Saturday 6 December 2014

LIMA PEMILIK TANAH DILEMBAH BERTAM AKAN DIBAYAR PAMPASAN RM1 JUTA BAGI PELAKSANAAN PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB).



CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan Persekutuan akan membayar pampasan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada lima pemilik tanah di Lembah Bertam di sini bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mohd Soffi Abd Razak berkata pemilik lima lot tanah itu yang membabitkan kawasan seluas 0.6 hektar akan diberi masa 21 hari bermula semalam untuk mengosongkan kawasan tersebut mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960.

Bagaimanapun, tiada sebarang pampasan diberikan kepada pemegang lesen pendudukan sementara (TOL), katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Lembah Bertam di Dewan Serbaguna Lembah Bertam di sini, hari ini.

"Kalau ikut Kanun Tanah Negara 1965, pampasan mengikut Akta Pengambilan Tanah hanya diberikan kepada tanah yang ada geran hak milik.

"Sekiranya ada projek kerajaan yang hendak dilaksanakan, kerajaan hanya perlu mengeluarkan notis kepada pemilik TOL untuk menamatkan lesen dan menggunakan tapak yang terbabit untuk pelaksanaan projek," katanya.

Mohd Soffi berkata pelaksanaan projek RTB itu melibatkan kerja-kerja melebar dan mendalamkan Sungai Bertam untuk meningkatkan kapasiti air sungai serta menampung air ketika hujan untuk mengelak tragedi banjir lumpur berulang.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu turut membabitkan kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan Sungai Bertam.

Katanya projek itu akan mengambil masa selama satu tahun untuk disiapkan dan dijangka akan bermula dalam masa terdekat.

"Projek ini melibatkan kos sebanyak RM30.8 juta dan bakinya untuk ialah kerja-kerja pengukuran, reka bentuk serta pembersihan tanah," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di sini pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

8 comments:

  1. Kalau dulu projek mendalamkn sungai bertam ni dibuat x lh teruk sangat nk keluar perbelanjaan besar spt sekarang ni ....tu lh tido lebih ...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalh tu..bila trhntuk bru nk trngadh kta org dlu-dlu. slgi x mngancm alm skitr dn kehilangn nyawa smua dpndg seblh mata. bla dh jdi musibh sgala msalh bolh dslesaikn.

      Delete
    2. SELAGI BANGLA DAN INDON TAK DIHALAU BALIK, JANGAN HARAPLAH KEJADIAN ITU DAPAT DIATASI... MEREKA INILAH YG MEROSAK HUTAN ATAU DIGUNA OLEH ORG TERTENTU UTK MEROSAK HUTAN DEMI KEUNTUNGAN MEREKA YG BERSIKAP TALAM 2 MUKA.

      LEPAS HALAU BANGLA DAN INDON TU, BARULAH DALAMKAN SUNGAI. HALAU JUGA PEMILIK TANAH TOL TERSEBUT SBB TANAH ITU BUKAN TANAH BAPAKKK DIA.

      Delete
    3. Kerajaan kena belanja berjuta ringgit wang rakyat utk atasi masalah yg berpunca dp golongan yg rakus dan rasuah. Mereka tu dah kaya raya dan rakyat pula yg tanggung

      Delete
  2. Tak boleh lawan 6 org TSKI yg dapek RM2.6 juta...

    Kesian kat omakkau tak dapek apo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!!! ade lg perosak mood dlm blog ni ... x de cite lain ke ...betul2 Pencacai Kelas Rendah ko ni ... hihihi

      Delete
  3. Sama macam pendatang la dah 6 - 7 juta berada di sini kerajaan masih lena bermimpi bulan bintang....jumlah mereka saja dah jauh melebihi anggota keselamatan kita dari semua agensi....itu pun masih alpa...malaysia masih aman....aleuto

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...