini.
"Ia juga menjadi platform Najib menjawab kritikan Dr Mahathir terutama mengenai 1MDB dan desas-desus pertukaran pimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat," jelasnya.
Bagaimanapun, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menafikan pertemuan itu diadakan bagi membincangkan isu kepimpinan tertinggi negara, sebaliknya menyifatkannya sebagai perjumpaan biasa presiden dengan ketua bahagian.
"Cuma makan-makan sempena hari ulang tahun UMNO," ujarnya.
Isnin depan juga merupakan ulang tahun ke-69 UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Najib lagi takot bini dr tun m. buat ler apepon.xkan jadiknyer.
ReplyDeletesaya setuju...betul sekali..takut biiiniiiiiiii
DeleteHahaha.....
DeleteMajoriti rompin turun..... walaupun anwar dihina ditangkap dipenjara dikianati ,umno cuba ambil peluang jatuhkan anwar kalahkan anwar dan ambil alih palimen permatang pauh...namun umno tetap kalah salah terhina dikianati umno sdr. Skrg najib dah panas duduk tak senang semua tak betul jadi cuba nak betulkan, tetapi betul ke akan betul dan boleh diterima pakai dgn byk rahsia sembunyi perbagai mcm pencuri penuh dgn misteri.
Pemimpin mcm ini hanya yg tamak kuasa duit penting diri pengkianat penipu pembohong lupakan saudara islam bina kaum sdr shj akan sokong Selamanya namun bila tumbang pru 14 akan dtg pasti byk yg berubah arah perbagai rahsia tersebar bagi menyelamatkan diri, inilah manusia tidak boleh lari dari dosa dan mati.
Najib nak jumpa Ketua Bahagian sebab nak hulur saguhati untuk kekalkan jawatan.
ReplyDeleteJawap la kat TV..
DeleteRakyat nak dengar jawapan
Tun Mahathir pun nak dengar jugak
무슨 일이 더 라 얻었다. 내일 아침 은 미친 붐비는 거리 를 출근 합니다 . 급여 통행료 를 지불 할 돈 이 부족 . 지금 판매 에게 세금 pulak 을 지불 해야합니다. 나는이 건조 주머니 를 좋아한다.
DeleteKlu Jepun atau Korea dah lama pemimpin mcm ni letak jawatan. Tp x sama situasi di msia...selagi blh belit mereka akn belit. Maruah diri tolak tepi.
DeleteYe..pemimpin malaysia camtulah...termasuk mat matang anwar berahim
DeleteIngat lagi soalan madey?
ReplyDeleteJawab soalan madey.
Jangan pusing2. Nanti madey tak paham.
BUKAN PUSING2 TP MMG TAK DAPAT JAWAB. INTEGRITI HANCUR BEB.
DeleteKalu soalan 2 + 3, jawapan tepat mesti 5, bukan 27.
ReplyDeleteKalu soalan 3 - 1, jawapan mesti 2, jangan bagi jawapan 13
ingat tu!
160 x 2.5 juta = Tutup Mulut dan Hanya Cakap Sokong Najib bt Rosmah. Ingat balasan Allah AWT kelak, kesemua salah sorang anak dari 160 orang Ketua Bahagian UMNO kelak akan menghidapi penyakit Syndrom Down dan Kronik dan pembiayaan setiap sorang anak memerlukan 5.5 juta belanja rawatan. Amin
ReplyDeleteमैं एक साइकिल की सवारी । मैं पैर पर उसके बड़े शरीर को देखते हैं। उन्होंने कहा कि आंखें झुका हुआ ।
Deletemacai pkr kena penyakit nepotism ia selapas ini anwar lantik cucu dia jadi ketua pemuda pkr, macai2 cakap pkr tak apa sebab kita amalkan ideologi nepotism utara
DeleteKau tunggu nanti anwar lantik kau jadi tukang basuh beraknya.mesti kau setuju punya.kau jangan susah hati.tunggu je,
DeleteAKU SERONOK BILA WAWI MENANG BESAR. TERBERAK KUMPULAN ANTI ANUAR NIH. HARI2 TABUR FITNAH TP PENGUNDI TAK AMBIL PUSING. PENGUNDI PERMATANG PAUH MMG TAK SUKA GST. MMG TAK SUKA 1MDB MMG TAK SUKA PEMIMPIN BOROS.
DeleteSepatutnya kena jawab depan rakyat,bkn dgn kroni..live kat kaca TV..baru semua org tau
ReplyDeletePEMIMPIN UMNO MANA ADA TELUR. BILA DIHIDANG DGN JAWATAN PENGERUSI GLC SEMUA JADI BODOH. FULUS LEBIH PENTING DARIPADA MARUAH.
Delete69 adalah nombor tunggang terbalik...adakah umno akan mengikuti angka tersebut sama2 lah kita saksikan keadaanya....
ReplyDeleteini suma tallak butot munyia
ReplyDeletewa tallak picciaya
wa ciakap wa tallak picciaya
我不能相信
这是不正确的
Salam 1rasuah,
ReplyDeleteOleh kerana nak beri degree kepada kroni. Kerajaan turunkan syarat minima kelayakan degree buat semua untuk kaburi mata. Akibatnya ada graduan medic tak tahu mana kedudukan pundi kencing. Ada murid pandai daripada tukang ajar. Ada jtk hanya tahu format komputer Dan lekat kertas cakap rosak, baiki? Yilek. Ada graduan sebenar masih menganggur.heee
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
Anwar kalau jumpa pengikut dia kalau tak ada aksi gusti wwf jangan cerita kita orang ini. Najib jumpa ahli umno tak akan ada aksi gusti wwf.
ReplyDeleteJangan malu pkr
negara yang tiada berkat pasti akan jatuh,,kadar penggangguran meningkat,gst,hutang negara semakin bertambah,dalam 3 tahun lagi macam mana lah agak nasib negara kita;
ReplyDeleteAku adalah salah seorang pencarum di LTH.
ReplyDeleteJika ada sesiapa ambil duit aku untuk disalah guna, aku tidak halalkan dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
Woi Omak Kau!!!!
ReplyDeleteTolong tapih sikit la komen2 org ni..
Den polak boto la ngan iklan nombor ekor ni..
Ekau pandai ko tak delete komen2 ni?
Ko ekau ni nak reply komen pun tak roti??
Yang bona,
Den Polak
Mohon omakkau delete komen jepe2d com
ReplyDeletekerana dia membawa kurafat. Komennya punyala panjang.
Pinjam kata2 ostad unknown. Maka berkumpul lah gerombolan lembu2 untuk mengangguk2 kan kepala masing2. Gerombolan lembu nak lawan gerombolan serigala camne nak buat ye.
ReplyDeletepaling tinggi najib kate..
ReplyDelete.sumpah saya tak kenal altantuya....
dan ahli umno pun tepok tangan....
dan kate..
idup najib..
.idup najib...
.najib pun sengeh...
muka jadi merah....
.esoknya utusaN MELUWAT..
dan berite heran...
kate semua ahli umno teguh belakang najib....
.skrip ali baba dgn 40 penyamun umno..
.kikikikikikik...
Kesian umat Melayu Malaysia bodoh tak habis habis. Walau pun dah beribu yang belajar keluar negara. Bodohnya macam telor juga. Tak pandai-pandai kecuali mencilok, menipu dan mengaabihkan. Kira-kira senang pun tak boleh faham. Masa Tunku jadi PM seringgit Malaysia sama satu dollar Singapura. Sekarang satu dollar Singapura sama dengan 2 ringgit 70 sen Malaysia. Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh. Parti PAP yang disokong oleh pelbagai bangsa di Singapura atau parti asobiah Melayu di Malaysia? Apasal Brunei Darussalam maju dengan wang minyak dan Terengganu Darul Runtuh tak senang-senang dapat duit minyak. Apasal Melayu Brunei lebih percaya kepada pemerintah Singapura dan curiga dengan UMNO di Malaysia. Apasal mata wang Brunei disandarkan kepada dollar Singapura dan tidak kepada ringgit Malaysia. Sendiri mau ingatlah.
ReplyDelete