Sunday 17 May 2015

PENYOKONG TERENGGANU MERUSUH SEBAB TERSINGKIR PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA KEPADA LIONS XII.



Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan. Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan. Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.

Pengadil perlawanan terpaksa diiringi anggota keselamatan selepas perlawanan berakhir.

Dikhabarkan, sebuah ambulan terbakar dan meletop manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII pecah. Selain itu, seorang anggota polis dipercayai cedera di kepala akibat diserang penyokong dengan cermin pintu stadium turut pecah.

12 comments:

  1. Bila berhadapan dgn hiburan spt bolasepak ini maka dua perkara boleh terjadi sukaria atau mabuk tak terhingga. Kedua2nya itu di bawah pengaruh syaitan.

    Sokonglah UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam demo pakatan...

      Delete
    2. Ajaran pak sheikh. Jerit, mengamuk & vandalisme.

      Delete
  2. Ape bende mung duk ngarukk bodo sgt cakapang mung ni gengg??sape hok ning??mung tu yg tgh mabuk sbb bg reason hok bodohhh!!!xdok kene mengena pon dgn bende yg jadi tu!!!jgnlahhh tunjuk semua bodohh mung tuh..simpan lahh sikit..

    ReplyDelete
  3. Yg merusuh bukan penyokong terengganu fc tapi penyokong mat matang nepotism. Puak2 ni tak da isu boleh merusuh. INI bila terlampau gemar nepotism

    ReplyDelete
  4. Ni pengadil punya pasal lah ni... bodo mcm ahmad massssslam jugop ning....

    ReplyDelete
  5. Bà...da bà...da. Tak habis habisan dgn Melayu bàda.

    Bangun...bangun...keélaut weeh!!!!

    ReplyDelete
  6. Yg mcm ni yg ramai turun kl join demo..belah2 kelantan & kedah pun ada. Jalan2 sambil rosakkan brg2

    ReplyDelete
  7. Penyokong tua Trg17 May 2015 at 10:08

    Gol yg dibatalkan oleh pengadil mencetus kemarahan kerana pengadil pada mulanya telah mengesahkan gol tersebut. Pemain2 Lions Xll pun tak bantah. Tiba2 penjaga garisan kata offside dan pengadil membatalkan keputusan awalnya.
    Syabas team Trg kerana bermain dgn penuh semangat. Terimalah keputusan dgn berlapang dada.
    Tahniah team Lions Xll berjaya ke final. Penyokong Trg tak menyalahkan kalian. Kalian bermain dgn baik dan amat profesional.
    Pengadil perlawanan dapat mengawal permainan dgn sempurna, hanya keputusan disaat akhir yg mencalarkan imej kerana tidak tetap dgn keputusan awal yg telah dibuat.
    Penyokong Trg memang amat kecewa dgn keputusan pengadil. Akan tetapi tindakan merusuh tidak wajar hingga mencedera dan merosakkan stadium. Bukankah kita semua juga mengutuk kejadian serupa di venue lain. Ia tidak menguntungkan kita.

    ReplyDelete
  8. Inilah ajaran yg di bawa oleh puak2 pakatan rakyat...merusuh dan jahanam kn harta awam..semua vongoks. ....

    Sekian terima kasih
    GST membangun dan maju bersama.

    ReplyDelete
  9. ambe sokong ganu.
    jgn rusak harta rkyat.
    natang ape ubah kputusang !

    ReplyDelete
  10. eeelek a tu mainan aje,mana2pun org merusuh juga bkn ganu je.kutukmelebih nampak.duit thjeee dcilok eeee ada deme kisoh.umno tu mcm keris dlm lipatan menikam dlm diam.sapa yg tikam sapa yg kena tikam.baik guna itu bom mcm antuya
    seme kasi mati katak habis cerita

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...