KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 6 December 2014

NENEK TAUKE DAUN KETUM DITAHAN



Jitra - Kegiatan licik seorang nenek berusia 65 tahun yang menjadi tauke daun ketum sejak setahun lalu, akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis di rumahnya di Kampung Pida 6, Kodiang, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira kira jam 11 pagi, warga emas berkenaan ditahan bersama anak saudaranya berusia 29 tahun ketika memetik daun ketum yang ditanam di belakang
rumahnya di kawasan seluas 0.3 hektar untuk dijual kepada penduduk di sekitar kawasan berhampiran.

Warga emas itu dipercayai menjalankan perniagaan keluarga itu sejak setahun lalu dan mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM1,000 sehari bergantung pada permintaan daripada pelanggan.

1 comment: