KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 6 December 2014

ANGGOTA POLIS TOLAK TAWARAN RASUAH RM1.2 JUTA DARI SUSPEK PENGEDAR DADAH.




Kawalan keselamatan di lapangan terbang utama di Sarawak akan diperketatkan untuk menghalang negara daripada menjadi pusat transit utama penyeludupan dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Muhamad Sabtu Osman berkata arahan itu dikeluarkan, dengan tertangkapnya seorang pekerja pelantar minyak berusia 21 tahun yang disyaki menyeludup 115.5 kg syabu bernilai RM21 juta di Lapangan Terbang Miri.

"Arahan telah dikeluarkan kepada ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt Lukas Akit untuk menambah kakitangan dan mengetatkan kawalan di lapangan terbang di Sarawak bagi menangani aktiviti penyeludupan dadah," katanya dalam satu sidang akhbar.

Beliau berkata rampasan dadah adalah yang terbesar di negeri ini tahun ini. Terdapat dua rampasan dadah lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada awal tahun ini.

Muhamad Sabtu berkata suspek didapati positif dadah jenis ketamin dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Beliau berkata dadah yang dirampas adalah untuk edaran kepada warga penagih di Kuala Lumpur.

Difahamkan suspek didakwa tawarkan RM1.2 juta kepada polis untuk melepaskan dirinya.

Syabas dan sejuta tahniah atas kejayaan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak atas kejayaan cemerlang menangkap pengedar dadah serta menolak tawaran rasuah yang mampu mengoncang iman.

4 comments:

  1. 1.2 juta, boleh gelap mata tu, anyway tahniah pihak polis ....

    ReplyDelete
  2. Syabas PDRM. Semua pegawai & anggota JSJ Nakotik S'wak yg terlibat wajar dipertimbangkan kenaikan pangkat. Ketua Polis S'wak saya tabik spring utk Tuan, terbaik.

    ReplyDelete
  3. Berita2 dari blog OmakKau dah makin sedap didengar. Tidak meroyan lg. Syabass. Jumpa disanaa..

    ReplyDelete
  4. Jika polis itu adalah Papagomo sekiranya dia masih lagi sebagai polis, tentu dgn lajunya dirembat duit itu.

    ReplyDelete