KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 3 May 2015

TRAGEDI DUKE ... POLIS BERI JAMINAN AKAN SIASAT TANPA PREJUDIS.



Pihak polis memberi jaminan bahawa proses siasatan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Duke pada awal pagi Sabtu lepas akan dijalankan secara telus dan tanpa prejudis.

Ketua Trafik Pasukan (KTP) Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memberi jaminan itu dan pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

"Berkaitan kes kemalangan di Lebuhraya Duke pada 2 Mei 2015 yang melibatkan tiga kematian. Cawangan Trafik Kuala Lumpur telah mulakan siasatan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

"Daripada siasatan awal mendapati sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sports dan dua buah kenderaan jenis Perodua MyVi terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke  itu mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan.

kedua-duanya kenudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis juga merayu orang ramai yang saksikan kemalangan ini supaya tampil membantu dalam siasatan.

12 comments:

  1. al-fatihah....

    kepada arwah-semoga ditempatkn bersama-sama org yg beriman...
    aamiin........

    jkkR
    jengka...

    ReplyDelete
  2. Bolehkah dipercayai ke? Tu kata ada orang dalam. Semua settle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Kes gangbang 31vs2 gadis bwh umur tu, yg kna thn 22 org je, yg lain g mne? Org dlm? Wahai org dlm igt sma dosa subahat.

      Delete
  3. Mari kita beramai2 jangan mengundi azizah sebab beliau telah lupa gerakan anti nepotism dan anti kronisma, ds anwar telah melangar janji beliau untuk menghapus nepotism dan kronima ada di malaysia. Saya syabas pada pas berani menentang kezaliman di lakukan oleh DS anwar pada haji hadi ,Baru2 ini pas telah sedar nepostim telah merosakan pkr itu sendiri, saya ahli lama pkr dari baju justice for papa ucap terima kasih pada ahli pas kerana berani menentang ds anwar dan nepotism berlaku di malaysia

    Saya ucap banyak2 Terima kasih pada pemuda pas
    Dari
    Justice for papa 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO TOLONG SETTLEKAN KAD PREPAID TU DULU! KAU DAH LAH TAK DA TELOR! KOH! KOH! KOH!

      Delete
    2. Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST. 

      "Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Pangkah pkr bererti kita menentang umno/ bn. Umno tumbang gst tiada. Hidup rakyat akn kembali gembira.

      Delete
    3. Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST. 

      "Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Pangkah pkr bererti kita menentang umno/ bn. Umno tumbang gst tiada. Hidup rakyat akn kembali gembira.

      Delete
  4. Kalau betul mereka berdua didapati bersalah, jangan lupa bayar tanggungan untuk 2 beradik yatim piatu tu sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan.
    gantung lesen mereka seumur hidup, Jangan nak perasan jadi "toretto" dan "Brian O'Connor's kat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Bebudak myvi tu lahamat darah daging tu jadi setan

    Setan2 mesto adaprang dalam bantu settle kerja lahanat dia orang.

    Kesian anak2 yatim Arwah.

    ReplyDelete
  6. Apa sbb polis kena sebut "Telus & tanpa prejudice"? Adakah selama ini polis tidak telus & prejudis?

    Kalau dah kemalangan siasat ikut prosedur lah. Atau adalah kes ini melibatkan org tertentu. Bahasa yg digunakan tu bunyinya macam ada sesuatu.

    ReplyDelete
  7. Kaw tim dunia kau orang lrpaslah. Tapi apa susah kau kira kau punya kU tim sebab kononya kau fast. And furious. 7, ja gan lupa punisher pun ada.

    ReplyDelete
  8. Apa nak diharapkan dari polis nie? Abang dia pun dah kowtim! Inikan orang dalam polis dan JPJ! Kesian sungguh pada budak dua orang tu.

    ReplyDelete