Thursday 14 May 2015

TIDAK MAMPU DEBAT SECARA ILMIAH MAKA PENGAWAL KESELAMATAN TERPAKSA HULURKAN BANTUAN HENTIKAN UCAPAN RAFIZI RAMLI DENGAN CARA BIADAP?????.


Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara dari Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR  merangkap Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap membalas ucapan yang terdahulu disampaikan oleh bekas Exco Pemuda UMNO merangkap Ahli Pemikir JASA Sdr Lokman Noor Adam.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA

Rafizi dan Lokman Adam diundang berucap dalam majlis itu sebagai ahli panel.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.

Mengapa pihak keselamatan hanya bertindak mencampuri dengan pelakuan kasar merampas mikrofon ketika Rafizi sedang berucap????

Mengapa sebelum ini ketika Sdr Lokman Noor Adam berucap langsung tiada gangguan????

Adakah merasakan jawapan balas dari YB Rafizi Ramli akan membuat ucapan terdahulu Lokman Adam dianggap sebagai lawak kartun yang cuba nak memperlekeh kebijaksanaan warga kampus berfikir dan menilai???

Dimana laungan yang mengatakan perbezaan pendapat dan kepelbagaian diraikan dan diberi penghormatan????

Jika dipihak yang benar mengapa perlu rasa gentar sampai terketar kepala lutut sehingga pengawal keselamatan bertindak kasar biadap merampas mikrofon????

Kalau Ahmad Maslan berjawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ketua Penerangan UMNO Pusat pun gagal nak yakinkan warga siswa UiTM inikan pula individu bertaraf seperti Lokman Noor Adam yang tiada langsung ada jawatan dalam UMNO dan kerajaan sekadar Ahli Pemikir JASA.

Jika budaya dan cara begini menjadi amalan untuk sekat perdebatan sihat dikalangan warga IPTA/S maka jangan hairan jika kelompok terpelajar dan berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN pada PRU 14 nanti.

20 comments:

  1. kena tanya pengawal keselamatan tersebut, atas arahan siapa dia bertindak begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat APA Tanya, baik pi keluar tabligh

      Delete
    2. Ambil mic pun kasar ka?????? Bukan kena lempang pun

      Delete
    3. Najib sudah bayar kamu untuk sarapan pagi ?

      Delete
    4. Hahaha......
      Pembangkang dikatakan penipu sebab pecah tembelang umno yg menipu rakyat selama ini oleh umno maka cuba pertahankan penipuan mrk tetapi oleh kerana pembangkang terlalu bijak berhujah di ajar oleh anwar pasti bukan calang2 org ada kuasa saktinya yg tidak bisa umno lawan.jadi umno salah guna kuasa peralat pihak berkuasa utk halang ganggu cari salah pembangkang lepas tu guna akta hasutan utk menahan mrk. Ini menujukkan umno telah kalah salah penipu samun wang rakyat, namun macai2 anjingnya masih berkeliaran sana sini namun semakin lemah kurang takut tak mampu berdebat dialam maya atau pun secara langsung sebab mrk bodoh akal tak tahu apa hanya tahu melaung serupa anjing.

      Delete
  2. Rafizi kan penyokong tegar clan nepotism. Nak tunjuk hero pi la berucap kat taiko chow kit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh Anuar dulu jutip dua depan Pudu Raya

      Delete
  3. Pihak keselamatan di Malaysia tidak kira badan/agensi apa tidak lagi memihak pada rakyat. Mereka memihak pada regim bn. Rakyat Malaysia kini umpama berada dlm penjara tanpa tembok. Sedarlah wahai rakyat marhean. Sekian

    ReplyDelete
  4. Langau umngok akan sentap. Isu nepotisma berpisah tiada. Bagaimana bodoh dan korup pemimpin mereka ...bodoh lagi langau/penyokongnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wehh yahudi pun take nepotism tau. Orang PKR suka nepotism

      Delete
    2. Kau agaknya agen yahudi...patut la kalut tk tentu arah ja..benda yg tak masuk akal yg kau sebut....

      Delete
  5. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku partinya mengamalkan kronisme walaupun pada hakikatnya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR.
    Anwar membuat penafian itu ketika diwawancara BBC pada tahun 2008.
    “Apa itu nepotisme, saya tidak mengamalkannya,” kata Anwar.
    Wartawan BBC mencelah, “Tetapi isteri anda, Dr Wan Azizah adalah Presiden PKR ?. Bukankah itu hubungan yang rapat ?”
    “Semasa saya di penjara. Ya…” jawab Anwar seolah-olah Wan Azizah tidak lagi memegang Presiden PKR selepas beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.
    Wartawan BBC mencelah sambil membidas Anwar, “Dia (Wan Azizah) masih lagi presiden parti (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen (Permatang Pauh). Anda lantik isteri anda sebagai presiden parti dan anda kata tiada nepotisme (dalam PKR).”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah le nepotisme..menjubur pulak tu.

      Delete
    2. Elok la tu...kau dah nampak kan...esok x payah la cerita panjang lg kt depan Allah di akhirat pasal kau boleh cerita apa yang kau dah tuduh tu....pasal kau saksi utama...

      Delete
  6. Biodata rafizi ramli part 2

    Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
    Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

    Ko ado . heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  7. Padan muka Rafizi.

    ReplyDelete
  8. Umno utk melayu bongok! Hanya melayu bongok bersama umngok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita melayu seharusnya bersama pkr..sebuah parti pelbagai anutan dn bangsa. Say no to hudud.

      Kita semua ahli pkr bersaudara antara ahli.keimanan kami sama. Kita mesti jadi ahli pkr yg tegar. Pemimpin Ada masalah moral pun xjadi hal. Yg penting pkr

      Delete
  9. Hudud itu modal umno utk pecahkan PR bodoh! Sebenarnya umngok paling kuat tolak hudud. Lihat lah isu hudud pas yg disokong umngok tidak akan kemana...dan pas termakan gula2 yg diberikan. Bangsat Negara dan umNGOK sedang memerintah Malaysia, kenapa tidak diwartakan terus perundangan syariah berlandaskan hudud? Bodoh benta org umNGOK ni. Laksanakan kalau betul sokong!!!! Hanya yg bodoh dan korup bersama umNGOK.

    ReplyDelete
  10. Usah berdebat..biarkan negara kita ada berjuta2 manusia seperti ahmad maslan cgpa 3.85...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...