Wednesday 3 December 2014

BAYARAN PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA 8 PEMBANTU TSKI ... LAPURAN AUDIT DEDAHKAN PEMBAYARAN TIDAK IKUT PROSES BETUL.



Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan pembayaran pampasan RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

Laporan setebal 11 muka surat yang diedarkan hari ini dibuat lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.

"Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut," kata laporan yang diedarkan hari ini.

Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

"Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan," kata laporan itu.

Laporan juga memberitahu, berlaku lebihan pembayaran kepada dua bekas kakitangan Khalid iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik menteri besar, Mustapha Mohd Talib.

Laporan yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menyebut, semakan mendapati, Faekah sepatutnya menerima jumlah pampasan bagi perkhidmatan selama 12 bulan 23 hari dan bukan 51 bulan.

Bagi Mustapha, beliau pula perlu menerima wang pampasan bagi jumlah perkhidmatan selama 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

22 comments:

  1. Tapi kan....masa aku terima tawaran kerja dulu pun tak ada tulis pasal pencen ker hapa... Tu kira macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nak kerja gomen sampai pencen ke bro?...

      Delete
    2. ye....aku nak kerja gomen sampai pencen. Ok gak pencen besok dapat bulan2. Aku tak mo jadi jaga bila dah tua nanti....seksa wooo...Geng bapakkk kawan aku skang ni banyak jadi jaga dahh...ada gak yang duduk umah org2 tue...tu aku tak nak tu!

      Delete
  2. Ah! sudah!, ape ni? kn duit rakyat tu, nape buat mudah bahagi2kn gitu... x patut sipenerima pun buat diam dn kebas je ...binawae

    ReplyDelete
  3. Step 2:
    Dah tu buatlah report kat polis, sprm dan pendaftar syarikat. Jangan pulak buat laporan kat select atau dap.

    ReplyDelete
  4. AKU ORANG UMNO.NAK TANYA SANGAT NI. BOLEH KE?
    NI KERJA KOMEN-KOMEN KAT BLOG MACAM NI BOLEH DAPAT DUIT KE?
    SEBULAN BERAPA BOLEH DAPAT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juta2 tu ....

      Delete
    2. Engkaukan org UMNO x dak fikir lain hanya duit...duit...duit yg engkau org tau...tu le sebab bebal hari ini..esok dan selama2nya.

      Delete
    3. Ambik kau org umno.... kan dah kena lima bijik

      Delete
    4. Siap ngaku org umno lg pulak tu, ye ke ni, kalau betul elok lh ko pandai2 bwk diri sbb najib dh kata ko bangang ...kihkihkih

      Delete
  5. Adalah sikit2....dapat gak mempertajamkan akal dan minda...buat lepas gian menulis...

    ReplyDelete
  6. mohon mb segerakn mgambil tindkn kpd yg brkenaan memulngkn smula wang rkyt yg telh dambil. jgn pulk dmklumkn wng itu sudh habis. klu x dpt minta sprm siasat kmna wang rkyat tu telh dsimpn.

    ReplyDelete
  7. Azmin ini bodoh ke banggang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die x bodoh dn x bangang, yg bodoh lg bangang ko lh ...kahkahkah

      Delete
  8. Klu lu olang kata wa punya menteli busat bolo... itu wa punya laja pilih lo...lu cakap balek sama wa punya laja lo...cakap lu pilih tatak butul...

    ReplyDelete
  9. OmAAAkAAAu x nk komen ke
    Harap azzzmin ambil tindakn mahkamAAAh pd omakau

    ReplyDelete
  10. Omakkau jenis muka tembok...muka xtau malu...ape tidaknya komen2nya hanya menghentam PR khususnya Azmin dgn menggunakan Wall Blok PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami setuju 200%....keh...keh.. Tukar Wall Blok dan baju PR yg dipakai...lepas kau nak hentam, nak caci, nak hina kami xkisah....ada berani?

      Delete
    2. ITUPUN KALAU ADA MARUAH DAN HARGA DIRI...

      Delete
    3. Pehhh..pemimpin PKR maksum lah langsung tk boleh di tegur dn diusik..

      Delete
    4. Azmin lg muke tembok lobi diri sendiri nak jadi MB

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...